Sunday, January 13, 2013

Kakiku. ...Jalan2 Cari Makan

Gara2 Jalan2 cari makan sehari semalam....kaki dah melecet ..  uuuhh sakit juga. Masa makan tak rasa sakit, bila berhenti jalan balik hotel baru terasa perit dan lenguh kaki.
Kali ni bercuti silap pakai kasut terpaksa tukar dengan selipar getah. Kena la korban la sikit duit beli sender lain yang selesa.

Nasi Kandar Pokok Ketapang

Pagi ni makan pagi kat sini ... tak jauh dari tempat penginapan. Dah habis pusing Penang Hill datang breakfast di restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang...agaknya sebelum ni kedai ni berniaga kat bawah pokok ketapang.

Nasi kandar, roti canai banjir dan teh tarik pilihan kami.

Saturday, January 12, 2013

Malam Minggu @ Lepak

Aktiviti kami kat sini hanya la makan je. Lengkap menu hidangan untuk satu hari...bfast, lunch, evening tea, dinner & supper.

Tapi sepanjang kat sini kami banyak jalan kaki untuk cari makan jadi terbakar la sikit kalori. Malam kami makan sup dengan roti...restorannya dekat Hotel Malaysia...uuhhh supnya memang best...patut la ramai yang order!!! Emm lupa nak snap gambar.

Dah penat berjalan pulang je hotel...terasa haus la pula...Mr Right ajak lepak kat Starbuck...boleh aje lagi pun malam minggu...malam yang panjang...besok tak kerja...la..la..la.

@P.Pinang: Chendol & Laksa

George Town!!!!  Memang terkenal dengan syurga makanan, terutama nasi kandar, pasembur, mee udang, char kueh teow, cendol, rojak buah, laksa.... biasanya makanan yang  ni jadi sebutan...

Kami menyeberang jambatan P.Pinang jam 3ptg...cuaca panas terik, rasanya  dah lama tak mengalami cuaca panas macam ni kat KL. Apa lagi bila dan kena cuaca macam ni cendol yang sejuk jadi pilihan. Kat sini memang famous chendolnya...ejaannya pun ikut ejaan lama. Walaupun kedainya terletak di lorong pengunjung sanggup beratur.
Memang sedap cendol dan laksa ni...tempatnya tak jauh dengan Chowrasta tempat jual jeruk dan balai polis. Lupa la pula nama lorong tu...sbb terlalu syok makan. Harga cendol RM2 semangkuk dan laksa RM3.50 sahaja...

Cendolnya memang terbaik
Dalam kedai ni banyak gambar2 kenangan vip yang datang makan
Ini dia laksa!!!