Friday, May 18, 2012

Salad + Roti

Cukup ke sekadar makan salad hari ni...tu la aku fikir sambil sediakan salad untuk dibawa bekal ke pejabat pagi tadi. Kekadang belum makan dah fikir macam-macam, sifat menghasut cukup atau tidak ni la yang boleh buat aku jadi tamak. 



Disebabkan hasutan tamak aku sempat la buat roti goreng telur yang ala kadar je...lagipun nak kejar masa kot-kot jammed untuk sampai ofis...


Kesudahannya cuma makan roti je...salad tu tak makan pun...ni la sikap yang patut dielakkan...makan dulu jangan dok fikir cukup atau tak...kenyang atau tidak...tu semua nafsu setan.

Thursday, May 17, 2012

Bendi Masak Air

Petang semalam balik dari kerja perut terasa sakit je...kalau ikutkan kat ofis tadi dah makan sandwich...tak ada terasa lapar. Jadi untuk selamatkan keadaan masak la nasi...biasalah kalau last minit buat keputusan...nak keluarkan bahan/lauk dalam peti ais tu dah semestinya ambil masa untuk defrost...Bila tengok stok sayur pun ada bendi dan karot je. Masa macam ni la perut pulak buat hal..dah masa macam ni nak tengok Akasia ...bimbang pulak kot kena gastrik, terpaksa la makan nasi malam ni.

Entah kenapa terlintas nak masak air je bendi ni cepat dan senang...sekurangnya ada kuah peneman nasi nanti. Kalau nak ikutkan goreng telur pun dah cukup untuk mengalas perut yang memulas dan berangin ni. 

Masak macam ni pun bila makan boleh bertambah nasi...lagi menyelerakan tambah pulak ada ikan masin...memang sah la tak boleh nak kawal jumlah suapan nasi. Bendi ni saya masak letak bawang putih+merah yang dimayang + sedikit cili + asam keping + udang kering + udang basah + karot dan tomato


Ikan terubuk masin ni cuma tinggal bahagian kepala je...jadi la penambah selera


Wednesday, May 16, 2012

Mari Membaca "Doktor Umum"

Buku ni dah beli bulan April lagi...masa tu ada promosi kat MPH Online dapat diskaun dan penghantaran percuma. Jadi tak perlu nak ke kedai buku lagi untuk membelinya. Lagipun buku ni memang dah termaktub yang terlaris dipasaran bagi keluaran versi English. Saya dah tengok versi English masa ke kedai...tapi tak membelinya... kebetulan versi Melayu ni baru diterbitkan bulan April dan ada diskaun jadi tanpa buang masa saya order. Seminggu selepas tu terima buku ni...tapi baru mula baca sebab kebetulan masa terima tu ada je hal lain. 

Memang menarik bila saya baca...patut la versi English tu tercatat rekod pembeliannya...mungkin versi Melayu ni agak kurang la sebab orang dah beli versi yang sebelum tu. Saya baru baca beberapa bab ternyata tidak membosakan!!!






Monday, May 14, 2012

Tenggiri Asam Pedas + Kek Sarang Semut

Seharian kat rumah semalam tak makan nasi, sekadar makan roti je, bila petang mula la huru hara perut ni nak makan nasi pulak. Terlintas la masa tu nak masak asam pedah sebab jemu asik masak kari dan lemak je. Kebetulan ada bahan untuk masak asam ni. Ikan tenggiri ni pun ada yang size kecil je...ok la cukup untuk makan malam. Asam pedas nampak pucat sikit sebab saya kurangkan cili dan kurangkan minyak masa menumis. Tapi rasanya tetap cukup menyelerakan bila dah kena dengan nasi putih ada pulak ikan masin.

Ikan Tenggiri + Bendi + Serai + Daum Kesum + Tomato + (Bahan menumis) cili + bawang putih/merah + halia + lengkuas + kunyit + air + asam keping + garam
Kek Sarang Semut

Sambil masak makan malam tu sempat juga la mengadun kek sarang semut ni...entah la tiba-tiba je terrrrajin la pulak. Sebenarnya bila tengok telur tak kurang dalam simpanan tu risau jugak takut rosak. Jadi sebelum membazir elok gak jadikan yang bermanafaat. Lagipun dah lama tak masak kuih ni...kononnya nak kawal pemakanan. Tapi bila ada semangat nak masak ni semuanya lari dari kawalan.


Kek ni kurang naik sebab tak ikut arahan yang ditetapkan....dari segi bahan dan rasanya semuanya ok...cuma tak nampak cantik seperti yang buat sebelum ni. Sebenarnya kek ni kalau ikut arahan kena perap dalam 3 jam...tetapi saya dah derhaka cuma perap 1 jam je...sebab nak kejar masa kononnya tak nak la membakar kek bila waktu malam...nanti setaman nanti bau.