Friday, December 9, 2011

Cek Mek Molek

Memandangkan keledek masih ada baki, maka kerajinan nak membuat kuih wujud, lalu tercipta la kuih Cek Mek Molek. Tapi yang saya buat ni tak la molek mana... setakat berbentuk je... maklum la saya ni tak ada seni & kemahiran dalam membuat bentuk ni. Janji ada rupa ala2 cek mek molek ok la tu. Lagi satu kuih ni masa nak buat bentuk tu kena pastikan betul2 padat supaya tidak pecah masa nak mengorengnya sebab dalamnya diletak gula.

Cek Mek siap untuk digoreng
 
Cek Mek Molek dah siap digoreng
Bahan-bahannya keledek rebus + tepung gandum + majerin + sedikit air garam dan minyak untuk menggoreng. Saya masukkan sedikit majerin untuk lembutkan kuih tersebut.

Wednesday, December 7, 2011

Keledek Rebus

Ubi keledek atau dalam bahasa English sweet potato. Kalau kat kelantan diberi nama ubi stello, saya tak pasti kenapa dikenali dengan nama tersebut. Mungkin ada sebab tertentu nama ni diberi. Keledek ni kalau rebus letak garam sikit lagi sedap rasanya. Selain dari makan macam tu je... bagi yang rajin mengolahnya dijadikan kuih muih lagi sedap. Saya tujuan asalnya beli keledek ni nak masak pengat keledek dimakan dengan pulut. Tapi disebabkan kemalasan melanda, maka makan je yang rebus je la.

Keledek siap direbus
 





Bagi yang suka makan keledek rebus sudah semestinya tau rasanya!!!

Sunday, December 4, 2011

Hari Ulang tahun

Selamat Hari Ulang Tahun @ Hari Lahir
 
Cup kek + lilin sebagai peneman di hari lahir
Tarikh ini datang lagi 4.12.2011 = 8 Muharam 1433, maka bertambah lagi umur aku. Begitu cepat rasanya masa ni berjalan sehingga nak kira umur sendiri pun tersasul. Namun aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, sesungguhnya hidup dan matiku ni anugerahNya. Aku memohon pada Mu agar dipelihara dan ditambah keimanan dalam diri ini serta diberkati segala amalan dan rezeki dalam kehidupan aku di dunia dan akirat. Kebetulan pula tarikh ni jatuh pada hari cuti maka aku ada la masa nak masak-masak untuk hidangan di hari indah ini. Masak tu bukannya resipi yang hebat, sekadar untuk memenuhi citarasa diri sendiri je.

Pilihan resipi untuk makan pagi hari ni adalah Nasi berlauk - biasa la kalau usia dah begini teringat pula menu pagi masa kat kampung. Sekali sekala tinggal la makanan ala-ala moden tu. Nasi berlauk ni sebenarnya macam hidangan nasi campur yang lain. Menu makan pagi di Kelantan ni banyak terdiri dari kategori bernasi seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi himpit dan nasi berlauk. Nasi berlauk ni memang simple hidangannya nasi putih dan lauknya ada lauk ayam  masak kari atau ikan masak lemak kuning, timun dan sambal cili.

Memandangkan selera saya yang baru lahir ni nak makan nasi berlauk ayam ... maka terhidang la pagi ni. Nasi putih + Kari ayam & ubi kentang + timun + sambal cili. (ikan masin tambah sendiri).

Hadiah Istimewa

Alahamduillah hari ni dapat hadiah istimewa. Dah lama saya berangan nak tukar HP yang ada sekarang ni kepada yang terkini di pasaran. Nampaknya angan2 tu dah jadi kenyataan, ni boleh jadi kenangan terindah la dalam hidupku. Terima kasih ya.

Walaupun target untuk beli sendiri tu nak beli yang paling canggih... bila dah dapat hadiah yang ni pun dah rasa bersyukur... ya la bila dapat pemberian @ hadiah ni kita lagi menghargainya dan terlalu istimewa.