Monday, November 5, 2012

"New Toys"

Semalam Mr Right tiba-tiba je ajak keluar jalan-jalan...emm dalam hati cuma fikir dia ajak makan kat luar. Tapi lain pula jadinya, dia menyinggah kat kedai peralatan komputer. Aku ni sekadar mengikut je la...dari dok kat rumah bosan juga hari minggu ni bila ada masa orang ajak keluar tu bak kata SY, KE, KRIL... "i followwww"

Rupanya saya akan dapat hadiah...uuuhh gembira & bahagia sungguh bila dapat new toys ni!!! memang la hati ni dah lama berangan nak beli benda ni...cuma setiap kali pegang perasaan tu berbelah bagi.... adakah benda ni menjadi keperluan untuk aku...sebab notebook kat rumah pun tak guna, kat ofis pun dah ada kelengkapan untuk berFB, berforum, berblog dan etc smartphone pun dah ada. 

Tapi bila dapat free aku terima dengan sepenuh hati tak cukup tangan aku nak tadah....he..he..he.. tu la adat manusia. Dalam hati ni dok fikir gak hadiah ni sempena apa agaknya. Kesudahannya terjawap la juga 'advance birthday present'. Kalau ikutkan sebulan lagi cukup tarikh hari lahir aku. TQVM Sir!!!

Warna pilihan aku untuk harijadi tahun ini...



Harapnya bila ada toys ni aku tak lalai dengan tugasan kat rumah. Sekarang ni banyak sangat kes rumahtangga bercelaru bila suami isteri, anak2 asyik dengan gadget. Doa aku agar tidak ada kelalaian...akan akau manaafatkan semua ni kearah yang baik. InsyAllah.


 

No comments: