Memandangkan status kolestrol aku berada paras berjaga-jaga ... maka aku mencari maklumat sebagai panduan dan sumber inspirasi untuk diri sendiri....selain dengar nasihat doktor... maklumat ni rasanya yang senang nak amal...inssyallah...
- Oat
Amalan mengambil oat sebagai menu setiap pagi boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, disamping serat dalam oat juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Buah-buahan dan sayuran
Epal, jambu batu, belimbing, mangga, kiwi, lobak merah, mentimun dan semua jenis buah yang mengandungi banyak Vitamin C adalah yang terbaik untuk mengawal kolestrol dalam badan.
- Kekacang
Sumber kalsium dan mineral dalam soya boleh membantu memecahkan lemak dan boleh mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh. Amalan pengambilan kismis setiap hari juga boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
- Pengambilan Jus
Untuk mengimbangi kelebihan kolestrol yang diambil, pengambilan lebih banyak jus buah-buahan dan sayuran seperti jus oren, belimbing dan jambu batu adalah salah satu cara yang terbaik.
Jus sayuran yang baik untuk merendahkan kandungan kolestrol dalam darah pula ialah jus lobak merah, mentimun dan pegaga. Untuk rasa yang lebih sedap dan segar anda boleh membuat sendiri jus tersebut di rumah.
Bagi lebih berperisa, anda boleh menambahkan sedikit madu, perahan lemon dan gula batu.
- Senaman
Jadikan rutin senaman 3 kali seminggu boleh membantu mengawal kolestrol dalam tubuh.
Peringatan untuk diri sendiri jangan lupa kawal pengambilan makanan yang menjadi punca kolestrol....seperti???
No comments:
Post a Comment