Tuesday, November 8, 2016

Muffin Coklat

Hari minggu teringin nak makan muffin...sekian lama tidak masak kek...kebetulan ada tetamu boleh buat cuci mulut. Cara nak proses muffin ni tidak ambil masa yang lama. Bahan2 pun tak banyak diperlukan...saya cuma cari stok yang ada dalam simpanan je. Saya buat 2 size cawan...size agak besar tu makan satu pun sudah cukup kena pula dengan secawan coffee atau teh.

Muffin sudah masak...ini size cup yang besar.

Muffin belum dimasuk oven...yang ini cup size kecil.


Wednesday, October 19, 2016

Roti Bulat

Petang ini tiba-tiba je teringin nak makan roti yang dibuat sendiri...boleh dikatakan agak lama breadmaker saya terperap diguna. Sampai je rumah pukul 7 ptg tadi terus capai bahan2 untuk meroti...resipi roti apa yang nak dibuat tu belum pasti...janji uli dan buat doh terlebih dahulu. Lagipun guna breadmaker tinggal je..saya boleh buat kerja lain...

Selesai solat isyak doh pun sudah kembang...mulanya nak buat roti kismis, teringat pula ada sosej dan ternampak coklat chip dalam peti ais. Maka terhasil 3 jenis roti dalam satu loyang...eeerrrmm ini la akibatnya bila fikiran tidak fokus...semuanya nak dibuat dalam satu masa. 

Resipi roti pun saya ikut sukatan yang paling senang diingat...
Setengah kilo tepung gandum + Yis mauripan setengah pekat + air setengah cawan + susu pekat manis separuh tin (tin size biasa) + 1/2 cawan susu tepung + satu sudu besar mentega + sebiji telur dan satu sudu kecil garam. Masukkan dalam breadmaker pilih untuk buat doh. Bila dah jadi doh dan keluarkan doh tumbuk bagi keluar angin. Kemudian bahagikan doh buat bulat2...nak bubuh inti tu terpulang gerakhati dan selera kita. Letak dalam loyang yg disapu mentega....biarkan doh naik anggaran masa 1/2 jam dan boleh bakar suhu 180 darjah c...selama 25 minit. Angkat dan terus sapu mentega atas roti tersebut.

3 jenis roti berinti...yang ada bijan roti berinti sosej & chease, atas ada coklat rice intinya coklat dan sejenis lagi roti kismis campur badam. Cukup untuk sarapan dan boleh bawa makan hingga tengahari....


Sunday, October 9, 2016

Ikan Percik

Ahad@ tengahari...ambil kesempatan masak untuk hidangan tengahari kami. Menu hari ini tulang lembu masak singgan, ikan kembung masak percik dan kerabu mangga, ulaman serta ikan masin....dan pencuci mulut ondeh-ondeh atau buah melaka. Memang laju kami menyuap nasi sebab agak lama tak makan hidangan menu selera kelate. Kebetulan pula adik lelaki datang meriah la meja makan. 


Percik ikan kembung kelate stail...saya suka masak percik warna putih. Bahan untuk buat sos@percik : santan pekat, bawang merah, bawang putih, halia, serai diketuk, asam keping, biji halba dan garam gula. Bawang dan halia diblend...masukkan semua bahan2 dalam santan...masak hingga pekat..untuk memekatkan kuah letak sedikit tepung gandum. Ikan kembung sebelum dibakar perap dengan garam bersama halia dan bawang putih.

Monday, October 3, 2016

Lamb Steak

Salam Maal Hijrah 1438 dan selamat bercuti!!! Rehat dari berkejar ke ofis dan memikirkan hal kerja adalah satu hikmat yang tidak terucap. Pagi ini bangun pagi dengan fikiran yang 'free' hanya memikirkan urusan dirumah je...mula sekali fikir untuk sediakan sarapan pagi untuk kami...ya la sempena tahun baru sarapan agak lain dari biasa....saya masak kambing bakar!!! Malam tadi sudah siap perap daging, pagi ini hanya bakar dan sediakan bahan2 sampingan saja. 

Ini dia hidangan untuk sarapan pagi awal tahun baru!! Lamb steak bersama mash potato serta salad. Biasanya menu macam ini makan malam...tapi saya agak tak sabar nak makan lagipun untuk menyediakan hidangan western ini tidak ambil masa yang lama...

Saturday, September 24, 2016

Tempe + Ikan Bilis + Petai + Kentang

Sekarang ni hari sabtu pun kerja...dan besok pun kena pergi kerja ada urusan perlu diselesaikan...petang pula ada majlis farewell ofismate. Penatnya tidak terkata non stop kerja...bila la saya nak pencen..uuhhuu.

Petang ini balik kerja kononnya nak lunch kat luar bersama Mr Right...tapi agak lewat keluar ofis makanan untuk lunch kat kedai pun dah tak menyelerakan. Keputusanya saya masak...menu yang ringkas tapi menyelerakan! Masak sambal goreng tempe, ikan bilis, kentang dan campur petai. Tambahan menu sup cendawan dan ikan goreng. Lunch kami jam 4.30 petang...hahaha sabar je la ya!! Alhamduillah rezeki dariNya.

Ada yang terliur tak??? Jemput makan...dapat nasi panas dengan lauk ini pun dah cukup menyelerakan.

Thursday, September 22, 2016

Mangga Asam Boi

Beberapa mangga muda yang tidak terusik...saya potong buat jeruk dengan asam boi dan sedikit cili tumbuk. Kalau macam ini boleh simpan beberapa hari...lagipun bila masuk peti ais lagi tahan lama.

Tak pasti siapa yang akan makan ni...sekadar buat je simpan dulu!!

Monday, September 19, 2016

Kacang Soya Hijau

Malam ni rebus kacang soya hijau atau pun dikenali edamame untuk kudapan selepas makan malam....dulu masa kecil saya kenalinya dengan kacang bulu. Kacang soya hijau ni ada dijual di supermarket dalam bentuk frozen. Cara rebusnya teramat mudah dan cepat...masak air sehingga mendidih letak sedikit garam dan masak kacang 5-10 minit je...kalau nak pastikan kacang ini masak atau tidak angkat sebiji..kalau isi kacang lembut dan senang hancur tu bermakna dah masak la ya adik-adik.

Saya beli kacang ini untuk jadikan kudapan sebab ia banyak khasiat...untuk kurangkan kolestrol, kesihatan jantung...tuan puan tentu tahu khasiat kacang soya kan?? Seperti air soya, tafu foo, tauhu tu...bagi yang menggemari kacang soya tuan puan patut teruskan...jangan pula terebih pengambilan. 


 Kacang soya hijau yang sudah siap di rebus...jom kita makan sambil tonton tv...

Sunday, September 18, 2016

Pie Tie

Pie Tie!! Kategori pencuci mulut...sekarang ni tak kira bangsa keturunan semuanya berkongsi makanan masing2. Maka tidak mustahil kaum Melayu mengemari makanan keturunan nyonya, india, cina etc...itu la hikmahnya ada internet dan pakcik goggle semuanya dikongsikan di sini. 

Saya terbabit makan pie tie ni masa balik kampung, adik yang buat...jadi tercabar la juga saya untuk membuatnya sebab Mr Right memang mengemarinya...ya la intinya lebih kurang tauhu sumbat...dia memang peminat tegar tauhu sumbat!!

Untuk membuat kulit pie tie ni kena ada acuanya...Kulitnya dibuat dari tepung beras, gandum, tepung jagung dan telur...dibuat adunan seakan kuih goyang...acuan dicelup dalam adunan dan digoreng dalam minyak yang banyak 

Intinya pula boleh masak udang atau ayam atau daging seakan tunis kering...saya asingkan sayur sayuran sebab kami sukan makan sayuran yang mentah...tak suka sayur yang dimasak...sosnya pula saya hanya guna sos readymade. Kalau rajin boleh la buat ya...

Pie tie bila sudah diisi intinya sedap dimakan dengan kadar segera untuk menikmati kerangupan kulitnya...elak dari terdedah supaya kulitnya tidak lembik..

Asam Pedas Ikan Parang

Ahad!!! Besok dah masuk kerja, tiba2 je hilang mood bila fikirkan esok dah kembali ke ofis. Sejak akhir2 ni semangat untuk bekerja agak menurun...tapi demi mencari rezeki terpaksa gagahi. Eeemm cerita pasal makan lagi best...mood mesti ceria bila masak dan makan!! Tengahari tadi masak asam pedas ikan parang. Ikan ni memang mencabar seseorang tu bila makan...sebabnya banyak tulang, arwah mak saya ajar ikan tersebut hendaklah dikelar halus2 untuk bagi tulang ikan tersebut putus supaya senang untuk dimakan. Mari la kita menjamu selera...Bos kat rumah cakap makan ikan parang ni buat dia stress!!! Hahaha sabar je la

Ikan parang masak asam pedas!!! bahan2nya...ikan parang, bawang merah+putih+cili kering + cili padi jika suka pedas + halia + kunyit + tomato dikisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan air + ikan + serai yg diketuk + halba + air asam jawa + daun kesum + timun yg dipotong...perasakan dengan garam gula.

Saturday, September 17, 2016

Sambal Pauh

Sejak balik kampung ni asyik nak makan nasi je....aduhai!!! semuanya gara-gara kat kampung asyik makan nasi pagi, siang dan malam. Malam ni saya tumbuk cili padi buat sambal pauh...ada buah pauh yang dibawa dari kampung. Sambal ini memang power!!! kena pula bila dicicah dengan petai. Malam ni kami makan nasi lauk ikan singgang, ikan goreng dan sambal pauh cicah petai. 

Cara nak buat sambal pauh ni teramat la senang... cili padi beberapa biji, ikan kering yang digoreng atau dibakar ditumbuk hingga hancur kemudian campur buah pauh yg dicincang tumbuk sedikit jangan terlalu lumat dan letak sedikit gula...garam tak perlu letak sebab ikan kering biasanya masin.


Friday, September 16, 2016

Rezeki Hasil Kebun

Sekali sekala menyinggah di kebun dapat la merasa hasilnya..itu pun harapkan orang yang menjaga kebun ni jujur dan ingat kat tuan tanah bila ada musim buah. Kami ada kebun getah dan sedikit pokok buah-buahan...harapkan orang yang jaga, hasilnya bila ada masa kami pergi ke sana. Masa nak balik KL singgah di kebun sekejap...dapat la ambil sedikit buah-buahan...sebab yang menjaga kebun bagitahu ada buah-buahan dia sudah petik untuk kami. Dalam kereta penuh dengan buah-buahan..nasib baik menghala ke KL jalan tidak sesak...maka tidak ada yang pening menghidu bau buah.

Ini namanya buah moktam@rambutan

Orang panggil buah dokong...rasanya manis dan sedap jika dibandingkan dengan duku langsat.

Petai..ini je yang lebih selepas bahagi sedekah kat jiran...kat KL semua orang berebut membelinya sebab banyak khasiat walaupun mahal termasuk la kami sanggup beli RM5 hanya 3 keping....hari ni kami dapat free!!

Cempedak!! sebiji cempedak size kecil dapat sepinggang!! beli kat sini jarang dapat yang isi padat ...ini la dia rezeki.

Ohh Durian!!

Cuti hari raya Aidil Adha...apa lagi balik kampung la kami, Ahad pagi 8.45am bertolak ke kampung....sampai sana jam 5ptg...uuuhu teramat la jammed. Namun syukur selamat sampai di destinasi. Cuti kali ini seronok sebab musim buah-buahan sedang masak...depan rumah rambutan petik dengan tangan je...uuhhu nikmatnya suasana macam ni...dapat makan buah segar. Durian, dokong@duku langsat dan petai memang menjadi tahun ini..hasil dari kebun pun ada. Itu lah rezeki dan nikmat Allah swt beri setelah kita berbudi dengan tanah. 


Yummyyy raja segala buah...durian kunyit diberi gelaran oleh orang kampung....bila datang ke bandar jadi musang king!! Saya tidak tergolong peminat durian...kalau jamah pun seulas sudah mencukupi...

Friday, September 9, 2016

Sambal Ikan Bilis

Balik kerja tadi terus ke dapur selain masak untuk makan malam saya juga .masak sambal ikan bilis persediaan untuk sarapan pagi besok. Biasa la kalau masak sambal ikan bilis mesti kawannya nasi lemak.
Bekal nasi lemak untuk sarapan di tempat kerja.

Sambal ikan bilis!!!

Wednesday, September 7, 2016

Ikan Bilis Goreng + Petai

Dapur kita bau petai hari ini...musim petai kembali lagi...belum habis stok petai...dah beli tambah...aduhai sabar je la bila tengoknya. Tapi disebabkan ada peminat petai terpaksa la dihidangkan. Kali ni saya goreng cara yang ringkas je...ikan bilis digoreng garing, campur cili tumbuk, bawang yg dimayang dan petai. Memang semerbak la baunya kat dapur. Tapi bila dapat makan sudah lupa baunya.

Ikan bilis goreng petai yang heaven!!! Mesti ada yang cakap petai lagi banyak dari ikan bilis...tapi jangan perli ya...ianya menyelerakan terutama bila makan dengan nasi panas dan saat balik kerja perut sudah berdendang.

Tuesday, September 6, 2016

Ayam Masak Cili Padi

Aduhai lamanya tak jenguk laman ni...kesibukan!!! Menu ayam masak lemak cili padi ni tersimpan dah beberapa hari. Hari ni ada masa sikit dapat simpan kat sini sebagai kenangan dan rujukan.

Ayam masak lemak cili padi ni sekali sekala saya masak...sebab kami ni bukannya peminat ayam...tapi bila dah lama tak masak ayam....sekali dapat je memang menyelerakan. Resipi untuk ayam masak cili padi ni saya buat ikut selera sendiri. Bahannya ayam + santan + bahan ditumbuk Cili padi + halia + kunyit + bawang merah + bawang putih + serai diketuk + asam keping + garam gula....saya letak ubi kentang sebab saya peminat ubi kentang. 

Ayam masak lemak cili padi...tengok la buktinya cili padi bersepah. Masakan ni kena santan pekat baru ada rasa nikmatnya...lemak dan pedas!!!

Monday, September 5, 2016

Kerabu Mangga

Ada mangga yang masam!!! Pelik ke bila saya cakap mangga masam...mesti cakap mangga semestinya masam. Tapi ada juga mangga yang tidak masam walaupun masih muda. Bila dapat mangga muda yang rasa lemak dan tidak masam saya rasa kecewa sebab tidak menepati selera untuk dimakan apa lagi untuk dibuat kerabu. Tapi semalam Mr Right bawa balik mangga muda masam...maka terjadi lah kerabu mangga.
Bahannya - mangga dicincang halus + bawang merah/putih  +  cili padi potong kecil + serai diracik halus + kacang tanah digoreng + ikan bilis goreng + udang kering disagai sekejap dan ditumbuk....kesemuanya digaul dengan sos ikan, saya letak sedikit gula supaya ada rasa masam masin manis..

Kerabu mangga muda masam!!! Jom kita kelipkan mata bila makan kerabu mangga masam ni....

Friday, August 12, 2016

Daging Kambing

Balik dari kerja jam sudah pukul 7 malam...penatnya badan ni!! Tapi gagahkan juga masak untuk makan malam kami. Malam ni tukar menu...biasanya makan nasi tapi hari ni masak daging kambing, goreng ubi kentang, sayur dan cream cendawan campbell. Daging kambing tu saya perap sekejap je sebab tak cukup masa...tapi rasanya sudah cukup memuasakan saat letih dan lapar. 

Hidangan yang ringkas...saya cuma makan separuh je daging panggang sebab kurang selera, mungk8n badan ni terlalu penat.

Sup ini habis semangkuk saya hirup!! 


Cake Nagasaki

Sejak bertugas dibahagian ni agak murah rezeki...terima cenderamata dari bos...kali ini dapat cake dari negara Jepun yang halal untuk dimakan. Saya cuma nak kongsi di sini dari segi bungkusan yang digunakan untuk membalut kek...kemas dan cantik dan semestinya bersih.

Cenderahati dari Japan


Kek ini sudah siap dipotong...

Gebu dan rasanya sedap...katanya kek ini kalau disimpan dalam peti ais kena kedap udara agar kek ini tidak kering

Sunday, July 31, 2016

Oat Peram

Malam ni saya sediakan oat peram atau pun dikenali dengan overnight oat.... saya ni terpaksa pujuk diri sendiri untuk makan oat, ingat pesan doktor amalkan pengambilan oat untuk kurangkan kolestrol dalam badan. Biasa la makanan untuk kesihatan ni agak 'terlupa' kekadang tu sengaja dilupakan untuk dijadikan hidangan. 
Saya agak rajin malam ni menyediakan oat peram untuk sarapan besok!! Ala bukannya susah pun nak membuatnya...isi je dalam botol atau bekas...letak oat, buah-buahan apa yang ada dalam stok campur susu segar dan sedikit coklat cair atau madu. Kemudian letak dalam peti ais....besok boleh makan!!! emmm jangan pulak buat-buat lupa....
Untuk menghasilkan oat peram ni bergantung pada kreativiti kita...asalkan berkhasiat. Cara letak dalam botol ni saya masukkan secara selang seli...letak oat lepas tu buah dan seterusnya hingga penuh botol tu...akhir sekali susu cari dan coklat cair dan tambahan buah-buahan bahagian atas sekali.

Kandungan dalam oat peram...oat + susu cair + coklat cair + pisang +  limau manis + rock melon + anggur + biji badam....

Udang Masak Tempoyak

Hari ini tak ada jemputan open house...rasa aman sikit perut ni tidak masuk macam2 makanan. Tapi bila kat rumah teringin pula nak makan lauk kampung...eeemm masak udang dengan tempoyak campur petai. Memang tak boleh tahan la selera ni setelah sekian lama tak makan. Hidangan di hari minggu yang damai ni cukup menyelerakan ada pula sayur bayam dan ikan rebus goreng serta telur masin.

Ada yang terliur tak??? Jemput la jamah ya!! Lauk ni sekali sekala boleh la makan...kalau tak kawal alamak berkilo la kolestrol dan kalori dalam badan. 

Thursday, July 28, 2016

Cupcake Pisang

Sekian lama tidak jenguk ke sini...hari ada sedikit ruang untuk simpan gambar2 makanan kat blog ini...walaupun masakan ini pernah di upload tak kisah la sekurangnya dapat jadi kenangan. Cupcake ini saya masak 2 adunan sebab ada stok pisang agak banyak...maka bertebaran la kek pisang ni saya sedekahkan, jiran2 dan kawan2 di ofis. Kebetulan pula hari tersebut saya merayakan puasa enam...ok la tu jamu kawan2 makan kek pisang.

Resipinya saya ikut yang sebelum ini saya pernah upload...

Kalau jual agaknya berapa harga satu cupcake ni....hehehe berangan je...pastinya untuk berniaga belum pasti  kesampaian.


Sunday, July 17, 2016

Mee Sup Tulang

Mee/Kuehteow sup tulang!! 
Selamat hari minggu!! Hari ini saya tidak puasa enam..hanya selesai 4 hari..berbaki lagi 2 hari In syAllah minggu ini dapat selesaikan. Biasa la kalau hari minggu kena la masak, selera nak makan makanan yang berkuah...kebetulan ada tulang rusuk lembu, apa lagi saya masak la sup tulang tu untuk dimakan dengan mee & kueh teow. Sup merupakan makanan kegemaran saya jadi tak harian la kalau dalam blog ni asyik berulang je upload makanan yang sama. Lagipun sejak kebelakangan ni saya tidak sempat untuk upload citer2 seharian...tidak ada masa!!! Tapi hari ni agak terluang sedikit sebabnya hari minggu tiada gangguan kerja. Sup tulang rusuk ni memang sedap sebab kurang lemak dan harganya pun berbeza dengan tulang bahagian lain. Cara masaknya resipi sama je.

Wednesday, June 29, 2016

Asam Pedas Ikan Pari

Ikan pari masak asam pedas...campur timun sebagai tambahan sayur
Petang ni sempat snap gambar asam pedas ikan pari...kalau tak suram je blog ni sebab tiada cerita terkini. Seperti biasa la masak tu ada setiap hari..cuma untuk snap gambar tidak menjadi keutamaan sebab bekejar untuk berbuka puasa. Agak lama tidak makan ikan pari masak asam pedas...petang ini saya masak cincai je...tumis pun agak2 pecah minyak sebab masa tak cukup!!! Stress juga perjalanan hidup sekarang...dengan kerja yang banyak ditempat kerja, stress dengan jam jalan raya...kepenatan hanya tuan badan je yang tahu. Jom kita rasa asam pedas ikan pari untuk hilangkan rasa stress!!!

Tuesday, June 28, 2016

Nasi Goreng

Ramadhan kali ini agak kelam kabut sikit dalam menyediakan juadah berbuka. Agak terkilan juga dengan penghuni rumah sebab saya masak ala kadar je memandangkan waktu sampai rumah hanya ada masa yang singkat. Capai je mana yang cepat penyediaannya. Petang ni masak nasi goreng je...kuah kurma kambing yang masak sehari sebelum masih ada...potong timun...cukup la untul berbuka kami. Bila minum air, kurma dan buah-buahan sudah cukup kenyang. Alhamduillah.
Nasi goreng rencah sotong, potong telur dadar.

Wednesday, June 22, 2016

Nasi Briyani Ayam

#Ramadhan Iftar, Salam Nuzul Al-Quran untuk semua umat Islam. Walaupun hari ini cuti umum tapi saya terpaksa menghadirkan diri ke tempat kerja memandangkan ada berberapa urusan terpaksa dipantau. Tapi masuk agak lewat dan pukul 4 ptg bergerak balik sebab hari ini plan nak masak nasi briyani untuk iftar kami. Nasi briyani ayam, saya guna rempah briyani ayam brand maggi...tumis rempah 3 sekawan dengan minyak sapi + planta + masukkan rempah briyani + ayam yang sudah dipotong dan diperap dengan serebuk kari + kismus + biji gajus + yogurt...kemudian bahan2 tersebut dimasukkan dalam periuk nasi letrik + berasmati + air...masak seperti biasa. Tunggu hingga masak dan dihidangkan. Sediakan bahan sampingan...Kuah untuk dimakan dengan nasi briyani saya cuma masak pajeri nenas dan acar mentah, papadom dan telur masin.


Chicken briyani in the house!!! Memang puas dapat makan yang dimasak sendiri...

Acar yang paling senang dan cepat untuk disediakan.



Tuesday, June 21, 2016

Kerabu Mangga

#Ramadhan Iftar, antara juadah yang membuka selera untuk makan nasi adalah kerabu...ada kerabu dan ikan goreng sudah cukup untuk saya. Tapi bagi penghuni yang lain kena juga masak lauk jenis lain...selera di bulan puasa ni setiap orang berbeza. Mungkin sejak kecil saya diajar oleh ibu makan makanan seperti kerabu jadi tak hairan hingga sekarang menjadi kegemaran.  Petang semalam sempat la cincang mangga dan sediakan bahan2 kerabu...lagipun ada setengah bahan sudah saya sediakan sebelum ini...seperti kelapa goreng, ikan bakar/rebus simpan dalam peti ais...nak guna panaskan je.. kupas bawang dan potong halia serai, isi ikan rebus, kelapa goreng dan blend semua bahan. Campur dalam mangga yang sudah dicincang...potong halus daun kesum, bunga kantan dan cili padi...rasakan gula garam serta perahan limau nipis. 

Kerabu Mangga kegemaran saya...


Sunday, June 19, 2016

Butir Nangka

#Ramadhan Iftar petang ini ada tetamu...adik-adik datang berbuka puasa, maka boleh la masak kuih2 manis...terutamanya kuih stail kelate. Butir Nangka permintaan salah seorang adik...dia memang suka kuih2 macam ni. Hari ini saya masak 3 jenis makanan aatas permintaan kaum lelaki...sempena 'hari bapa'. Ada yang nak makan tauhu sumbat, roti sira stail kelate  dan begitu juga dengan lauk pauk. Hari ini boleh la saya melayan selera mereka sebab hari minggu...kalau hari bekerja harap maaf la tak sempat nak masak. Butir nangka ni sejenis kuih yang berkuah lemak dan manis. Kuihnya dibuat mengguna tepung beras pulut, diadun dengan sedikit air kapur + air daun pandan atau perwarna. Kemudian dibentuk bulat sedikit lonjong dan direbus dalam air mendidih. Kuih tersebut akan terapung bila masak...angkat dan sejatkan. Sesi ke 2 cara masak kuah...santan pekat + gula + secubit garam + daun pandan...masak sehingga santan mengelegak dan pastikan gula hancur...akhir sekali masukkan kuih biji nangka tadi...sekejap saja angkat, sejukkan.

Butir Nangka warna warni dan lemak manis sebagai pencuci mulut berbuka puasa...bagi yang suka sejuk boleh sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang...atau ambil je ais ketul letak dalam kuih tersebut...uuhhhu dapat hilang rasa haus seharian berpuasa.


Saturday, June 18, 2016

Kerabu Pegaga Campur Kerang

Menu berbuka kami hidangan nasi menjadi keutamaan... sebabnya waktu sahur tidak makan nasi..kami hanya makan makanan biasa seperti kuih atau roti. Petang semalam sempat buat kerabu pucuk pegaga campur kerang. Menu kerabu ni sentiasa menjadi pilihan bila berpuasa. Bila ada kerabu selera makan nasi semestinya bertambah...


Kerabu bahan yang dipotong halus pucuk pegaga + daun kesum + bunga kantan + cili padi. Untuk bahan-bahan yang ditumbuk/blend kelapa goreng + bawang merah + lada hitam + halia + serai dan isi ikan yang direbus/bakar. Kesemuanya digaul dengan bahan yang ditumbuk dan masukkan kerang rebus serta rasakan dengan gula garam juga perahan jus limau. Jika suka boleh juga gaul dengan santan pekat yang mentah...

Thursday, June 16, 2016

Pisang Sira

Sudah hampir 2 minggu ramadhan berlalu...cepatnya masa berlalu. Tahun ini tak sempat nak bercerita kat sini moment2 yang saya lalui sepanjang bulan puasa ini...masa agak terhad jadi gambar2 makan jarang disnap sebabnya kesuntukan waktu...berkejar didapur untuk menyediakan juadah...ya la berbuka perlu didahulukan. Petang ini ada sira pisang untuk kami berbuka puasa...tapi hanya saya je yang sentuh..itupun selepas solat isyak menjamahnya. Pisang ni kawan ofis yang bagi...awalnya elok je jika digoreng..tapi nak mengorengnya tak berkesempatan... maka pisang dah terlalu masak. Jadi dari terbuang saya masak sira pisang cara orang kelate. Sira ini caranya cukup senang...panaskan sedikit air letak gula pasir + gula melaka@nesan pun boleh, letak daun pandan dan secubit garam...masak sehingga mendidih dan gula hancur kemudian masukkan pisang masak hingga pisang air gula menyaluti pisang... tidak terlalu kering angkat dan....sejukkan.
Semangkuk pisang sira...simpan dalam peti sejuk lagi sedap dimakan.

Petua untuk pisang yang lembik menjadi pejal adalah dengan merendam pisang yang telah dikupas  dalam air kapur lebih kurang setengah jam sebelum disira.

Thursday, June 9, 2016

Ramadhan Ke 3

Puasa ramadhan tahun ini agak kalut sikit penyediaan juadah berbuka...sebabnya balik kerja jam 5pm...sampai rumah dah pukul 6.30pm...nak masak dalam masa tak sampai 1 jam...main capai je yang paling cepat untuk dimasak dan dimakan tepat waktu berbuka.Menu sup cendawan, ikan bawal goreng berkicap dan ayam goreng...Alhamduillah rezeki kami.
Ikan Bawal goreng dimasak kicap...kalau bulan puasa tak sah kalau tak masak kicap.

Menu paling senang dan cepat dimasak sup cendawan campur.


Monday, June 6, 2016

Tetamu Adik Beradik

Agak berterabur hidangan...sebab tuan rumah agak kalut memasak, yang menghidangnya kaum lelaki...semuanya tak sabar nak makan nasi kerabu kuning...
Sempena menyambut ramadhan, Ahad lepas sempat buat sedikit makan-makan bersama adik-beradik dan ipar duia serta anak2 sedara. Sebelum ni tak pernah berkumpul adik beradik disini menyambut 1 Ramadhan...kali ini meriah walaupun masih ada beberapa orang tidak ada di KL.

Ada 3 orang lahir bulan yang sama...jadi saya sponsor meraikannya... gabungkan sekali majlis hari jadi dan sambut puasa. Menunya ringkas saja nasi kerabu lauk ayam bakar, ikan goreng dan desert pula ketupat sotong...ketupat sotong permintaan adik yang sambut hari jadi, nasi kerabu pula adik yng datang urusan kerja di KL...jadi menyinggah kat rumah bila cuti hujung minggu. Bab memasak pula adik perempuan sekeluarga datang bercuti di KL...maka saya ada pembantu. Biar pun menu tak banyak tapi nak menyediakannya cukup menenatkan. Untuk makan tengahari...pagi kena ke pasar kemudian kena masak...nasib baik kek tu saya tempah. Tidak termampu nak sediakan semua, tambah pula situasi kerja sekarang agak memenatkan.
Birthday anak-anak sedara
Birthday adik lelaki bujang...Coklat Chease Kek.





Sunday, May 29, 2016

Oh ice cream...banana split bersama coklat M

Sekian lama tak makan ice cream...kekadang tu terlupa nak beli bila ke supermarket...lagipun bila beli ice cream selepas membeli belah tidak boleh melencong ke tempat lain...nanti cair la. Petang ni balik dari kerja menyinggah kat kedai area perumahan...tapi hampa ice cream kegemaran tak ada...tapi beli juga walaupun brand yang tidak menepati citarasa. Terasa dahaga dan teringin nak makan yang sejuk!!

Jom kita makan ice cream aka banana split perisa strawberi dan coklat...yang ini pilihan Mr Right...saya kurang minat ice cream perisa macam ni...pilihan saya perisa vanilla.

Yang ini untuk tetamu...adik ada kursus sebulan di KL...setiap hari minggu datang lepak kat rumah...dia juga peminat perisa strawberi.

Thursday, May 26, 2016

Tempura

Tempura udang dan cendawan. Bila digoreng garing memang cukup sedap.
Malam tadi makan malam goreng udang dan cendawan celop tepong...kononnya nak buat tempura udang cicah sos. Kesudahannya kami makan dengan nasi sebabnya ada sup ekor. Sejak kerja dengan tugasan baru ni agak kesuntukan masa untuk upload cerita masak2 kat sini. Ditempat kerja masa tu teramat padat dengan urusan...dirumah pula utamakan yang wajib masak dan makan sebabnya sampai rumah dah jam 8 mlm masa agak terhad...kekadang tu terlupa nak snap gambar apa yang dimasak.


Sunday, May 22, 2016

Udang Masak Lemak

Hari minggu cuti wesak terpaksa kerja sejak ditugaskan mengurus bahagian lain di ofis, terlalu banyak yang perlu diurus dan semestinya ada sedikit tekanan dan penat. Urusan kerja dan rumah terpaksa dilakukan demi tanggungjawab. Pagi Ahad terpaksa masak makanan untuk penghuni di rumah sebelum keluar ke tempat kerja. Sebelum ni saya berkejar ke kelas mengaji Al Quran...tapi kebetulan minggu ni kelas mengaji cuti wesak. Saya terpaksa ke tempat kerja sebab bos ada buat majlis makan-makan dan tetamunya agak ramai...dan terpaksa aku menguruskannya disamping rakan2 sekerja.Majlis minum petang dan makan malam amat memenatkan sebabnya tetamu datang tanpa henti. Menu untuk keluarga tersayang di hari minggu...udang masak cili padi, sambal terung dan ikan tenggiri goreng...cukup la ya...

Udang masak lemak cili padi...meskipun ada majlis makan...masakan sendiri menjadi pilihan

Sambal terung, ikan bilis dan tauhu