Saturday, September 24, 2016

Tempe + Ikan Bilis + Petai + Kentang

Sekarang ni hari sabtu pun kerja...dan besok pun kena pergi kerja ada urusan perlu diselesaikan...petang pula ada majlis farewell ofismate. Penatnya tidak terkata non stop kerja...bila la saya nak pencen..uuhhuu.

Petang ini balik kerja kononnya nak lunch kat luar bersama Mr Right...tapi agak lewat keluar ofis makanan untuk lunch kat kedai pun dah tak menyelerakan. Keputusanya saya masak...menu yang ringkas tapi menyelerakan! Masak sambal goreng tempe, ikan bilis, kentang dan campur petai. Tambahan menu sup cendawan dan ikan goreng. Lunch kami jam 4.30 petang...hahaha sabar je la ya!! Alhamduillah rezeki dariNya.

Ada yang terliur tak??? Jemput makan...dapat nasi panas dengan lauk ini pun dah cukup menyelerakan.

1 comment:

Cikgu Shidah said...

Sedap sekali! Terima kasih kerana berkongsi. Saya pun suka sekali masakan ni. Teringat arwah nenek bila makan lauk ni.