Tuesday, February 17, 2015

Bercuti @ Koh Samui - Koh Tao - Koh Nangyuan - Surat Thani

Percutian @ perjalanan 16 - 20 Feb 2015, melibatkan udara kapalterbang - laut feri dan speedboat - darat bas-tut tut-motosikal. Bagi yang nak cepat sampai boleh juga ambil direct flight firefly KL - Koh Samui.




Hari Pertama 

16.2.15 Mula langkah perjalanan dengan BISMILLAH... ke Koh Samui : 6.30 am Tiba di KL Sentral-Klia2 ERL - RM35. Pergi kami pilih Erl dan balik nanti Insya Allah naik bas Klia2-KL Sentral.
Di KLIA2 - 8.30 am sarapan di Klia2 @ Nyonya Color set nasi lemak bungkus dan teh tarik RM5.50. Kami sengaja keluar awal sebab nak ambil peluang pusing Klia2 memandangkan ini pertama kali ke sini sejak dibuka...lagipun cuti ni untuk santai-santai bukannya pergi untuk bertugas.

Bagi yang tak biasa naik Airasia kat sini aku bagi sedikit panduan - Airasia kami sudah check in untuk pergi balik sehari sebelum penerbangan melalui web dan print boarding pass bawa kaunter untuk masukkan beg. Gate untuk boarding akan di tulis masa drop beg...Gate P9 - 11.20 am waktu boarding, penerbangan ambil masa 1.30 jam. 

Touch down 12.30 pm waktu Thailand - waktu Malaysia-Thailand berbeza satu jam - terus check in Imigration pastikan sudah isi borang masuk dan keluar biasanya dlm flight diedarkan...Imigration agak perlahan waktu kami check in hanya 2 kaunter saja beroperasi. Airport Surat Thani kecil saja maka tak susah nak mencari jalan keluar.

Keluar imigration beli tiket bas untuk ke jeti Don Sak  dan naik feri untuk ke pulau Koh Samui...kami ambil tiket bas + feri Seatran THB400 seorang untuk sehala. Jika tak ada plan perjalanan lain untuk balik nanti tiket feri dan bas ni boleh beli untuk pergi balik.  Selain dari Seatran ada juga perkhidmatan company Raja Ferry.

Dari jeti ke hotel Khun Chaweng naik tut-tut tambang THB150 seorang. Check in hotel jam 5.30 pm agak lambat sebab tut-tut ada beberapa penumpang lain. Teksi pun ada dekat jeti tapi kami memilih tut tut untuk bersiar-siar dan tambangnya murah. Hotel yang kami pilih terletak di Chaweng yang dekat dengan kedai-kedai dan harga hotelnya murah, untuk ke pantai 10 minit je...cuma hotel ni agak bising sedikit sebab dekat dengan pusat hiburan...bagi yang berkeluarga tidak digalakkan, bagi kami sekadar pilih hotel ini sebab masa kami di sini banyak habiskan masa jalan-jalan, hotel untuk kami mandi, tidur dan solat...bukannya untuk bersantai.



Jam 7 pm misi jalan kaki sekitar hotel dan mencari makan. Area Chaweng ni ada kedai makan muslim nama Fareast dan Curry Hutt (Indian & Thai Food). Aktiviti malam kami untuk hari pertama di sini hanya jalan area pantai Chaweng dan kedai2 barang cenderahati sambil survey package tour untuk ke Koh Toa dan Koh Nangyuan. Bab shopping aku tidak tertarik sebab barangnya biasa je dan harganya bergantung kepada jenis produk. Lagipun banyak barang seperti handbag jenama dan kasut tiruan.


Hari Ke 2

Plan kami hari ke 2... seharian pusing Koh Samui melawat tempat tarikan dengan menyewa motor untuk sehari RM30 (24 jam) harga sewa bergantung kepada jenis @ kuasa motor. Mula merempit sediakan peta manual @ waze. Chaweng-Lamai-Fisherman Village-Chaweng. Cadangan tempat dilawati setiap Checkpoint view, waterfall, grandpa & grandma stone etc. ikut je setiap tempat tarikan yang ada dalam peta, gajah, harimau, monyet semua boleh tengok tau...lagi satu kami ada juga berhenti di setiap hotel yang menarik untuk tengok pemandangan laut.

Malam urut badan yang kepenatan setelah merempit seharian. Harganya cukup murah. Boleh pilih macam-macam jenis urutan...

Beberapa viewpoint di Koh Samui sepanjang kami merempit...kalau nak upload dari camera rasanya tak mampu sebab banyak. 















Hari Ke 3 - Koh Toa dan Koh Nangyuan
 
Package tour snoekling ke Koh Toa dan Nangyuan pergi balik speedboat+sarapan+makanan tengahari (makanan kami hanya pilih sayuran dan buah sebab tidak pasti kehalalannya). THB1500 seorang seharian habiskan masa di sini. Snoekling, panjat bukit untuk tengok view pulau dan laut serta mandi laut. Di pulau ni kebersihan amat dititik beratkan. Bagi yang nak berenang bawa atau terus sarung baju renang ya!!! sebab tak nak buang masa dalam speedboat baru nak tukar2 baju lagipun masa yang diberikan untuk berenang / snoekling hanya 30-45 minit saja.
Malam kami pergi urut badan sekali lagi setelah kepenatan berenang, panjat bukit dan dilambung ombak dalam speedboat (bagi yang tak tahan mabuk laut harap sediakan ubat supaya perjalanan tidak mengecewakan)...sebabnya ada couple dari middle east tak tahan mabuk, kesian tengok kedua-duanya tak boleh nak bangun dan waktu kami berenang pun mereka terpaksa berehat dalam speedboat. Masa balik kami bekalkan mereka pil penahan mabuk dengan stok yang aku bawa.

Urutan badan kali ke2 kami ambil, urutan dengan menggunakan minyak...kurang power urutan guna minyak jika dibandingkan dengan urutan tanpa minyak...pilihan ditangan anda...harga urutan badan kat sini teramat la murah.

Untuk tatapan pemandangan di sekitar Koh Toa dan Koh Nangyuan...kalau nak upload semua gambar yang diambil rasanya hang up laptop saya.


Menunggu untuk naik speedboat




Bagi yang nak berehat dan menyedut udara laut boleh juga sewa boat ini yang boleh tidur baring....

Jom kita berenang....yang tak bawa baju renang duduk je atas speedboat





Untuk melihat pemandangan yang cantik ni....harus la mendaki dan memerlukan daya tahan.





Tempat duduk ni kena sewa tau...nak berenang, tidur, baca buku....nikmati la keindahan waktu cuti!!!! hilang segala keserabutan kotaraya.






Hari Ke 4 - Hari Terakhir di Koh Samui
Check out bilik jam 10 am dan naik tut tut tambang RM10 seorang ke jeti. Beli tiket feri Seatran + bas untuk ke jeti Don sak dan bas ke pekan Surat Thani (THB350 seorang). Kaunter jual tiket ada area sebelum nak masuk ke jeti.
Don sak jeti - keluar dari feri jalan terus ke stesen bas 5-10 minit je ke stesen bas... biasanya bas dah sedia menunggu tunjuk je tiket bas. Bas ke pekan Surat Thani lebih kurang satu jam.

Berdasarkan pembacaan ramai yang mengguna perkhidmatan Seatran memuji sistem company Seatran bagus dari segi masa dan perkhidmatan. Kami pun akui dan rekmen...kalau ada family yang bawa beg besar pekerja bas ni akan tolong angkat beg untuk diletak dalam perut bas...kami yang bawa satu beg besar pun pekerjanya tolong angkat.

Kami pilih untuk bermalam di Surat Thani satu malam memandangkan tak pernah datang sini, ambil kesempatan untuk melihat bandar ini. Bagi yang tidak ingin bermalam di Surat Thani boleh bertolak awal pagi dari Koh Samui @ Koh Tao dengan feri untuk naik flight tengahari. Di pekan Surat Thani ke hotel Princess Park yang terletak tak jauh dari Tesco Lotus...kami jalan kaki je untuk ke Tesco. Perjalanan dari pekan ke hotel naik tut tut yang ada menunggu kat tepi jalan tambangnya murah. Lagipun penginapan kami jauh sedikit dari pekan jika ambil teksi semestinya 3 kali ganda bayarannya. 

Surat Thani dan Night Market
Petang jalan2 di pekan Surat Thani, setiap hari Khamis ada night market banyak jual makanan. Bandar Surat Thani boleh dikatakan sibuk seperti bandar-bandar kecil yang lain...cuma tak banyak tempat untuk dilawati. Kami makan malam dan sarapan di hotel sebab ada menyediakan makanan halal.  
10 am ke airport Surat Thani boarding 12.20 pm - naik tut tut THB400 2 orang. Alhamduillah!!! Penerbangan on time landing 3.35pm waktu Malaysia, ambi bas ke KL Sentral RM10 seorang. Berakhir percutian kami 5H 4M KLia2-URT-Samui-URT-KLia2.

Nota:
- Bajet kami penerbangan pergi-balik, penginapan dan makan untuk 2 orang hanya RM2200 sahaja. Kami save dari segi hotel dan pengangkutan.

- Jika berkeluarga atau yang morning breakfast atau jenis makan on time yang ingin menikmati makanan waktu bercuti disarankan pilih penginapan yang boleh memasak, sebab disini banyak seafood, kebanyakan kedai makan disini yang ada menyediakan makanan seafood segar tapi tidak halal. Lagi satu waktu pagi untuk sarapan kedai agak lewat dibuka kecuali kedai 7eleven...kecuali hotel ada package makan.
- Seeloknya bawa sedikit bekalan makanan dari tanah air..sekurangnya dalam perjalanan dapat alas perut terutama yang naik feri...banyak masa untuk menjamu selera. Dalam feri ada juga jualan makanan cuma tak pasti halal.

13 comments:

Lolita said...

Assalamualaikum,

Thank you for this post. Lengkap semua info dari start arrival sampai la depart from Surat Thani. Memang tgh cari info mcm ni nk tahu rough timing and budget.

Tapi plan saya naik flight 1300hrs straight dr Koh Samui, so nak tanya soalan/tanya pendapat:
1. Ada feri n bus transit ke airport pagi2 tak?
2. Jangkamasa perjalanan dr jeti Koh Samui ke airport
2. Suggestion checkout time dari hotel

Hope boleh share pendapat. Thank you.



copyright@nar said...

Terimakasih sbb sudi visit blog saya tak seberapa. Maaf lewat reply.

1. Feri dan bas ke airport Surathani dari Koh Samui, feri jam 7 pagi..kalau nak naik bas beli tiket feri & bas company yang sama ada dijual dikaunter perlabuhan sebelum naik feri...sebab bila sampai di perlabuhan bas sedia menunggu.
2. J/masa dari perlabuhan Koh Samui-airport Surathani 3++ jam (Feri 1 jam 45 minit, bas dari perlabuhan Don Sak ke airport Surat Thani 1.30 minit)

3. Check out hotel jam 6 pagi.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. macam mana saya nak beli package snorkeling yang harga 1500 bhat seorang? package tu dibeli semasa tiba di koh samui atau sebelum?

copyright@nar said...

@Japan Odyssey UTM.

Package ke pulau dan snorkeling saya beli semasa berada di Koh Samui melalui travel agent yang ada di Koh Samui, anda boleh survey dan buat pilihan sebab banyak tempat ada menyediakan perkhidmatan ini. Peringatan kalau peak time perlu beli awal sebab untuk ke pulau2 ini dihadkan dalam sehari.

Unknown said...

aslkum tuan.. terima kasih byk2 info.. tp nak tanye flight sy air asia 1ptg... berdasarkn pengalaman dan cadangan tuan sempat ke surat thani airport kalo chect out jam 6pg..

Saperke Nama said...

Assalam. Maklumat yg baik tuan telah tuliskan.. Cuma tuan bnyk sgt kluar belanja..

Dari Airport ST (Surat Thani) cari booth feri SEATRAN..jgn pergi booth Air Asia.. Org2 Raja Ferry ramai.. Ferry nya lembab..panas dan hancing..toilet Kotor.

Kalau nak best tinggal di Koh Samui sewa hotel d kaw Fisherman Village.. Mae Nam Beach..
Sini x kecoh dan perempuan maksiat xda ..x mcm d Caweng atau Lamai Beach.

Nak kemana-mana d seluruh Koh Samui bole sewa skuter.. THB300/24jam/150cc. Cari skuter d Hotel atau sewa yg dekat dgn hotel menginap. Isi Minyak d pump station lg murah dr Minyak jual botol tepi jalan..cuma syaratnya kena isi minima THB50...
...BERSAMBUNG.

Saperke Nama said...

Sambungan..

Kami sewa hotel tepi Pantai d Chinatown Mae Nam beach. Pantai cantik.. Laut bole mandi.. Dan tak sampai 100 langkah dari bilik.

Dapat motor.. terus ronda ..pergi Big Buddha dan Elephant Walk berdekatan. Fisherman Village ada Pasar Malam hari Isnin dgn Jumaat.

Makanan HALAL ada Turkish food. Nak sarapan g dpn kelinik Kesihatan Maenam.. Makcik tu masak lomak cili api.. Minum dgn air Fanta..

Nak maklumat lain.. Wasap saya ..

Shahoneysha said...

En sapername,boleh x awak bg iti awak ke koh samui? Sy bakal ke sna awal tahun hdpan.

Unknown said...

ye btul..sy pun nak kesana..boleh share itinerary & costing budget kt sna.tq

Unknown said...

ye btul..sy pun nak kesana..boleh share itinerary & costing budget kt sna.tq

Unknown said...

Salam. Awak dah ke sana ke? Mcm mana dgn prjalanan okey x? Sbb pn nak ke sana.

Unknown said...

Sya nk cntact no ble?.. next week nk ke sna dr srt thani..

Unknown said...

Lain kali kalo visit Samui, inap di hostel saya yaaa https://www.facebook.com/baanhinlad/