Tuesday, March 31, 2015

Sup Sayur Seperiuk!!!

Hari ni aku keluar ofis agak awal sebabnya ada urusan peribadi. Urusan selesai pukul 4 petang maka sampai rumah agak awal dari biasa...aduhai kena la masak...jika ikutkan perut aku tidak lapar...memandangkan penghuni lain nak makan kena la merelakan diri berkhidmat menyediakan makan malam. Biasa la bila nak cepat menghidang dan ada pula yang mengeluh tak makan tengahari...maka aku masak la yang ringkas dan cepat. Sup sayur, ayam goreng kunyit dan rebus telur masin. Cukup la tu lengkap dengan vitamin C dan kaborhidrat.


Kepada peminat sup sayur mesti terliurkan....jika nak diet cukup la sekadar makan sup tanpa nasi.
Sila abaikan janggut udang yang melintang tu....

Nasi Lemak Hati Ayam

Pagi ni sarapan nasi lemak berlaukkan hati ayam dan telur rebus...beli bungkus makan kat ofis...kalau makan kat sana kurang selesa nanti baju berbau minyak bila keluar dari kedai. Ada sesiapa pernah mengalami situasi baju berbau bila keluar dari kedai makan???? Area ofis ni ada satu kedai menjual makanan keMelayuan dan boleh dikatakan menyelerakan...sekali sekala untuk tukar selera tu boleh la. Tambah pula sejak akhir2 ni aku agak kemalasan nak masak untuk sarapan...sebelum melangkah masuk ofis dah set dalam fikiran untuk singgah beli sarapan yang berat memandangkan perut ni rasa teramat kosong. 

Tengok penuh polystren!!!! macam hidangan untuk makan tengahari....uuhhu sah la aku akan kenyang hingga ke malam. Nasi lemak dan sambal memang sedap, tak rugi kalau beli.
Menjamu selera sambil baca berita hari ini...sebab tu aku suka makan kat ofis ada juga masa untuk menatap akhbar.

Saturday, March 28, 2015

Maggi!!!

Malam ni masak maggi berkuah untuk makan malam kami. Tengah hari tadi kami makan di majlis kenduri kahwin...ya la sekarang ni musim orang kahwin dengan cuaca agak panas sekarang ni makan pun kurang selera...asyik minum air je. Balik dari kenduri badan pun rasa tak selesa akibat banyak minum ais...uuhuu tanggung je la masalah bila minum ais.

Balik dari kenduri tadi aku terlena sekejap gara-gara badan kurang selesa dengan cuaca yang panas. Terasa lapar tapi selera untuk makan nasi agak kurang...jadi makan maggi je malam ni.

Sekali sekala dapat makan maggi memang menyelerakan...tapi AWAS jangan jadi amalan demi kesihatan.

Friday, March 27, 2015

Sinar Pagi Jumaat

Salam Jumaat semua...pagi bila menjenguk ke luar jendela aku terpegun melihat cahaya cerah diufuk timur...jam hampir 7 pagi cahaya matahari hampir menampak...indahnya!!! syukur padaMu ya Allah!!! aku masih diberi ruang untuk melihat segala ciptaanNya.