Monday, May 1, 2017

Sup Sayur

Petang ni masak sup sayur dan goreng ikan tenggiri serta ikan masin sahaja. Ketandusan idea dan selera nak makan tu tak tahu nak makan apa. Tanya Mr Right dia cuma nak makan nasi dengan ikan goreng dan sup sayur je sebab perutnya asyik meragam sejak balik dari bercuti di Phuket...entahlah mungkin terlebih makan pedas ataupun masalah kebersihan makanan atau air di sana. Memandangkan kami tak makan tengahari tadi..jadi kena la makan nasi malam ni...

Nampak tak sup sayur berwarna warni...tarikan selera.

Kuih Keria

Selamat Hari Pekerja! Para pekerja mohon berehat sepuasnya untuk hari ini. Berehat tu ada bahagian tertentu je...kalau nak makan kena juga bekerja...masak la jawabnya. Saya memerap je kat rumah tak ada mood nak keluar berjalan-jalan. Aktiviti kat rumah masak ala kadar je,  pagi ni makan nasi goreng hingga ke tengahari dan untuk petang buat kuih keria. 

Kuih keria saya lain dari yang lain...sebabnya kat rumah tak suka kuih yang bersalut gula...cukup la saya tabur gula ala2 buat donut. Nasib la bila orang tak suka manis. Nampak buruk macam ni pun sedap tau...tambah pula petang ni hujan kat luar dan kita kenakan dengan teh o limau.

Pagi sarapan nasi goreng...hingga ke tengahari kami kekenyangan...maka saya rehat dari masak tengahari

Sunday, April 30, 2017

Bila Boss Bercuti

Semenjak hampir setahun saya bertugas di jawatan ni...sibuk, penat, stress dan berbagai lagi masalah saya lalui. Sehinggakan sebutan untuk berhenti kerja sering bermain difikiran...tapi saya sabar dan cuba ambil yang positif untuk terus tempuhi kerjaya ini. Di sebalik perkara negatif yang saya hadapi ditempat kerja...ada juga yang mengembirakan... bonus saya dapat walaupun bukannya berbulan2 gaji tapi jika dibandingkan dengan company yang tak bagi bonus...saya rasa bersyukur! Lagi satu bila bos pergi bercuti ada je hadiah@cenderamata yang dibawa untuk saya. Kali ini saya terlintas nak letak kat sini sebagai tatapan dan kenangan untuk saya kemudian hari...mana la tahu bila dah tak kerja di sini..dan bukan niat saya untuk menunjuk! Di sini hasil ehsan dari bos yang baru balik dari bercuti bulan pertengahan April lepas.

 Walaupun minyak wangi kegemaran saya brand lain..tetapi bila dapat free tetap saya suka. Pertama kali bos beli minyak wangi...sebelum ni dia belì purse selain dari tudung dan baju.

Selendang yang paling mahal sepanjang hidup saya...nak harap diri sendiri yang beli belum pasti!

Selendang/Tudung...terima kasih bos!! dah banyak saya dapat tudung dari luar negara bos belikan untuk saya.

Pajeri Nenas

Sekian lama tidak jenguk di sini...biasa la terlalu dihimpit kesibukan kerja...bila balik dari kerja hanya fikir nak rehat. Hari ni Ahad dan besok hari buruh...2 hari saya dapat rehat di rumah...cuba kosongkan fikiran dari masalah kerja.

Hari ni masak apa yang ada dalam peti sejuk..ada nenas, terlintas nak makan pajeri nenas. Kita makan yang ringkas je, pajeri nenas, kobis goreng dan ikan goreng. Saya masuk dapur pun agak lewat..hampir jam 3 ptg baru nak menghadap hidangan tengahari....

Ini pajeri nenas ya. Kenapa diberi nama pajeri nenas saya pun tidak tahu. Nanti la kita tanya pakcik goggle.

Kobis dan karot goreng...rencah sotong, walaupun papa pandangan nampak tak cantik...tapi bila dah dikawankan dengan pajeri dan ikan goreng cukup sedap.