Sunday, February 5, 2017

Bingka Pandan

Petang ni terasa nak makan kuih manis...saya bancuh kuih yang paling senang dan bahannya pun tak memerlukan berbagai...sekadar bahan stok yang biasa ada kat dapur. Kuih ni mengingatkan saya masa menumpang sekejap kat rumah mak saudara masa mula2 datang bekerja di KL...mak cik saya sentiasa buat kuih ini..dia pun cakap kat saya kuih bajet tak banyak guna bahan. Sekarang dengan harga barang yang melambung naik rasanya tak da lagi kuih ni murah bila dijual...tepung, santan pun dah mahal...usah kita pertikaikan harga barang...tak akan turun bila dah naik.

Cerita kuih bingka tepung ni saya tak pasti nama kuih ini sama ada bingka pandan atau kuih bakar pandan...tapi bila saya goggle kuihnya ada bermacam2 yang tertera. Apa pun saya hanya namakan kuih ni bingka tepung sebab dari kecil saya diajukan nama ini...ala apa nak dipeningkan...petang ini saya berjaya membakar kuih ini dan yang paling penting dapat makan kuih ini.

Satu loyang saya dapat kuih ni dengan bahan yang cukup ringkas.

Kuih ni saya terlebih masa bakar...uuhhu bijannya jadi kering...kononnya nak bagi garing dipermukaannya, lepas tu saya tak sabar nak makan potong bingka ini masih panas..bentuk potongan pun tak cantik...seeloknya potong bila dah sejuk. Rasanya sedap tau!!!

Bagi yang nak berjinak2 untuk masak kuih ini boleh cuba resipi ini...saya pun ikut resipi ini. Terima kasih kepada tuan empunya resipi ini..mohon halal.



Friday, February 3, 2017

Hidangan Tengahari

Jumaat...hari ni saya mohon cuti tahun...saja nak rehat kat rumah lagipun agak lama tak cuti asyik kerja je...sekarang ni asyik fikir nak berhenti kerja je!! Agak membosankan dengan suasana di tempar kerja. Bila dah macam ni mood nak pergi kerja pun agak lemah...sabar je la.

Lupakan pasal kerja!!! Hari ni fikir pasal urusan dirumah...kemas rumah dan masak untuk makan tengahari. Menu hari ni ikan siakap masak 3 rasa, sup ayam dan sayur goreng. Tenangkan fikiran dengan memasak dan menjamu selera!!

Ikan siakap bersembunyi disebalik timbunan sos!!

Sup ayam, sayur goreng dan ikan siakap 3 rasa pelengkap hidangan tengahari kami.


Thursday, February 2, 2017

Nasi Goreng Cina

Tetamu semua sudah balik kampung...terasa sunyi sepi rumah kami, 5 hari riuh rendah suara budak2...lepas tu berebut2 makan...seronok tak terkira tuah rumah melayan tetamu. Hari ni tuan rumah hanya selera nak makan nasi goreng je...hehehe, lagipun balik kerja dah lewat, pilih menu paling cepat dimasak. Beberapa hari asyik makan nasi campur, nasi arab...hari ni kita makan nasi goreng cina bersama telur mata.

Salah satu makanan kegemaran saya!!! Kehidupan saya ringkas begitu juga dengan selera saya kalau boleh setiap hari nak makan makanan yang senang di masak...tetapi memikirkan penghuni lain kena la jaga selera mereka.

Saturday, January 28, 2017

Domino Pizza

Cuti Tahun Baru Cina 28-29 Jan, adik beradik dari kampung datang bercuti di KL, kebetulan ada jemputan kenduri kahwin saudara di Subang. Kenduri pada 28hb@sabtu, biasa la pergi makan kenduri bila dah balik rumah semestinya terasa lapar...makanan yang dimakan sudah hadam dalam perjalanan pulang. Sebagai tuan rumah terpaksa la saya ambil alternatif untuk sediakan makanan yang cepat...balik dari kenduri mood nak masak pun tak ada kononnya letih...penat juga dok bersembang dengan sedara mara hehehe.. ala sekali sekala jumpa masa ni la nak bertanya khabar...

Balik dari kenduri saya raikan adik beradik, ipar duai dan anak2 buah makan pizza domino, Maaf la ya sedara sekalian mak cik penat nak masak petang ni... kita kenyangkan perut masing2 dengan tepung gandum ya!! Petang ni kita puasa nasi.
Tarraa!! Saya buat magic hidangan tak perlu bertungkus lumus di dapur....minta tolong pakcik dan makcik Domino yang masak.

Berbagai rasa...jemput makan ya abang, kakak, adik2 serta anak sedara...mak cik belanja western food malam ni. Hidang je terus dalam kotak tu, tak perlu nak cuci pinggan mangkuk...adoiii pemalas betul tuan rumah hari ini ya!