Tuesday, September 9, 2014

Pasta Goreng

Cakap pasal makan ni mesti ada yang mengalami situasi tak tau nak makan dan masak apa. Bila masuk restoran pun terkial-kial belek menu tak tau nak order apa...eeemm bila dah banyak pilihan macam ni la jadinya...begitulah hakikat bila kita diberi pilihan...ambil masa untuk membuat keputusan. Jika sebaliknya kita tidak perlu membuang masa dalam membuat keputusan asal ada semuanya kita terima. Begitu la yang aku alami pagi ni...fikir nak makan apa pagi ni??? Semalam ada pasta yang dah siap rebus...goreng je kalau tak bawa bekal sampai ofis terkial-kial depan kedai makan nak pilih makanan...bila dah bawa bekal senang cerita makan je...

Makan waktu pagi tak ada menu macam ni kat kedai tau kecuali mee / kuehteow goreng je yang ada dijual.

Saturday, September 6, 2014

Makan Tengahari

Sabtu...hari yang penuh dengan aktiviti di rumah. Dari pagi hingga tengahari...berhenti rehat selepas makan tengahari. Hari ni aku masak ikan aya masak lemak kuning, ikan siakap masa 3 rasa dan stim sayur pak choy. 

Masak lemak ikan tongkol @ aya bersama kacang panjang. Gulai nampak pucat sebab aku kurangkan kunyit. 
Stim Pak Choy atau Bak Choi bersama cendawan tiram
Separuh badan ikan siakap masak tiga rasa....warnanya kurang meriah sebab tiada penyeri daun sup atau daun bawang.

Friday, September 5, 2014

Salad Organic

Menu petang ni berasaskan sayur...memandangkan Mr Right beli salad organic dan kesegarannya membuatkan aku teruja untuk sediakan salad ni sebagai menu makan malam. Salad ni aku campur dengan sedikit hirisan ayam letak sedikit minyak zaitun dan sedikit mayonies ganti sos thousand island...tambahan goreng nugget dan kentang...yang penting dapat makan salad yang segar. Disebabkan tak sabar nak makan salad aku terlupa nak snap gambar makanan yang dah dihidang.

Serumpun Salad organic
Bila tengok salad yang segar ni tak sabar nak makan

Siapa nak kurus!!!

Bagi sesiapa yang nak kurus baca atikel ni dan ikut amalan pemakanan yang diambil...tak perlu terpengaruh membeli produk komersial yang dok promote merata internet atau media massa...dengan ikon berat 90 kg boleh turun ke 60 kg dalam masa sebulan...uuuhhh sah-sah kena kelentong. Bagi aku diet untuk kurangkan berat badan ni yang terbaik adalah jenis makanan yang dimakan dan cara pengawalan...contoh paling senang bila kita berpuasa bulan ramadhan..paling sikit mesti berat badan kita akan kurang...puncanya sebab makanan yang kita makan dan waktu makan kita ikut masa.
Berdasarkan kepada atikel ni bagi aku boleh juga kita ikut caranya tapi jangan ikut seratus peratus makan buah-buahan je...