Saturday, April 6, 2013

3 RM10

Malam tadi ketika sedang makan malam ada makcik menjaja kerepek...kesian aku tengok malam-malam begini membimbit 2  beg plastik merah yang tinggi separuh badannya. Setiap meja yang ada pelanggan dalam kedai makan tu disua kerepek2nya itu...dia tetap berusaha dari satu meja ke meja yang ada pelanggan. Senario macam ni memang boleh tengok di merata tempat, cuma aku tersentuh hati bila tengok seorang wanita@ibu mencari rezeki, berjalan kaki seorang dengan membimbit barang. Di meja aku dia ...'salam puan nak beli kerepek 3 bungkus sepuluh ringgit'..aku berhenti menyuap makanan...jawab salamnya dan melihat dia mengatur bungkusan2 kerepek atas meja makan aku...sambil cakap jenis2 kerepek tu..berbagai jenis dan dia cuba tarik hati aku cakap kerepek ni masih baru...ya aku tau dia pun jual barang yang elok. Aku & Mr Right pilih tempeyek.
Luhur dan berbudi bahasa dia berlalu dengan senyum bila kami membeli kerepeknya. Terfikir...agaknya pukul berapa dia balik rumah??? 

Friday, April 5, 2013

Kedai Kelate-Siam


Kita make kedai ore Kelate masakan orang Siam. Biasa la kalau pilih kedai masakan Siam ni menunya sama je dengan kedai Siam lain, Mr Right pilih menu malam ni...katanya 5 hari kursus makan makanan kat hotel dag jemu... hidangan kami malam ni tomyam campur, ikan kembung tiga rasa, kerabu mangga dan kailan goreng ikan masin. Ini kali ke 3 kami kunjungi kedai ni, sebelum ni makan makanan al carte seperti nasi goreng dan mee hailam dan rasanya sedap. Malam ni agak kecewa sebab tomyam dan ikan tiga rasa kurang lengkap rasanya ..tak kena dengan selera kami, cuma puas hati sebab ikan dan sayur segar. Ok la untuk selera malam ini.

Biskut Ping Pong

Pagi ni biskut ping pong jadi pengalas perut, cukup la utk pagi ni. Kenangan!!! Biskut pingpong yang jadi rebutan dengan kawan2 sepejabat masa aku mula2 bekerja sebagai kerani kontrak... syarikat tempat aku kerja akan beli biskut size tin yang besar macam  kat kedai runcit...bila kena kerja overtime waktu malam, ni la makanan kami bila lapar. Dulu harga biskut ni paling murah.... tapi sekarang berbeza harganya. Tapi masa ni kami semua tak fikir pun pasal biskut ni murah atau mahal janji dapat makan free dan masa tu kerja mana la boleh bermewahan makan.

Sekarang ni selera untuk makan pagi agak kurang mungkin aku dah jemu bila tengok menu yang sama je kat sini. Sejak beberapa minggu ni aku amalkan setiap pagi minum susu segar sebelum keluar rumah, perut pun rasa kenyang bila dah minum segelas susu. Kalau ikut diet aku yang darah kumpulan O  ni kena kurangkan pengambilan tenusu. Eeemmm aku tak pratik 100% apa yang disarankan sebab hidangan seharian aku pun tak ikut sistem. 

Kerja Kerja

Hari ini sampai rumah dah lewat malam, siapkan kerja. Penatnya!!! tak ada yang yang simpati dengan situasi aku sekarang... buat je la. Aku tak tau hasil kerja ni orang lain akan dapat nama, aku cuma di perah tenaga je. Aku berserah kepadaNya untuk membalas dan memberi rezeki atas keikhlasan kerja ini.  

Nasib baik minggu ni tanggungjawab kat rumah kurang sebab Mr Right pun tak ada, sibuk dengan tugasnya. Biarpun dia tak ada bila dapat panggilan aku kena sindir juga sebab kerja sampai malam...eeemm aku tau tapi apa daya dah amanah aku buat la..lagipun ni je sumber rezeki aku. Sampai je rumah mandi, solat, layan internet sekejap... dah rasa mengantuk tapi tak boleh lena...kenapa ni? Mungkin badan ni penat sangat tak boleh nak lelap...kaki betis terasa lenguh2...aduhaiiiii...cepat la lena esok nak pi kerja ni. Eemm aku update je blog yang dah beberapa hari tak sempat nak jenguk.