Friday, March 15, 2013

KUIH TALAM

Pagi ini breakfast kuih talam. Ada 2 rasa/jenis iaitu talam ubi dan tepung. Memang sedap kuih ini aku beli untuk staff yang datang mesyuarat, tapi ramai yang tak hadir, aku sedekah je kat security dan budak cuci pejabat ni. Kalau ikutkan dia orang tu sentiasa aku hulu makanan bila melalui tempat aku. Eeemm tak ada rezeki kau orang semua ya.. hari ini aku beli kuih sedap jadi aku makan la sepuasnya. Alamatnya diet aku hari ni terkantoi makan manis dan berlemak. Paling aku suka talam ubi kaya, cukup lengkap bahannya. Memang orang yang masak kuih ni tidak kedekut untuk guna bahan yang asli. Kalau buat resipi yang sedap macam ni bisens mesti kekal lama, pelanggan tetap beli.

Wednesday, March 13, 2013

Jemput2 Ikan Bilis

Malam makan malam sekadar jemput ikan bilis je. Permintaan Tuan kat rumah.. aku ok je tugas yang paling senang untuk aku siapkan. Sepatutnya menu ni untuk minum petang tapi apa kisah kalau dah ada selera. 

Pagi tadi aku dah makan nasi kerabu, sekurangnya kurang la sikit kaborhidrat dalam badan aku. Jemput2 memang enak tambah pula cuaca yang sejuk selepas hujan. Memang tak sedar mengunyah lepas satu, 2, 3, 4 ..  eeemm sah habis sepinggan. Makan menu yang simple macam ni pun kenyang juga bila dikenakan dengan semug teh. Elok la lepas ni kalau aku kurangkan memasak makanan yang berat seperti makan nasi campur untuk menu malam, badan pun boleh turun sikit timbangan. Nekad dan tekad nak turunkan berat badan.!!!!

Hello Boss


Siapa kita??? jika nak ugut atau lawan bos. Antara nak senyum dan terasa tersindir dengan paparan di utusan pagi ni di ruang senyum pagi 'hello boss'. Aku cuma tertarik pada perbualan yang pertama dan kedua je...yang akhir tu tak ada kaitan sangat dengan situasi aku. Kadangkala tu kita kena sedar bila kita ada bos bermakna kuasa ditangannya, tak kira la kita ni bijak, rajin dan semua yang positif, bila bos tak suka dengan kita dia bebas bersuara dan bertindak. Maka sedar la siapa kita bila berada dalam kelompok 'bekerja bermajikan'.

Sejak akhir2 ni aku terkeluar gak kata-kata nak berhenti kerja bila stress melanda. Tapi apa orang nak herankan..mesti dia orang cakap ... nak berhenti? berhenti la!!!...yang nak makannya awak bukan orang lain. Maka aku kena berfikiran waras jika nak mengeluarkan kata-kata. 'Silap kata badan binasa'. 

Tuesday, March 12, 2013

Citer 'Outstation'

Bila sebut outstation yang berkaitan dengan kerja...mesti ramai yang cakap seronok, best etc. Tapi bagi aku zaman kegembiraan 'outstation'  ni dah tolak ke tepi...tambah pula kalau kena kerja kat dalam negara memang dah jemu. Kalau hantar luar negara ok la boleh dipertimbangkan...itu pun kalau tempat yang aku belum sampai. Bukan aku nak cakap besar cuma ada kalanya aku rasa dah tak ada sumber inspirasi bila pergi tempat yang dah biasa pergi.


Arahan!! aku bagi alasan apa pun kalau tugas dan arahan datang dari bos atau yang mengaku bos.. tetap kena pergi juga. Maka dalam kesibukan kerja yang tak pernah selesai tu aku pergi la juga lantaran 'arahan & permintaan". Sebagai seorang pencari rezeki aku berjuang untuk mencarinya. Jadi dalam kemalasan, keserabutan dan kekalutan aku bergerak juga dengan kenderaan bos bagi pinjam pada 6.3.13 @ 8 pm; dari ofis-aku hantar kereta kat rumah - kawan sekerja pandu kereta bos bagi pinjam - kami berempat merentasi PLUS ke AS. Jam 11.30 aku check in di hotel bajet...gara2 nak dekat dengan ofis aku rela menginap di sini. Sewa di hotel Sabena RM65 p/night. 

Hari pertama aktiviti persiapan ofis baru; perabut, komputer etc dari KL-lori sampai jam 10 pagi-aku mula tugas setup semuanya-kerahan tenaga sebab masa cuma sehari je untuk siapkan bilik mesyuarat dan sebagainya. Sebabnya keesokan hari ada mesyuarat. Uuuhh memang teramat penat!!! Itu je yang mampu aku luahkan.

Letih, penat, stress sebagainya.. tak ada siapa yang simpati...begitu la nasib pejuang rezeki halal. Aku relakan semuanya bila aku diamanahkan.

Dalam kesibukan kerja sempat gak tunai aktiviti...insyallah yang satu aku tetap ingat kewajiban seorang umat muslim dan perkara sunat makan dan tidur. Hidup ini tidak boleh diperhambakan 'kerja'. Ruangkan juga untuk kebahagiaan lain.