Friday, November 11, 2011
Orkid Mata Gergaji
Kepada blogger @ pembaca yang arif tentang pokok orkid mungkin mengenali jenis dan nama setiap pokok orkid. Saya akui memang kurang mengenali nama2 orkid. Seperti gambar ni orang yang menjual pokok orkid ni menamakannya orkid mata gergaji... mungkin juga selain nama itu ada juga gelaran lain.
Thursday, November 10, 2011
Raja Satong
Dalam perjalanan pulang ke kg singgah di RnR ada seorang pak cik dengan van menjual buah-buahan, madu dan pokok-pokok herba. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah pokok Raja Satong.
Pokok ni tergolong dalam kategori pokok menumpang... tetapi saya tak pernah tengok keadaan semulajadinya. Ini la pertama kali saya tengok pokok ni yang original dan masih hidup. Sebelum ni saya cuma tengok ubi raja satong je...sebab masa itu kami mencari ubi raja satong untuk dijadikan ubat penawar kanser. Rupanya Raja Satong ni banyak kegunaan/khasiatnya.
Mungkin kepada yang mengenali pokok2 ni boleh memberi komen etc...sebab saya kurang pasti raja satong ni ada berbagai jenis atau tidak... sebab berdasarkan kepada gambar ni mengikut kata pak cik tu semuanya kategori Raja Satong....

| Ubi Raja Satong |
Wednesday, November 9, 2011
Mee Celup
| Mee celup special |
| bahan2 tambahan perisa dalam mee celup |
Sup mee celup ni bagi yang nak diet bagus juga sebab kurang berminyak, lagipun bahan2 dalam hidangan tu ada juga sayur-sayuran. Mee celup ni ada macam2 kategori, ada yang special ada yang biasa. Kalau yang special tu ada pula tambahannya seperti mee + kueh teow + bihun lepas tu daging + ayam + perut/usus lembu + daging + telur.
Kedai kami makan ni memang famous la kat area sini sebab seingat saya masa zaman sekolah lagi dah wujud. Dekoration kedai ni pun dah berubah dan menu2 yang dihidang pun dah banyak pilihan.
Kat kedai ni minum yang saya nak rekmen seperti kelapa shake@coconut shake ... macam2 perisa ais krim ada coklat, vanina & strawberry.
| Coconut Vanila Shake |
Tuesday, November 1, 2011
Buah Kedondong @ Amra
Alahamduillah... rezeki. Rakan-rakan semua kenal tak buah ni...rasanya masam sikit... ni la dia buah kedondong @ amra @ amrah... Kawan di ofis sedekah hasil dari kebunnya untuk saya. Dia tau buah kedondong/amra ini memang kegemaran saya.
Buah amra ni kalau jumpa kat pasar mesti saya beli bawa balik rumah makan cecah dengan kuah rojak atau colek....emmm bestnya...bukan mengidam tau... Buah ni memang leceh sikit kalau nak makan sebab kena buang kulit dulu dah la buah tu kecil melambatkan bila mengumpasnya ... meleleh air liur nak tunggu habis mengupas kulit tu baru lah boleh cecah colek!!! apa pun kena ada tahap kesabaran sebelum merasa nikmatnya.
Selain di makan colek buah kedondong/amra ni saya ada terbaca kat blog / internet boleh dibuat masak pajeri. Tapi saya tak pernah lagi mencubanya. Saya cuma tau makan cecah asam boi atau kuah rojak je.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.
Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.
Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Subscribe to:
Posts (Atom)