Tuesday, February 2, 2016

Paprik Daging

Daging masak paprik ni betul-betul sedap saya tak tipu...tu la jawapannya bila saat kita lapar dapat makanan yang dah lama kita tak makan. Ini salah satu menu makan malam kami. 

Bahan-bahan :
- Daging lembu
- Bawang putih cincang halus
- Halia cincang halus
- Serai - mayang
- Bawang holland - mayang
- Daun limau purut
- Cili padi - ketuk / potong
- Baby corn
- Karot
- Kacang buncis
- Tomato
- Sos cili, tomato dan tiram

- Daging dipotong nipis dan direbus dengan halia dan bawang putih serta sedikit garam.
- Bila daging sudah lembut tos air rebusan daging disimpan untuk dijadikan stok kuah paprik.
- Tumis bawang putih dan halia kekuningan dan masukkan sos, daging, air rebusan, serai, cili padi, bawang holland, sayur-sayuran dan perasakan dengan garam gula...hidang taburkan daun sup/bawang.

Ini dia paprik daging bersama sayur-sayuran, satu menu ini pun sudah cukup dimakan dengan nasi putih.
Yezzz order sudah siap!!!

Sup Ayam

Hari ni balik dari kerja badan terasa cukup penat...ya la setelah seminggu cuti. Maka tiada alasan 'penat' untuk elak dari memasak. Makan malam kami tetap disediakan lagipun hari ini tak sempat lunch di ofis. 

Menu malam ni sup ayam... cara senang saya masak sup ayam : tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam kemudian masukkan bahan yang diblend bawang putih + bawang holand + halia dan tomato. Tumis sehingga bahan2 tersebut masak / kekuningan dan masukkan air tunggu hingga mendidih dan masukkan ayam, ubi kentang dan tomato (jika sudah dilebihkan tomato semasa blend  tidak perlu lagi letak nanti terlebih rasa masam)....akhir sekali letak garam dan perasa. Angkat dan tabur daun sup.
Sup ayam + kentang dan tomato....jemput la ya makan sup ni waktu panas berasap dapat menghilangkan rasa letih badan yang penat bekerja.

Berehat Di Kampung!!

Cuti Thaipusam minggu lepas kami balik kampung berehat di sana beberapa hari...kebetulan ada kenduri kahwin sedara langsung sambung cuti rehat. Seronok bercuti waktu begini sebabnya tiada kesibukan atau kesesakan di jalan raya...suasana di kampung pun tenang dan damai. 

Aktiviti kami di kampung ala-ala santai...waktu pagi keluar sarapan kat warung ada nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang...lepak kat kedai kopi sambil menikmati sarapan. Lepas sarapan pergi pasar jalan2 je tengok apa yang berkenan untuk masak tengahari...beberapa hari di kampung rutin kami sama namun cukup mendamaikan jauh dari tekanan kerja dan kesesakan kotaraya.
Antara makanan yang tetap menjadi pilihan setiap pagi. Harga sepinggan nasi kerabu daging bakar RM3.50 sahaja.
Nescafe!!! tengok kandungan susu pekat manis, peniaga di Kelantan tidak kedekut bahan bila menyediakan minuman. Harga segelas nescafe atau teh susu hanya RM1 sahaja...minum di warung tiada GST!!!
Salah satu kedai yang menjual minuman di pekan Rantau Panjang berbagai perisa... setelah sekian lama tidak berkunjung ke pekan ini, taraf pembangunannya sudah berubah sudah ada bazar baru dan agak selesa untuk membeli barang keperluan seperti pakaian. Haraf maaf terlupa ambil gambar bazar Siti Fatimah.
Ais Green Tea RM3 size gelas besar boleh minum untuk 2 orang.

Monday, February 1, 2016

Udang Goreng

Ini salah satu lauk untuk makan tengahari sempena cuti hari Wilayah, walaupun mood nak masak agak kurang tetapi tetap juga memasaknya... udang goreng bersama planta...ni dia rupa udang goreng butter namun tidak la seindah mana tapi segi rasa cukup sedap. Kejadian udang goreng butter ni dibuat keputusan saat akhir...pada mulanya plan nak masak resipi udang goreng biasa...sudahnya jadi macam ni.
Udang goreng planta berkari...sebelum goreng udang diperap dengan rempah kari.