Friday, September 5, 2014

Sup Sayur

Menu petang semalam aku sekadar masak  sup sayur campur dan telur dadar sebagai lauk tambahan memandangkan rendang ayam hari kelmarin ada lagi. Faham-faham je la bila masak sup sayur bermakna mood nak masak agak kurang....eeemm. Syaitan pemalas ni banyak dok menghasut kot supaya tak payah masak suruh makan kat kedai je..hahaha macam2 manusia ni kalau dah penat cakap je la tak nak masak jangan nak tunjuk kat orang lain. Agaknya macam mana la ibu2 @ suri rumah yang memasak 3 kali sehari kat rumah...jawabnya dah tanggungjawab perkataan 'mood' tu kena buang jauh-jauh.

Macam-macam sayur ada...cendawan tiram, sawi, tomato dan kobis bersama fish ball serta ayam!!! Jom kita makan.

Wednesday, September 3, 2014

Pisang Goreng

Jemput minum petang... ada rezeki pisang goreng...ada yang bermurah hati petang ni...boleh la hilang rasa mengantuk petang2 begini. Mula2 tengok ingatkan kentang goreng atau keledek goreng rupanya pisang goreng...eemm orang berniaga sekarang sebiji pisang entah berapa dibelah...kalau dulu pisang dibelah dua je. Sekarang ni makan sepotong pun sekadar rasa je tidak ada nikmat. Itu la rezeki orang berniaga sekarang...kita yang membeli ni sekadar bersuara je...
Agaknya sebiji pisang tu berapa dia orang dapat untung!!!

Sabar Dalam Tenang

Apa perasaan anda bila tengok aksi kucing?? Bagi yang minat atau suka kucing mesti ketawa dan seronok kan....aku pun turut geli hati bila tengok keletah kucing walaupun aku ni tergolongan dalam kalangan kurang minta membela kucing setakat tengok suka la. Situasi aku sekarang ni sabar dalam tenang...uuhuuu macam mana nak perjelaskan istilah sabar dalam tenang tu... Sejak ada Si Persian @ Snow dalam rumah ni aku stress dari segi penjagaan dan kerenah pergerakannya...faham-faham je la kucing 'indoor' satu rumah dia 'explore'...tapi tetap sabar!! Disebalik sabar tu aku rasa tenang bila tengok telatah dan aksi Snow bermain dan melepak. Sekarang ni aku cuba terima hakikat Snow sebahagian dari penghuni rumah ni...kalau setiap masa aku nak stress dan marah tak guna, lagipun binatang ni bukannya ada akal...silap haribulan bila tengok aku marah2 binatang ni ada pula yang orang cakap hilang akal!!!

Apa perasaan bila kita penat-penat lap kabinet tv tiba-tiba tengok Presian ni melepak atas tu....
Kita dah vakum karpet dia seronok je tidur..begini la gaya Snow tidur...
Waaah bestnya baring!!! Apa perasaan bila tengok aksi atau gaya Presian tidur?
Apa aku kisah lepak atas meja ni...memang hobi aku duduk tempat tinggi. Lagipun tuan aku duduk atas kerusi je...uuhhhu apa perasaan tuan puan bila Persian cakap macam tu...hahaha sabar je la.

Bihun atau Mihun Goreng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mihun (atau mi siam di Selatan Malaysia) merupakan nama salah satu jenis makanan dari China, bentuknya seperti mi namun lebih tipis. Dalam bahasa Inggeris disebut rice vermicelli atau rice noodles atau rice sticks. Sebutan asal mihun ialah "bihun", yang berasal dari bahasa Cina, iaitu "bi" iaitu beras dan "hun" iaitu tepung. Bahan mihun sendiri dibuat daripada tepung beras. Makanan tersebut sangat terkenal dari negara China dan Asia Selatan, seperti India.

Sebutan perkataan mihun atau bihun kedua-duanya betul....aku dari kecil suka sebut perkataan mihun tapi hari ni terlintas dalam fikiran kenapa ada dua sebutan. Apa pun aku cuba mencari kesahihannya selain dari rujukan di wikipedia... rujuk di sini - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bihun&d=10

Panjang pula cerita pasal perkataan mihun atau bihun gara-gara aku masak mihun goreng pagi ni untuk sarapan. Celik mata pagi tadi terlintas nak makan makanan yang bergoreng...aku sanggup tunai permintaan selera ni, biarpun masa agak suntuk untuk ke pejabat pagi ni....In Sya Allah sempat.... lagipun sekarang jalan raya kurang kereta mungkin masih ada yang bercuti sempena Hari Merdeka. Aku goreng bihun ni ringkas je letak perencah fish ball, daging dan udang kering....sayurnya sekadar sawi dan salad...cukup la untuk memenuhi selera pagi.


Siap!!! satu tuppeware untuk bekalan aku makan di ofis....nak makan kat rumah nanti lewat pula keluar ke ofis.