Sunday, August 3, 2014

Bread Crumbs

Roti terperap dalam peti ais....jangan buang!!  elak dari membazir... ada baiknya roti yang tak habis makan ni dan belum tamat tempoh diproses jadi bread crumbs. Kerja membuatnya tidak susah seperti nak makan roti bakar... carik-carik roti bertujuan bila nak blend senang... roti yang dicarik masukkan dalam oven atau toster atau boleh juga goreng tanpa minyak...supaya roti tu keras atau garing. Bila dah garing dan kekuningan boleh la blend hingga hancur dan simpan dalam bekas kedap udara untuk stok, jika nak simpan lama elok simpan dalam peti ais.

Proses blend roti bakar
Roti yang telah dicarik dan dibakar....

Saturday, August 2, 2014

Labu Masak Lemak

Salam Aidil Fitri hari ke 6 dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat atau qada. Mungkin ada juga yang sibuk beraya dan ziarah menziarah. Aku setakat ni cuma pergi beraya di rumah makcik di Ampanh je sebab yang lain masih berada di kampung halaman.
Jadi sebelum ada jemputan beraya aku ambil peluang berpuasa. Petang ini masak lemak labu campur bayam untuk berbuka puasa. Selera nak makan agar kurang mungkin badan penat atau cuaca yang agak panas. 

Labu dan bayam masak lemak...

Friday, August 1, 2014

Hasil Kebun

Sekarang ni musim buah buahan tempatan...balik kampung mewah dengan buah tak larat nak makan...boleh buat pilihan nak makan atas pokok atau bawah pokok petik je buah terus makan yang segar. Buah rambutan, durian, manggis menunggu je tuan nya datang makan...tu cerita buahan depan rumah.
Dalam perjalanan balik ke KL aku singgah kebun kami di Kuala Krai...orang yang jaga kebun minta singgah ambil buah-buahan...aduhai ikutkan malas nak singgah sebabnya kami dah penat tersangkut jam di Tanah Merah dan Bandar Krai. Memandangkan dah janji terpaksa kami singgah sebab orang jaga kebun dah kumpul buah-buahan untuk kami. Rezeki!!! ada durian, dokong @ duku langsat dan petai....uuhuu tak terkata bila tengok isi durian yang elok dan manis susah nak jumpa kat KL. Aku makan ala kadar je sebab nak meneruskan perjalanan balik KL....aku ni jenis tak tahan risau juga mabuk dalam kereta...ikut kan hati nak angkut semua masuk kereta...

Buah dokong manis terkata!!!
Petai!!! boleh jual kat pasar tani...

Penghujung Ramadhan dan 1 Syawal @ 28 Julai 2014

Edisi tertunggak...Berlalu sudah ramadhan dan sambutan Aidil Fitri pun telah diraikan. Tahun ni aku balik beraya di Kampung halaman...3 hari sebelum hari raya aku sudah sampai di kampung...kami bertolak dari KL jam 11 malam hari Khamis, sampai di kampung jam 4.30 pagi Jumaat sempat kami bersahur dengan adik beradik. Waktu kami bertolak balik kereta sudah banyak tapi bergerak lancar...maka tidak wujud perkataan jammed dalam perjalanan kami walaupun ada 2 kemalangan sepanjang jalan K.Lipis ke Merapoh. Alhamduillah kami selamat perjalanan.

3 hari berada di kampung dapat la berbuka puasa dan sahur bersama adik beradik...Alhamduillah kami dapat berkumpul 3 hari sebelum sambutan Aidil Fitri...puas hati dapat menikmati segala nastolgia berpuasa di kampung.

Sambutan pagi hari raya penuh kemeriahan ada sedara mara dan kanak2 datang beraya...dah rutin biasa kami sebelum solat sunat aidil fitri kami ziarah kubur...tengahari pula selepas tetamu balik kami keluar berkunjung rumah sedara mara hingga la ke petang dan malam berkumpul dirumah abang ada jemputan makan. Memandangkan hari raya ke 2 kami akan balik KL maka aku terpaksa habiskan ziarah dan jumpa sedara mara.

Menu makan di pagi raya kami sediakan adalah hidangan tradisi keluarga...selera pilihan kami adik beradik tetap tidak berubah...nasi dagang dan nasi himpit...memasak malam raya menjadi rutin kami adik beradik...walaupun penat tetap terselit kebahagiaan.

Nasi dagang, nasi himpit, satay, ketupat palas selera kami dipagi raya.