Sunday, June 9, 2013

Tosai Segera

Sarapan pagi ni aku cuba produk segera tosai. Pertama kali aku ternampak produk ni kat supermarket terus terpikat. Lagipun aku memang gemar makan tosai, kalau singgah kedai mamak ni la makanan pilihan aku cuma nak masak je tak pandai. Pagi ni aku cuba masak... cara penyediaan sarapan yang cepat dan mudah. Memang tak rugi aku beli produk ni rasanya memang sedap, cuma sebelum masak tu kena campur sedikit air kalau nak buat tosai yang nipis dan garing sebab tepung ni agak pekat. Pagi ni aku cuma masak sardin je untuk dijadikan kawan dengan tosai, kalau ada kuah tosai (chadni) lagi sedap. Harga 1kg tosai ni RM6.50 sahaja, hidangan ni bila masak boleh dapat lebih 12 biji tosai bergantung pada size yang dimasak.

Saturday, June 8, 2013

Asam Pedas D'santap

Asam Pedas Ikan Pari
Hari ni aku tak ada kelas mengaji Quran,  plan hari ni 
- service kereta 
- rumah my aunty 
- dan malam nanti jumpa adik di Puchong kebetulan hari ni harijadi dia. 

Ke Ampang rumah aunty melawat uncle yang tak sihat. Hampir 3 bulan aku tak jumpa mereka, kebetulan aku sibuk dengan kerja dan Mr Right pun outstation. Terkejut juga bila tengok my uncle kurus dan cengkung, katanya bermula dengan batuk dan sakit dalam perut. Sekarang ni sakit dalam perut dah ok cuma batuk yang masih belum sembuh. Dah hampir 3 bulan dia batuk, pergi klinik, hospital dah x-ray keputusannya tak ada penyakit lain, bermacam ubat semuanya tak membantu. Ya la kuasa Allah swt semua, sekarang ni aku nasihat my aunty bawa dia rujuk ke tempat perubatan / rawatan altenatif secara islam, mana tau ada yang tersilap makan dan sebagainya. 


Balik dari Ampang aku ke Wangsa Maju untuk service kereta... adoiii banyak kereta que dalam workshop, mekanik tu suruh kami datang dalam 2 jam lagi. Ok la kebetulan dah masuk waktu makan tengahari, kami singgah je la yang kedai yang terdekat.. D'santap Jalan Genting Klang masakan asam pedas. Pertama kali kami singgah kat sini, sebelum ni kalau melalui sini tengok je. Menu makan kat sini konsep ala carte, dah ada menu set. Setiap set ada nasi putih, masak asam pedas boleh pilih ikan pari, ikan tenggiri, ayam, daging etc, ulam dan sambal belacan. Kalau nak tambah lauk lain cuma ada telur dadar je. Aku pilih ikan pari masak asam pedas... Komen aku masakannya biasa je.

Friday, June 7, 2013

Percubaan

Minggu ni alhamduillah aku dapat tunai 4 hari puasa sunat. Insyallah minggu depan sunat syaaban pula.
Cuma hari ini aku nak citer sikit, pertama kali dalam sejarah hidup aku cuba produk ni.  Matlamat tu banyak sangat... antaranya yang paling aku target untuk kurang berat dan buang toksin dalam badan. Pengaruh iklan telah menjurus aku terbabit membeli produk ni. Walaupun aku tau produk macam ni kalau aku ambil kadar keberkesanan peratusnya amat rendah tetapi kali ni aku ingin mencubanya 'tryNerror'. Aku boleh cakap macam ni sebab tahap disiplin aku agak kurang dalam menu pemakanan. Macam mana pun kali ni aku berusaha gigih untuk kurangkan kalori dalam badan. Orangeslym ni setakat aku minum ni ok je tiada apa yang membezakan dalam badan, cuma lepas minum tu terasa kenyang sekejap, rasanya agak kurang enak tapi aku telan je dengan penuh semangat. Ya la dah bila kena komen pasal badan dah naik mula la rasa tercabar untuk bukti bahawasanya aku boleh kembalikan shape badan ni seperti zaman anak dara.

Tuesday, June 4, 2013

25 Rejab 1434

Hari ni 3 hari aku tunai puasa sunat, dah penghujung bulan baru nak puasa. Awal bulan hari tu sibuk bercuti lepas tu terhalang masalah peribadi pulak. Jadi minggu ni aku nekad untuk tunaikan seminggu, sekurangnya dapat la sikit pahala bulan Rejab tahun ni.  Kalau ikutkan cuaca panas sekarang rasa tak larat nak puasa...tapi tu dugaan sebenarnya. Bila dah pukul 12 tengahari ni mula la mengantuk jadi untuk cover masalah ngantuk tu aku dok surf internet cari menu untuk berbuka petang nanti. Emmm kalau ikut saat macam ni semuanya sedap dan macam-macam nak masak. Petang semalam dah masak sup sayur, daging goreng dan ikan goreng...dah tambahan sambal mangga, betul2 menyelerakan bila dapat sambal. Hari ni masih tercari-cari menu apa untuk aku masak.