Wednesday, May 6, 2015

Bercuti @ Aceh

Cuti umum hari buruh dan wesak, bertarikh 1 Mei - 4 Mei 2015 aku ke Banda Aceh bercuti @ lawatan amal ke rumah anak-anak yatim.

Travel agen yang mengurus kami di Banda Aceh PT. Sabang Travel tel :+62 065134807, hp +62 0812 6999 5551 web : www.sabangtravel.com. Penginapan Hotel Sulthan dan Hotel Rasamala.

Rombongan seramai 30 orang adalah terdiri rakan mengaji diketuai ustaz tempat kami mengaji Al quran dari Yayasan Al Quran KL. Kos ke sini seorang RM1350 masing-masing biayai sendiri melalui package agen pelancongan. Matlamat lawatan ke Aceh adalah untuk bercuti sambil  beramal, kami ada kumpul duit yang diderma dan juga duit zakat untuk diserahkan kepada 2 tempat rumah anak yatim iatu rumah anak yatim Nirmala Lampineng dan Pesantren. Selain itu ada juga sejumlah naskah Al Quran yang diderma untuk diserahkan, Al quran tersebut kami beli di kedai buku di Banda Aceh.

Hari Pertama
Intinerary : Melawat kuburan Massal, Makam Syiah Kuala dan Boat atas rumah.

1 Mei @ penerbangan Airasia jam 8 pagi, penerbangan selama 1 jam 30 tiba di Sultan Iskandar Muda International Airport, Banda Aceh.

Memandangkan kami touched down awal, maka kami terus dibawa melawat ke tempat bersejarah sebelum check in bilik.

Airport Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh yang tenang

Kuburan Massal - kawasan yang nampak macam padang adalah tapak perkuburan seramai 46,718 orang dikebumi disini.



Bandar Aceh

Jalan dari airport menuju ke pusat bandar...bersih dan cantik, bagi rakyat Aceh bencana tsunami adalah satu rahmat bagi mereka sebabnya Aceh berubah wajah dan membangun.


Perkampungan nelayan yang dilanda kejadian tsunami...sekarang sudah hampir pulih


Boat yang hanyut atas rumah 2 tingkat semasa kejadian tsunami.

Ibu Bundia menjadi sukarelawan menceritakan tentang kejadian bot hanyut semasa tsunami, rumahnya terletak tidak jauh dari tempat bot tersebut, semasa kejadian dia berada disitu dan suaminya terkorban semasa tsunami.

Menara di perkarangan Masjid Raya Baiturrahman
Pintu gerbang ke Masjid Raya Baiturrahman - Terletak di tengah kota Banda Aceh, dibangunkan pada masa Sultan Iskandar Muda (1607-1636), memiliki 7 kubah, empat menara dan satu menara induk, ruang dalam berlantai marmar buatan Itali.

Suasana petang di perkarangan masjid Raya Baitulrrahman...kami ambil kesempatan solat tahyatul masjid dan solat ansar. Semasa kejadian tsunami masjid ini terselamat walaupun air laju mengalir disini.


-

Mee rebus - Mee Aceh leupung untuk dinner, ada yang goreng, rebus dan basah. Pendapat aku rasanya biasa aje...mee rebus di Malaysia lagi sedap.

Hidangan tengahari...Menu dan rasanya boleh didapati di Malaysia, bagi aku bila kita ke tempat orang kenalah hargai menu dan selera orang tempatan...seperti pepatah masuk kandang kambing mengembek dan seterusnya sambung la ya!!!!


 
Nasi putih yang dibungkus dalam daun pisang




Hari Ke 2

Itinerary : Lawatan amal ke rumah anak yatim Pesantren, Rumah anak yatim Nirmala Lampineng, Masjid Oman, Muzium Tsunami dan PLTD Apung (kapal hanyut).

Rumah anak yatim Pesantren - Persembahan oleh anak-anak menyambut kedatangan kami. Jumlah anak-anak yatim disini seramai 250 orang, sampai disini aku tidak dapat menahan airmata...teramat sayu dan sedih melihat anak-anak ini, tempat tinggal dan musollanya agak uzur (mussolla yang baru masih dalam pembinaan dan masih mengumpul dana tambahan).

Sebahagian Anak-anak yatim di Nirmala Lampineng, ramai tak dapat hadir sebab menghadiri kelas.



Muzium Tsunami cantik dan unik - Terletak di pusat Kota Banda Aceh, kira-kira 1km dari Masjid Raya Baiturrahman.

Dalam muzium - paparan nama-nama mangsa korban tsunami
Dalam muzium selain tayangan video visual ada juga disediakan skrin video bencana tsunami


Laluan masuk ke dalam muzium, rekabentuk luar dan dalam menambat hati aku!!!

Aceh terkenal dengan batu permata dan cincin perak

Monument PLTD Apung - jarum jam menunjukkan masa/waktu berlaku tsunami

Pemandangan dari atas kapal ini boleh nampak sekitar bandar Aceh

PLTD Apung - terletak di desa Punge Blang Cut, Kecamatan Jaya Baru. Monumen ini memiliki luas sekitar 2 Ha. Kapal besar ini terdampar 4km dari pesisir pantai akibat tsunami.
Makan tengahari - hidangan nasi lauk ayam kampung, kambing masak kawah, ayam kari di restoran Kuala

 
Masjid Oman...diberi gelaran masjid Oman kerana mendapat peruntukan dari kerajaan Oman, tidak jauh dari masjid ini ada Hotel Makkah dan Hotel Medina.
Kami tea time disini!!!!

Kuih muih orang Aceh...tak banyak perbezaannya dengan makanan orang Malaysia.

Kopi Solong - Kopi antara minuman yang terkenal di Aceh...aku beli kopi untuk dijadikan buahtangan kepada rakan-rakan.

Makan malam kami - satay lembu + nasi + sup - bagi aku agak pelik makan satay dengan nasi biasa...aku biasa makan satay dengan nasi himpit




Hari Ke 3

Intinerary : Rumah Adat Aceh, Lonceng Cakra Donya, Makam Sulthan Iskandar Muda, Gunongan, Rumoh Tjut Nyak Dhien, menyusuri persisiran pantai di daerah Lampuuk / Masjid Baitul Rahmah dan acara terakhir membeli belah di Pasar Atjeh. 


Replika Rumah Adat Aceh atau Rumoh Aceh

Dalam Rumah Aceh


Loceng Cakra Donya - merupakan pemberian seorang pemimpin armada laut Tiongkok yang diutus oleh kaisar Cina kepada Kesultanan Samudera Pasai tahun 1405. Kemudian pada tahun 1524M Kesultanan Pasai ditakluk oleh Kesultanan Aceh dan loceng tersebut diangkut ke Banda Aceh. Nama Cakra donya adalah nama armada perang Sultan Iskandar Muda, Cakra bermaksud Kabar dan Donya ertinya Dunia. Fungsinya sebagai menyampaikan berita semasa pemerintahan sultan Iskandar.

Perkarangan Makam Sulthan Iskandar Muda


Gunongan - Peninggalan sejarah, dibangunkan pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636), gunongan dan taman sari ni tempat untuk  permaisuri menghibur hati waktu dia rindu suasana pergunungan tempat asalnya kerajaan Pahang.
 

Rumah pahlawan Aceh - Rumah Tjut Nyak Dhien

Dalam rumah pahlawan Aceh



Cantik!!! itu saja yang mampu aku katakan...Pantai Lampuuk salah satu tempat berlakunya tsunami yang dasyat ianya terletak dalam Daerah Lampuuk, kami berehat dan makan tengahari disini. 

Masjid Rahmahtullah daerah Lampuuk - semasa kejadian tsunami kawasan perkampungan ini hanya tinggal masjid ini, sekarang masjid ini dibiayai oleh kerajaan Turkey.

Tempat kami membeli belah  buah tangan - selain dalam gedung ini kawasan sekitarnya banyak rumah kedai...sediakan duit sahaja!! Aku sekadar beli beberapa helai telekung dan kain pelikat untuk buahtangan, lagipun pada pandangan aku pilihannya tidak seperti terdapat  di tempat yang pernah aku kunjungi seperti Bandung, Medan dll.

Kawasan sekitar pantai Lampuuk ada disediakan tempat bersantai sambil makan secara bersila

Makan tengahari kami - menu ikan kerapu bakar cicah kicap...cukup menyelerakan sambil menikmati bayu laut

Makanan kering!!

Kami membeli barang-barang kraf kat kedai ini...






Makan malam kami di restoran seafood tepi pantai
Hidangan makan malam...hari terakhir disini!!!

Hari ke 4
Perjalanan pulang ke KL flight 8 pagi waktu tempatan dan kami tiba di KLIA2 pukul 11.20 am waktu tempatan. Alhamduillah selamat kembali ke tanahair dengan selamat penuh dengan pengalaman dan keinsafan. Inssy Allah jika ada rezeki dan masa aku akan terus mengikuti lawatan amal ini, sesungguhnya jika tiada acara seperti ini belum tentu aku dapat memperluaskan sedekah sebagai bekalan akhirat kelak.
Salam dan Selamat tinggal Banda Aceh!!!!
Pendapat aku percutian ke sini cukup menarik, aturcaranya padat dan yang penting sekali jiwa aku penuh dengan keinsafan, terutama sekali bila melihat kesan tsunami...Allah swt maha berkuasa. 

Bagi yang ingin berkunjung ke sini amat dialukan lagipun kerajaan Aceh target pelancong datang ke tempatnya sebagai sumber pembangunan dan suasana disini tenang tidak macet. Masuk ke Aceh tidak perlu mengisi borang pass imigration sekadar borang kastam saja perlu diisi...di kaunter imigration hanya cop pasport sahaja. 

Di sini juga ada tarikan ke pulau dan snorkeling...jangan lupa pergi ya!!! aku tidak kesempatan ke sini walaupun hati ni cukup teruja...InsyAllah jika ada peluang.

Tuesday, May 5, 2015

Kuih Keria

Hari tak masak nasi untuk makan malam sebabnya pagi tadi sebelum ke ofis aku ada masak bihun goreng dan rebus ubi keledek. Memandangkan ada yang kekenyangan maka aku tak perlu masak, aku cuma buat kuih keria sebabnya ubi keledek rebus tak diusik...dari rosak ada baiknya buat kuih. Kuih yang paling senang dan cepat adalah kuih keria...elok la juga tak lama didapur letih balik dari bercuti pun belum pulih.

Ubi keledek rebus ditumbuk + sedikit tepung gandum kemudian bentukan bulat dan buat gelung ditengah dan goreng dalam minyak penuh. Bila habis menggoreng, acara seterusnya menyira atau menyalut kuih yang telah digoreng dengan gula yang dimasak dengan air. Masak gula sehingga naik bunga atau berbuih kemudian masukkan kuih tadi sehingga bersalut gula. Angkat dan sejukkan!! Boleh makan!!!
Kuih keria yang telah bersalut gula....agak comot gulanya...itu tandanya kurang kepakaran, biasa la bila dah lama tak buat kuih macam ni...tapi aku akui dari dulu bab-bab sira gula ni aku kurang pandai...kalau nak jual pasti tak ada orang nak beli sebab tak menarik...tapi untuk makan keluarga boleh la.
Kuih yang telah digoreng kekuningan, separuh boleh di frozen dan separuh lagi aku sira untuk minum petang.