Monday, September 2, 2013

Minyak Naik Makan Buah aje!!!

Berita jam 8 tadi sah la harga petrol dan diesel naik 20 sen. Adoiii makan buah la mulai malam ni nak simpan duit isi minyak kereta. Uuhhhuu apa lagi barang lain akan 'naik' lepas ni. Dulu bajet untuk minyak kereta sebulan RM300 lepas ni kena tambah lagi la jawabnya. Aku nak kurangkan bajet bahagian mana ni untuk cover tuang minyak yang wajib setiap bulan...kereta tetap kena jalan untuk bawa aku ke tempat kerja. Untuk cari alternatif pengangkutan lain lagi parah sebab perumahan & ofis aku susah untuk dapat public transport. Kalau difikirkan semua ni buat aku rasa bercelaru...lagi baik aku fikir nak  teguhkan eknomi kehidupan aku.

26 Syawal 1434

Isnin - hari ni dah 2 september...cepatnya masa berlalu lagi 4 bulan sambut tahun baru. Aduhaiii mengira masa berlalu dan bakal datang membuatkan dada aku berdebar...takut rasanya nak ingatkan apa yang bakal aku tempuhi nanti. 

Hari ni aku tunai puasa terakhir untuk bulan syawal ni, sudah selesai puasa qadar dan sunat syawal untuk tahun ini. Untuk berbuka ada cuma masak sup sayur campur barkoli dan masak kicap kepak & hati ayam. Selera aku berbuka tadi cuma makan sup sayur je...Tak pa la masak kicap ayam tu simpan makan besok.
Sup sayur campur aduk ada Mrs kobis bunga, Mr Barkoli, Mr Carrot, Miss Tomato etc
Chicken Wing masak kicap

Sunday, September 1, 2013

Hujan & Kabus

Cuaca hari ni agak sejuk kat perumahan aku, dari tengahari hujan sekejap2. Dah lama tak mengalami suasana sejuk dan berkabus macam ni, asyik dilanda jerubu je. Terkenang masa mula2 pindah ke sini setiap hari minggu diselubungi kabus yang sejuk dan segar sebab kawasan berbukit dan banyak pokok hijau. Cuaca macam ni mula la nak makan je....  

Nasi Himpit

Nasi himpit atau ketupat nasi - kenapa orang panggil nasi himpit? Jawapan dan pendapat aku sebabnya orang dulu masak nasi ni secara tradisional dengan menghimpit nasi yang telah dimasak dalam bekas supaya nasi tersebut mampat dan padat, kemudian ditindih @ dihimpit dengan barang yang agak berat. Tapi sekarang tak perlu lagi buat macam tu, aku beli je beras yang dah siap pack dalam plastik kemudian rebus hingga kembang dan sejukan. Bila dah sejuk dan keras boleh potong siap untuk dimakan. Nasi himpit atau ketupat nasi ada juga dimasak dalam bekas ayaman daun kelapa, cara ini memang rumit sebab kena pandai buat acuan atau sarung ketupat terlebih dahulu kemudian dimasukan beras dalam sarung tersebut dan direbus. Walaupun rumit tapi hasilnya sedap sebab wangi daun kelapa melekat pada nasi tersebut.

Pagi ni aku masak nasi himpit mini yang dibeli siap pack dalam plastik, kerjanya senang dan cepat rebus je nasi himpit 1 jam dah boleh dimakan. Kuah kacang ni aku suka yang pekat dan kacang tanah diblend separuh hancur. Ada orang masak kuah kacang tak letak santan tapi aku letak santan dan sedikit isi ayam atau daging. Masing-masing ada resipi dan selera tersendiri.