Thursday, May 9, 2013

Projek Berakhir

Minggu ni di ofis aktiviti berkemas dan bungkus, projek dah berakhir dengan kejayaan. Yesss!!! Happy tidak terkira, cuma agak gementar dimana pula aku selepas ini. Hanya Allah yang menentukan rezeki aku selepas ini. Aku berdoa agar ada yang terbaik untuk aku.
Bila mengemas biasa la sampah dengan barang yang masih diperlukan sama banyak. Aku terpaksa lakukan kerja ni seorang diri... teringat dulu masa mula2 datang ke sini... aku bawa diri dan kepakaran kerja je, teknikal semua dah tersedia. Pertengahan november aku masuk kat Comm Center @ Project Tagging. Special project ni tamat awal bulan Mei, sepanjang tempoh ni aku tak pernah mohon cuti... cuti aku bila hujung minggu cuma tak perlu masuk ofis awal pagi tapi kerja tetap ada seperti hari2 biasa. Namun hati aku puas dengan kejayaan ini... akhirnya terbayar segala stress, penat dan sebagainya yang menganggu emosi dan perasaan serta fizikal aku. Cukup la bagi aku walaupun tidak ada penghargaan dari pihak tertentu. Janji aku berbakti untuk agama, bangsa & tanahairku tercinta. Ya Negaraku.

Monday, May 6, 2013

Tugasan Terakhir

Sarapan di hotel semasa outstation. Makan je la lupa pasal diet, sebab aku tau bila dah mula kerja agak terbatas masa untuk makan tengahari.

4 Mei 2013 @ Sabtu pagi aku ke AS urusan tugas yang hampir ke penghujung. Ok la dalam situasi sekarang tak boleh nak cakap banyak, aku buat je kerja. Mr Right pula petang akan terbang berkursus di luar negara selama 15 hari. Kami bawa diri masing2 memikul tanggungjawab. Sampai ofis AS dah petang, sempat jumpa bos lapor diri dan ada juga pertanyaan darinya. Semua ok...cuma aku tugas pagi besok harap tiada kesulitan.

5 Mei 2013 @ Ahad. Seluruh rakyat Malaysia berumur 21 th ke atas yang layak mengundi menunai tanggungjawab demi agama bangsa & negara.
Aku situasi berbelah bagi, tugasan dan tanggungjawab. Pilih la sendiri jalannya!!! Selesai tugas..keputusan MENGEMBIRAKAN!!! Alhamduillah syukur termakbul segalanya. 

Sunday, May 5, 2013

Star City

Petang semalam aku dah jejak kaki di tanah Kedah, ke sini menebus kembali tugasan aku lima tahun lepas. Sejarahnya hanya aku dah seangkatan je yang tahu. Tapi kali ni hati aku berbelah bagi dengan tugasan dan tanggungjawab,,,, aku seperti bermain lambung duit syiling.. aku sendiri yang buat keputusan, hakikatnya walaupun hati ni amat rindu untuk balik tunai tanggungjawab tapi aku pendam je. Kesudahannya aku di sini, di bumi orang lain, tinggal tanah kelahiran aku. Bab kata nasihat & pendapat kawan aku ini sumber rezeki aku pilihlah yang ini. Doa aku pagi ini semoga usaha aku selama 7 bulan ini berjaya.

Wednesday, May 1, 2013

Makan Tengahari

1 Mei hari pekerja, tapi aku kena kerja. Hari ni makan nasi bungkus kat ofis... lauknya enak sekali,  ikan termenung goreng + masak lemak nenas ikan masin dan sambal belacan. Memang menyelerakan bila kena dengan rasa nenas yang masam manis. Aku pun dah lama tak masuk dapar untuk masak macam ni. Bila dapat makan masakan macam ni terubat la rindu selera kampung ni.