Saturday, January 12, 2013

Malam Minggu @ Lepak

Aktiviti kami kat sini hanya la makan je. Lengkap menu hidangan untuk satu hari...bfast, lunch, evening tea, dinner & supper.

Tapi sepanjang kat sini kami banyak jalan kaki untuk cari makan jadi terbakar la sikit kalori. Malam kami makan sup dengan roti...restorannya dekat Hotel Malaysia...uuhhh supnya memang best...patut la ramai yang order!!! Emm lupa nak snap gambar.

Dah penat berjalan pulang je hotel...terasa haus la pula...Mr Right ajak lepak kat Starbuck...boleh aje lagi pun malam minggu...malam yang panjang...besok tak kerja...la..la..la.

@P.Pinang: Chendol & Laksa

George Town!!!!  Memang terkenal dengan syurga makanan, terutama nasi kandar, pasembur, mee udang, char kueh teow, cendol, rojak buah, laksa.... biasanya makanan yang  ni jadi sebutan...

Kami menyeberang jambatan P.Pinang jam 3ptg...cuaca panas terik, rasanya  dah lama tak mengalami cuaca panas macam ni kat KL. Apa lagi bila dan kena cuaca macam ni cendol yang sejuk jadi pilihan. Kat sini memang famous chendolnya...ejaannya pun ikut ejaan lama. Walaupun kedainya terletak di lorong pengunjung sanggup beratur.
Memang sedap cendol dan laksa ni...tempatnya tak jauh dengan Chowrasta tempat jual jeruk dan balai polis. Lupa la pula nama lorong tu...sbb terlalu syok makan. Harga cendol RM2 semangkuk dan laksa RM3.50 sahaja...

Cendolnya memang terbaik
Dalam kedai ni banyak gambar2 kenangan vip yang datang makan
Ini dia laksa!!!

Lunch @ McD

Sementara menunggu Mr Right selesai urusan...lepak la kat sini cari wi fi free dan sah la kena makan sebab dah masuk waktu makan tengahari.

Kalau ikut pada menu makan sejak malam tadi makan fast food, breakfast tadi makan nugget dan lunch pulak bantai burger. Emmm nasib la perut janji bahagia.

Mungkin malam ni boleh ronda kat P.Pinang cari kelainan sikit untuk dinner...say no FASTFOOD.

Friday, January 11, 2013

Cole slaw KFC home made

Masa yang singkat dengan menu yang simple ni sudah cukup untuk makan malam ni. Goreng ayam, potong kobis dan karot dan letak mayonies untuk tambah rasa dengan sos cili dan lada hitam.

Kalau nak makan kfc ambil masa juga nak keluar rumah...jadi reka je sendiri menu kalau dah malas nak memandu