Thursday, October 18, 2012

Push Money aka Si itam

Push money mesti orang ingat pasal duit...uuuuhh sebenarnya tu nama kucing yang asyik berhijrah ke rumah kami...entah macam mana la my roommate suka panggil nama tu. Saya lebih suka panggil kucing itu Si itam sebab bulunya ada warna hitam.

Masa mula jenguk rumah kami Si itam ni kurus dan comot...sekarang ni Si itam dah gemuk dan berani masuk rumah...dia dah buat rumah kami tu macam rumah dia..konon2nya dia ada share... kalau la manusia dah lama saya minta dia bayar sewa rumah tu...ya la makan kami bagi free, lepas tu bila kami terlepas pandang mula la dia masuk tidur dalam bilik tetamu. 

Saya ni kurang suka kucing masuk rumah salah satu sebabnya alahan dengan bulu kucing tu...namun sekali sekala bagi la peluang Si itam tu jenguk dan lepak rumah kami sebagai tetamu. Ada orang kata kucing ni kalau kita jaga dan kasih boleh bawa rezeki untuk kita. Tapi bagi saya kucing adalah makhluk Allah s.w.t maka kita yang berakal fikiran ni kena la berbuat baik dan menjaganya.


Bila dah kenyang Si itam ni tidur dengan gaya bebas!!!

Wednesday, October 17, 2012

Bercuti @ JB - Singapore

Sekian lama tak bercerita kat blog...sejak bulan puasa situasi memang sibuk  dan jiwa pun tak berapa bersemangat nak berceloteh kat sini. Alasan kerja tu memang la semua orang banyak kerja...tapi aku ni bzy kerja agak bermusim...masa bulan puasa hingga la lepas raya ada je kerja yang last minit datang. Ala  kalau aku update blog pun bukannya dapat markah prestasi....lagipun aku ni berblog bukannya untuk cari makan sekadar untuk kepuasan diri sendiri je.  


Bulan Ogos selepas sambut hari raya aku bercuti ke Johor dan terus check in Kota Singa. Kat Johor tumpang kat rumah adik yang tinggal kat Gelang Patah. Memang agak lama la tak datang Johor ni... sebab bagi aku Johor tak banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi....uuuuhhh harap orang Johor jangan marah ya!!!. Tapi sekarang ni Johor dah ada Bandar Iskandar....ada Johor Premium Outlet (JPO), Legoland...lepas tu pusat Education....banyak lagi rasanya pembangunan yang akan berkembang. 

JPO kat sini outlet barang berjenama 
Check in Singapura .. kami ke sana menaiki bas sebab tujuannya cuma nak ke Universal Studio Singapore (USS) je. Tambang dari Johor ke USS RM5 sahaja...kami naik bas yang terus pergi ke USS..lagi pun memang plan nak habiskan masa pusing2 kat situ je. Seharian habiskan masa kat dalam tu je...petang check out terus ambil bas balik Johor.

Jom la kita jamu mata tengok gambar yang berpatutan je!!!

Perjalanan masuk ke Sentosa Island
 
Sekadar panduan
Pintu Masuk dan trademark USS

Tiket USS dan dapat free tiket ke Muzium Maritime
Jangan lupa ambil ni untuk panduan/guide masa dalam USS

Salah satu kedai cenderahati...





Pandangan saya tentang USS ni berbaloi masuk dengan bayaran yang dikenakan sekiranya setiap show/game yang ada disediakan semua kita masuk tengok dn enjoy....seperti Madagascar, Transformer, Jurassic Park, Lost World dan banyak lagi 3D show.

Tuesday, August 21, 2012

Aidil Fitri 1433H

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN. Cepatnya masa berlalu...dah habis puasa Ramadhan. Rasanya  tak sempat nak hitung berapa banyak pahala yang dapat aku kumpul kali ni...entah la berapa banyak pula dosa yang aku tambah...Ya Allah semoga puasa dan amalan di bulan Ramadhan kali ni di terima olehNya.  

Sambut Aidil Fitri kat kampung seperti biasa la,  jumpa adik beradik dan saudara mara bermaaf maafan. Dalam hati dan jiwa sanubari setiap kami pasti ada sedih dan pilu tapi kami cuba selindung di hari yang indah ini. Aku tau setiap kami adik beradik mesti rindu dan sedih bila berkumpul macam ni..... ya la terasa kurangannya ahli keluarga kami sekarang. Sesungguhnya aku sendiri mengakui  merindui arwah mek dan ayah serta adik beradik yang telah pergi atau pun yang masih ada di pagi mulia ini. Meskipun Allah swt telah menambah ahli keluarga kami dan pasangan masing-masing namun ianya tetap tak sama.

Selain berkumpul adik beradik di pagi raya dah semestinya ada hidangan menu yang sejak zaman arwah mak dan ayah tetap menjadi pilihan kami semua. Cuma kali ni juadah pagi raya tu kami kurangkan sikit jumlahnya...ya la dulu masa ada mak dan ayah ramai saudara mara datang beraya di pagi raya menikmati juadah kami sediakan....tapi sekarang ni dah kurang saudara mara berkunjung kat rumah kami...sebaliknya kami adik beradik pulak pergi berkunjung ke rumah saudara mara.

Nasi dagang + Nasi Himpit

Ketupat Palas

Roti Jala

Hidangan di pagi raya


 

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 1433 = 21 Julai 2012

Salam Ramadhan buat semua umat Islam, dengan penuh kesyukuran masih berkesempatan mengerjakan fardu puasa pada tahun ini. InsyAllah ramadhan kali ni penuh keberkatan dan kebahagiaan...AMIN. Alahamduillah syukur ke hadrat Allah swt puasa kali ni situasinya agak berbeza sebab Allah swt telah makbul doa aku sebelum ini. 

Sesungguhnya sebagai umatnya yang kerdil ini tiada apa yang dapat aku panjatkan selain tunduk dan sujud syukur padaNYA tanda terima kasih. Puasa kali ni kami seperti biasa dengan amalan rutinnya...sahur, solat, berbuka puasa. Kekadang tu hari yang dilalui seharian tu tak terasa kepenatan berpuasa...begitu la hikmat dan nikmatnya bulan Ramadhan ni. Maka sama-sama la kita mengejarnya mencari keredhaan dan keberkatan di bulan mulia ini. Selamat menunaikan ibadat puasa.