Jom kawan-kawan kita tanam sirih sebagai hiasan kat halaman rumah mengantikan pokok menjalar yang lain disamping tu sirih ni banyak kegunaannya. Masa balik kampung hari tu banyak daun sirih menjalar kat belakang rumah tu... sirih ni asalnya ditanam oleh nenek, ya la orang tua dulu makan sirih ni macam satu desert. Cara nak makan sirih ni diletaknya secalit kapur makan, pinang dan gambir di atas daun sirih tu...kemudiannya dikunyah...kalau yang tak ada gigi tu orang tua dulu menggunakan 'gobek' sejenis alat digunakan untuk menumbuk sirih dan bahan2 tadi hingga lumat.
Sekarang ni sirih sudah dijadikan produk kesihatan dan penjagaan diri secara komersial.
[Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk
kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar,
yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.
Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.
Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di
kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira
15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar,
terutamanya di kawasan pedalaman.
Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat
perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi
seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama
gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan
pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung
untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.] rujukan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sirih)
Tuesday, October 25, 2011
Mawarku Meriah Berbunga
Sejak
bulan oktober ni bunga mawar@roses kat rumah tu meriah mengeluarkan
bunga...riang hati bila tengok bunga2 ni... bunga2 ni boleh dijadikan
trapi bila kita stress atau kurang sihat.... sebab tu kot bila orang
sakit akan dapat bunga...emmm... tu pun kalau ada orang nak bagi.. tapi
sekarang ramai cakap bagi bunga membazir.. tapi hakikatnya bagi orang
yang memberi dan menerima tu penuh penghargaan dan bermakna sekali.
Nak kata saya ni minat dengan bunga tu tak ada la sampai tahap jiwa-jiwang... cuma sekadar untuk mencari hobi baru je untuk atasi stress seharian. Lagi satu saya ni tak ada orang nak bagi bunga maka terpaksa la tanam sendiri...he..he..he..tanam sendiri lagi puas hati sebab tak perlu nak tunggu hari-hari tertentu untuk terima hadiah bunga. Mulai hari ni rakan-rakan sekalian mula la hobi baru ya disamping dapat menghilangkan stress boleh juga mengindahkan halaman rumah kita.
Bab
nama spesis bunga mawar ni saya kurang arif... dah banyak juga baca dan
rujuk kat wikipedia dan blog tapi semuanya saya tak boleh nak
perjelaskan kat sini...tu la saya memang lemah bab-bab ni.. tak yakin
nak tulis nama2 spesis bunga yang saya tanam ni.
[Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta. Penyumbang baka kelopak bunga besar. R.gigantea merupakan spesis mawar asli utara india, utara myanmar,dan selatan china.berkelopak 5,berwarna putih ,kuning atau krim.bersesuaian dengan namanya gigan bermaksud gergasi. mawar ini merupakan spesis mawar terbesar didunia.tanpa baka dari spesis ini bunga mawar yang kita kenali cuma bunga yang kecil. ] daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. |
|---|
Monday, October 24, 2011
Sup Tulang
Hari ni masak sup tulang untuk menyegarkan kepada dan badan yang terasa lemah je. Sejak 2-3 hari ni kepala aku rasa panas dan terasa berat je...sakit tu tak boleh nak cakap macam migrain la pulak. Entah la apa puncanya tak pasti...nak kata lapar makan aku ikut waktu...mungkin aku tersalah makan kot.
Sup tulang rusuk ni memang dah lama aku tak makan...ya la kalau beli kat KL ni kekadang tu terkena daging yang liat lepas tu dah tak segar semuanya dan dibekukan. Tapi disebabkan termengidam beli la jugak...ya la bab makan ni mana boleh tahan.
Bila bab makan daging lembu yang segar ni mula la terkenangkan kat kampung halaman...pagi dah ada orang jual daging lembu segar yang baru disembelih...boleh dikatakan sepanjang jalan tu ada orang menjual daging segar.
Ok la ni nak tayang sup tulang yang dah siap untuk dimakan...memandangkan selera orang tak sihat ni tak nasi putih dan sup pun dah cukup.
Sup tulang rusuk ni memang dah lama aku tak makan...ya la kalau beli kat KL ni kekadang tu terkena daging yang liat lepas tu dah tak segar semuanya dan dibekukan. Tapi disebabkan termengidam beli la jugak...ya la bab makan ni mana boleh tahan.
Bila bab makan daging lembu yang segar ni mula la terkenangkan kat kampung halaman...pagi dah ada orang jual daging lembu segar yang baru disembelih...boleh dikatakan sepanjang jalan tu ada orang menjual daging segar.
Ok la ni nak tayang sup tulang yang dah siap untuk dimakan...memandangkan selera orang tak sihat ni tak nasi putih dan sup pun dah cukup.
Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan 1432
1 Ramadhan 1432 = 1 Ogos 2011 : Syukur Al'hamduillah aku masih sempat menunaikan puasa di bulan Ramadhan untuk kali ini. Penuh kesyukuran padaNya yang Maha Esa, semoga puasa dan amalan aku kali ini diberkati.
Hari ke 2 berpuasa......Aku memohon agar Allah swt memberi kekuatan untuk aku menunaikan ibadat, tiada apa lagi yang aku kejar dalam kehidupan aku ini sekadar memohon Allah swt memberikan aku petujuk ke jalan yang diredahi yang penuh keberkatan untuk bekalan aku diakhirat kelak. Hanya ini bekalan yang aku ada untuk mengadapNya nanti...Ya Allah ampuni la segala dosa aku ini....
Situasi dibulan Ramadhan ni segala kenangan akan datang, tak kira bersama keluarga atau kawan-kawan, akan terbuai sekali sekala. Teringat kepada kaum keluarga yang telah tiada hati ini tersentuh... kepada sedara yang masih ada terpisah-masing-masing berada jauh dengan kehidupan dan tanggungjawab. Inilah salah satu nikmat bila kita berpuasa... kita akan mengisafi diri sendiri dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Aktiviti di bulan puasa ni berbeza sedikit, terutama sekali waktu tidur aku memang kurang tapi aku terima dugaan ni. Hikmat bulan puasa ni memang banyak kalau kita bijak mengatur dan melaluinya...aku rasa hidup ni penuh masa dengan perkara yang berfaedah... sahur pukul 4...solat sunat dan subuh, mengaji lepas tu pukul 7 dah bersiap untuk ke ofis. Balik dari ofis pukul 6...kejar untuk masak sedia juadah berbuka ala kadar ... masak sendiri memang dah jadi hobi sebab aku tak minat beli makanan kat luar terutamanya bulan puasa...selera aku berbeza sikit...kecuali ada sebab 'terpaksa'. Malam tunai solat sunat tarawikh... aku rasa setiap detik dalam bulan Ramadhan ni begitu bermakna bagi aku... Inssyallah aku mendapat keberkatan dariNya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)

