Tuesday, October 25, 2011

Mawarku Meriah Berbunga

Sejak bulan oktober ni bunga mawar@roses kat rumah tu meriah mengeluarkan bunga...riang hati bila tengok bunga2 ni... bunga2 ni boleh dijadikan trapi bila kita stress atau kurang sihat.... sebab tu kot bila orang sakit akan dapat bunga...emmm... tu pun kalau ada orang nak bagi.. tapi sekarang ramai cakap bagi bunga membazir.. tapi hakikatnya bagi orang yang memberi dan menerima tu penuh penghargaan dan bermakna sekali.  


Nak kata saya ni minat dengan bunga tu tak ada la sampai tahap jiwa-jiwang... cuma sekadar untuk mencari hobi baru je untuk atasi stress seharian. Lagi satu saya ni tak ada orang nak bagi bunga maka terpaksa la tanam sendiri...he..he..he..tanam sendiri lagi puas hati sebab tak perlu nak tunggu hari-hari tertentu untuk terima hadiah bunga. Mulai hari ni rakan-rakan sekalian mula la hobi baru ya disamping dapat menghilangkan stress boleh juga mengindahkan halaman rumah kita.

Bab nama spesis bunga mawar ni saya kurang arif... dah banyak juga baca dan rujuk kat wikipedia dan blog tapi semuanya saya tak boleh nak perjelaskan kat sini...tu la saya memang lemah bab-bab ni.. tak yakin nak tulis nama2 spesis bunga yang saya tanam ni.


[Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.
Penyumbang baka kelopak bunga besar. R.gigantea merupakan spesis mawar asli utara india, utara myanmar,dan selatan china.berkelopak 5,berwarna putih ,kuning atau krim.bersesuaian dengan namanya gigan bermaksud gergasi. mawar ini merupakan spesis mawar terbesar didunia.tanpa baka dari spesis ini bunga mawar yang kita kenali cuma bunga yang kecil. ] daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






















Monday, October 24, 2011

Sup Tulang

Hari ni masak sup tulang untuk menyegarkan kepada dan badan yang terasa lemah je. Sejak 2-3 hari ni kepala aku rasa panas dan terasa berat je...sakit tu tak boleh nak cakap macam migrain la pulak. Entah la apa puncanya tak pasti...nak kata lapar makan aku ikut waktu...mungkin aku tersalah makan kot.

Sup tulang rusuk ni memang dah lama aku tak makan...ya la kalau beli kat KL ni kekadang tu terkena daging yang liat lepas tu dah tak segar semuanya dan dibekukan. Tapi disebabkan termengidam beli la jugak...ya la bab makan ni mana boleh tahan.

Bila bab makan daging lembu yang segar ni mula la terkenangkan kat kampung halaman...pagi dah ada orang jual daging lembu segar yang baru disembelih...boleh dikatakan sepanjang jalan tu ada orang menjual daging segar.


Ok la ni nak tayang sup tulang yang dah siap untuk dimakan...memandangkan selera orang tak sihat ni tak nasi putih dan sup pun dah cukup.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1432


1 Ramadhan 1432 = 1 Ogos 2011 : Syukur Al'hamduillah aku masih sempat menunaikan puasa di bulan Ramadhan untuk kali ini. Penuh kesyukuran padaNya yang Maha Esa, semoga puasa dan amalan aku kali ini diberkati.
Hari ke 2 berpuasa......Aku memohon agar Allah swt memberi kekuatan untuk aku menunaikan ibadat, tiada apa lagi yang aku kejar dalam kehidupan aku ini sekadar memohon Allah swt memberikan aku petujuk ke jalan yang diredahi yang penuh keberkatan  untuk bekalan aku diakhirat kelak. Hanya ini bekalan yang aku ada untuk mengadapNya nanti...Ya Allah ampuni la segala dosa aku ini....
Situasi dibulan Ramadhan ni segala kenangan akan datang, tak kira bersama keluarga atau kawan-kawan, akan terbuai sekali sekala. Teringat kepada kaum keluarga yang telah tiada hati ini tersentuh... kepada sedara yang masih ada terpisah-masing-masing berada jauh dengan kehidupan dan tanggungjawab. Inilah salah satu nikmat bila kita berpuasa... kita akan mengisafi diri sendiri dengan ketentuan Yang Maha Esa.

Aktiviti di bulan puasa ni berbeza sedikit, terutama sekali waktu tidur aku memang kurang tapi aku terima dugaan ni. Hikmat bulan puasa ni memang banyak kalau kita bijak mengatur dan melaluinya...aku rasa hidup ni penuh masa dengan perkara yang berfaedah... sahur pukul 4...solat sunat dan subuh, mengaji lepas tu pukul 7 dah bersiap untuk ke ofis. Balik dari ofis pukul 6...kejar untuk masak sedia juadah berbuka ala kadar ... masak sendiri memang dah jadi hobi sebab aku tak minat beli makanan kat luar terutamanya bulan puasa...selera aku berbeza sikit...kecuali ada sebab 'terpaksa'. Malam tunai solat sunat tarawikh... aku rasa setiap detik dalam bulan Ramadhan ni begitu bermakna bagi aku... Inssyallah aku mendapat keberkatan dariNya. Amin.

Monday, June 27, 2011

Cheese Kek

Hari ni semangat berkobar-kobar nak juga masak cheese kek, asyik bertangguh je. Kebetulan pulak hari ni pi shooping kat Sogo maka aku terus beli bahan-bahannya...biasa la kat sini harga seperti cream cheese tu mahal sikit....tapi disebabkan semangat aku tak kisah le rugi sikit.

Setelah sekian lama resipi cheese kek ni simpan...hari ni aku cuba merealisasikannya, sebelum ni aku ada buat Chilled blueberry cheese kek... tapi tak kena dengan selera aku. Cheese kek yang bakar ni lagi sedap sebab rasanya lebih kurang yang dijual kat kedai Secret Resipi. Aku begitu teruja sekali kali pertama mencuba resipi ni dah berjaya...yahoooo seronoknya rasa macam tak percaya aku dah pandai masak kek ni...emmm.

Bagi yang nak belajar2 masak kek ni amat la dialu-alukan sebab prosesnya tak susah. Untuk mengadun bahan-bahan ni lebih kurang setengah jam je, kemudian bakar lebih kurang 50 minit... dah siap. Cuma cheese kek ni kena le disejukkan dalam peti ais untuk menambahkan kesedapan rasanya, kemudian di hias sebelum dihidangkan. 
Ni le hasil percubaan pertama kali...nampak comot sikit atas tray tu sebab tak sabar nak snap gambar.

Cheese Kek Bluberry (dah lupa penyumbang resipi ni...harap tuan empunya resipi ni menghalalkannya)

Bahan-bahan
- 250 gm krim chease - brand philadelphia
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur - saya guna size gred A
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 cup plain yogurt@ berperisa
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan biskut marie - saya guna biskut digestive
-  3 sudu besar mentega - dicairkan
- blueberry & buah peace - hiasan