Friday, May 25, 2012

Sebungkus Maggi

Maggi!!! cepat di masak sedap di makan.... apa lagi bila dah tiada selera nak makan nasi...maka maggi la penyelamat untuk makan malam tadi. Sebut je maggi mesti semua dah tau tentang 'ketidakbagusan' makanan ni. Namun selagi kita ni manusia yang normal tak boleh nak lari dari nasihat yang diberikan... anggap saja tu bukannya dosa besar. Bagi saya setiap makanan tu ada kebaikan dan keburukannya cuma terpulang pada cara pengambilannya. Kebanyakan makanan alaf sekarang ni majoriti tidak berkhasiat. 

Maggi boleh dikatakan setiap rumah mesti ada stok betul tak? Saya sendiri mengakui sejak mula bekerja hingga sekarang stok maggi tak pernah kurang dalam kabinet. Cuma nak masak bila tak pernah ambil tau janji ada.

Ini la hasil maggi goreng yang ala kadar je...kalau makan kat kedai mamak ni dah kena bayar RM4/5...kalau masak kat rumah kosnya tak sebanyak itu dibelanjakan. Tetapi mesti ada yang pertikaian nak beli rencah lain pun kena keluarkan kos juga...betul la fakta tu... cuma bagi yang nak bajet dan menjaga kesihatan pandai-pandai la timbang. Tak salah keluarkan kos yang lebih untuk makan.



ARKIB Utusan Malaysia

Pencipta mi segera meninggal dunia

TOKYO 6 Jan. – Pencipta mi segera, yang kini merupakan antara makanan popular, meninggal dunia di sini semalam pada usia 96 tahun.

Momofuku Ando (kiri) meninggal dunia kerana penyakit jantung, kata jurucakap Nissin Food Product Co., syarikat yang diasaskan oleh beliau. Syarikat itu ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua.

Media Jepun memuji beliau atas kejayaannya membawa mi segera ke seluruh dunia dan angkasa lepas.
Ando dilahirkan di Taiwan pada 1910 semasa pendudukan Jepun dan mengendalikan syarikat pakaian dan beberapa syarikat lain di Taipei dan Osaka pada awal kariernya.

Media Jepun menambah, Ando mendapat inspirasi mi segera pertama dunia semasa melihat orang ramai beratur panjang untuk membeli mi ‘ramen’ segar dari sebuah gerai pasaran gelap ketika berlakunya kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Selepas produk Chicken Ramen yang diperkenalkan pada 1958 menjadi terkenal walaupun dijual pada harga RM1.04 (35 yen), beliau memperkenalkan Cup Noodle pada tahun 1971.

Mi segera dalam bekas stirofom kalis air yang hanya perlu disediakan dengan menuang air panas membuktikan satu kaedah pemasaran terbaik ketika penduduk dunia semakin dihimpit kesibukan dengan kerja seharian.

Ando menjadi perhatian ramai ketika muncul di kaca televisyen pada 2005 untuk mempromosikan versi Cup Noodle yang membolehkan ia dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery.
Beliau yang kerap dilihat sedang menjamah hidangan yang diciptanya, turut membuka sebuah muzium yang mengabadikan mi segera di Osaka pada 1999.

Ando meninggalkan seorang balu, Masako.
Kali terakhir mendiang muncul di khalayak ramai ialah pada Rabu lalu apabila menyampaikan ucapan sempena tahun baru di Ibu Pejabat Nissin dan menikmati Chicken Ramen pada majlis makan tengah hari bersama para eksekutifnya.

No comments: