Masalah akan timbul kat saya bila ada penghuni kat rumah tak tahu nak makan apa!!! Saya tanya nak makan nasi, boleh pula tanya saya selain nasi apa yang ada?? Nak ke makan Bihun goreng? saya boleh masak! Jawapan tak nak tu dah terbayang...ya la bihun goreng biasanya untuk sarapan je.... maggi oohh tidak!!! sementara bersoal jawab nak makan apa...ada suara..buat la milo panas....aik minum je??? Saya pula bertanya, adoiii bila la nak selesai masalah nak masak untuk makan malam ni!!! Saya sendiri tak ada selera nak makan sebab perut tak berapa sihat sejak ditempat kerja lagi. Kesudahannya saya buat salad yang ringkas dan goreng onion ring... bye! bye! itu je jawapannya...selamat malam.
Saya guna sos ini untuk salaad...tak perlu lagi tambah bahan2 lain. |
No comments:
Post a Comment