Tugas saya untuk sediakan makan malam ini tak banyak...menggoreng ikan je sebabnya lauk dalca daging yang masak malam tadi masih ada....kita panas je lauk tu. Tambah ikan goreng celop tepung dan goreng ikan parang bagi yang tak minta ikan celop tepung. Ikan goreng celop tepung ni saya guna ikan sardin/selayang yang direbus terlebih dahulu...kemudian dicelop tepung dan goreng garing...eerrmm ikan ni juga sedap kalau cicah sos cili...tambah pula hujan kat luar menambah lagi selera makan malam kami malam ini.
|
Ikan Selayang goreng celop tepung...goreng garing dan tepung tu terasa ranggup sedap diratah cicah sos cili. |
|
Ikan parang goreng...ikan ini tak semya orang suka sebab ia banyak tulang...tapi bila dikelar halus dan digireng garing tulangnya pun boleh makan. | | | |
No comments:
Post a Comment