Tuesday, April 17, 2012

Sambal Sotong + Sup

Malam tadi makan agak lumayan sebab mood masak terlebih rajin, lagi pun sejak petang  di ofis menahan lapar. Bila lapar tahap maksimun macam-macam nak masak...dan bila makan pun rasa tak cukup je...ni la tabiat yang tak bagus bila menahan kelaparan yang lama. Apa pun bila mengadap rezeki tu makan je la...cuma kalau boleh kawal apa yang patut bila depan rezeki.

Hidangan nasi malam ni diteman sambal sotong dan sup daging, ikan masin dan ulam timun. Rasa macam makan hari minggu pula. Biasanya kalau hari kerja saya cuma masak yang ringkas je...tapi hari ni tak tau la kenapa perut ni meminta2 tambah pulak hujan lagi la berselera nak makan nasi.

Sotong masak sambal
 
Sup: daging + cendawan + kentang + karot

ikan masin


No comments: