Selera saya pagi ni memang ringkas sekali...lepas solat subuh tadi terus ke dapur capai tepung gandum + telur + susu cair + sedikit garam + air ...teringat masa kecil mek selalu masak lempeng tepung gandum untuk makan pagi. Makanan ni nampak je ringkas namun sedap dan mengenyangkan. Biasanya lempeng ni mek saya masak nipis je dan diletak gula kemudian digulung macam kuih ketayap.
Pagi ni saya masak lempeng ni agak berbeza sikit...saya buat ala penkek yang tak boleh nak gulung, kalau lempeng tu nipis...penkek ni tebal. Saya makan penken ni cicah madu atau jam.
Skop masak lempeng ni tak lulus...bentuknya pun lain...emm apa aku kisah janji boleh makan dan sedap |
No comments:
Post a Comment