Sejak beberapa hari ni badan panas je...dah minum banyak air pun masih tak kurang...minum air asam jawa pun tak juga hilang panas. Kebetulan ada pasar malam kat area ofis ni...mengikut petua orang tua air kelapa bagus untuk sejukkan badan. Selepas ofis sempat la menyinggah beli kelapa ni. Saya beli 2 biji kelapa wangi ni...sampai rumah terus je minum airnya...kelapa ni sebenarnya diimport dari Thailand...kandungan air dalam sebiji kelapa ni cuma dapat segelas je...isi kelapa ni agak keras kecewa juga sebab susah nak tanggal dari tempurungnya. Ingatkan bila minum air kelapa ni boleh kebah tapi pagi tadi terjaga juga pukul 1 pagi masih terasa suhu badan ni panas....agaknya nak buat macam mana untuk hilangkan panas ni. Nampaknya kena pergi cari doktor la.!!!!
No comments:
Post a Comment