Di rumah petang semalam terima tetamu yang tak diundang...tiba-tiba je tengok dok lepak kat atas karpet. Petang semalam disebabkan cuaca panas maka saya sengaja buka pintu rumah untuk bagi angin dan udara luar masuk...tetapi ada pulak menumpang masuk. Kucing ni agak comel dan bersih...biasanya dia dok main kat luar rumah je...boleh dikatakan hampir sebulan kucing ni berkunjung kat rumah tapi sekadar datang sekejap je...bila saya bagi makan lepas tu dia menghilang. Saya pun tak pasti kucing ni ada orang punya/bertuan atau tidak. Saya beli je makanan untuk dia sebab kesian tengok kucing ni bila datang rumah saya mengiau meminta-minta makanan. Sejak tu la setiap kali saya buka pintu terutamanya waktu pagi nak keluar mesti dia berlari minta habuan...begitu juga bila saya balik dari kerja.
Saya ni tak minat memelihara binatang dalam rumah, kalau setakat untuk melayan sekejap dan bagi makan tu boleh la. Lagipun binatang ni pun ada perasaan kena la layan selagi tak mendatangkan masalah untuk saya.