Minuman ni tak semua orang suka, biasanya menjadi pilihan terakhir sebab ianya tidak sesedap teh tarik. Itu la sikap aku bila tengok teh ni berkotak-kotak dalam kabinet dapur. Mr Right kerjanya membeli dan mengumpul...minumnya sekali sekala mana nak surut...sama la macam lemak dalam badan ni tak tahu bila nak hancur kalau tak buat sesuatu untuk hilang. Slim teh brand ni aku boleh minum jika dibandingkan jasmine tea setengah tu ada bau. Hari ni bersemangat nak 'burn fat'...uuhhu saat catu air ni jangan la asyik berulang ke bilik air.
Monday, April 14, 2014
Sunday, April 6, 2014
Syabas Air!
Kawasan perumahan aku tidak dapat terlepas dari pandangan SPAN @ SYABAS...kami pun termasuk dalam list catuan air...maka kena la simpan stok air dalam tong etc sebagai tambahan tangki...mana la tau kot tidak mencukupi dalam masa 2 hari tak ada air. Air minum kena la tapis dan simpan, setakat nak masak yang ringkas tu boleh la...cuma tak boleh nak bermewah air kat sinki. Bila kena macam ni baru sedar dan tau nak jimat air...belum lagi kerajaan isytihar 'darurat air'.
Pagi tadi sebelum pergi mengaji aku masak nasi goreng je untuk sarapan. Air dah tak ada...hahaha alasan malas masak, air dijadikan penyebab. Itu la sikap manusia bila ada perubahan atau diuji sedikit kesulitan mula menunding jari, sepatutnya kita kena bersyukur dengan anugerah dan ujian ni...sebabnya kita hanya dipinjam sekejap je untuk menikmati kehidupan di alam fana ini. Maka jangan nak salahkan pihak tertentu sebaliknya ingat la ini semua ujian dariNYA.
![]() |
| Sekadar rujukan aku je...kot bila buka paip air tak ada...lepas tu marah-marah!!! |
![]() |
| Sekuali Nasi goreng untuk pagi ni. |
Saturday, April 5, 2014
Puteri Mandi
Bila hari minggu je tekak ni macam faham je minta pembasuh mulut yang manis-manis...uuhhu rasa tak puas hati kalau tak tunai hasrat hati ni. Selera kita tak perlu nak buat alasan malas dan sebagainya... lagi pun ada masa terluang aku usahakan untuk diri sendiri.
Puteri mandi musim hujan... ni la pembasuh mulut petang ni...masa kecil dulu kuih ni cukup famous bila bulan puasa...kami panggil 'Teri Mandi', kuih ni dah jadi satu menu wajib oleh awrah mek untuk juadah berbuka puasa. Aku la tukang gentel dan rebus adunan ni sebelum disira atau masak dengan kelapa dan gula melaka...kalau ada durian atau nangka boleh dimasukkan...uuhhu lagi sedap bila aroma durian atau nangka dalam kuih tersebut.
![]() |
| Puteri Mandi @ Teri Mandi perisa nangka |
![]() |
| Jangan ingat bulan puasa je nak makan kuih ni...hari biasa pun terliur juga |
Jacobs Original
Sarapan pagi ni sekadar biskut cicah coffee je, alas perut sebelum pergi mengaji. Tambah pula sekarang ni kawasan perumahan aku akan bermula catuan air 6-7 April diselang 2 hari...eeemm kena mula tukar rutin buat aktiviti masak etc.
Ikut hati malasnya nak keluar rumah dengan hujan rintik2 pagi ni..huhu kena lawan syaitan yang sedang berbisik kalau tak selamanya aku akan ikut arahannya. Bak kata ustaz usaha kita keluar untuk datang baca ayat Al quran pun sudah mendapat pahala...tambah pula bila belajar dan baca. InsyAllah aku diberi kekuatan untuk terus mengaji. Pagi tadi sempat tengok TV9 rancangan Tanya Ustaz...ia menghuraikan tentang surah Al-Fatihah....elok diamalkan sebab akan dpt banyak pahala dan kebaikanya.
![]() |
| Biskut ni wajib ada stok kat rumah...bila kecemasan atau kesuntukan masa tak sempat nak sediakan makanan lain boleh la capai. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




