Saturday, January 12, 2013

Lunch @ McD

Sementara menunggu Mr Right selesai urusan...lepak la kat sini cari wi fi free dan sah la kena makan sebab dah masuk waktu makan tengahari.

Kalau ikut pada menu makan sejak malam tadi makan fast food, breakfast tadi makan nugget dan lunch pulak bantai burger. Emmm nasib la perut janji bahagia.

Mungkin malam ni boleh ronda kat P.Pinang cari kelainan sikit untuk dinner...say no FASTFOOD.

Friday, January 11, 2013

Cole slaw KFC home made

Masa yang singkat dengan menu yang simple ni sudah cukup untuk makan malam ni. Goreng ayam, potong kobis dan karot dan letak mayonies untuk tambah rasa dengan sos cili dan lada hitam.

Kalau nak makan kfc ambil masa juga nak keluar rumah...jadi reka je sendiri menu kalau dah malas nak memandu

Wednesday, December 5, 2012

LETIH@PENAT

Agaknya apa la motif aku letak gambar ni...fikir-fikirkan la...
Adoiii letihnya badan sejak akhir-akhir ni. Dah 3 minggu kebzyian dengan kerja, meeting yang fix 3 kali seminggu, kalau kena yang meeting sampai malam dan besok paginya tak sempat nak rehat otak ni. Lagi satu dengan teknologi sekarang ni tak kira masa ada je gangguan, tit-tit sms la tu...lambat jawab ring-ring la pula...kesudahannya sila check email...uuhhh tu la komunikasi sekarang ni ada pro dan corn. 

Ya la dah lama tak sibuk kerja macam ni...kekadang kesian pulak orang yang kat rumah tu...alahamduillah setakat ni dia faham lagi. Untuk masa 3 bulan ni je saya sibuk lepas ni kembali normal la. Kehadiran adik sekeluarga dari kampung pun tak sempat nak melayan, pandai-pandai la dia orang urus semua aku dah sedia...hakikatnya aku sendiri pun cuti dibekukan.

Begini la ya bila mencari rezeki penat lelah semua ada... setiap hari tu rasanya cepat sangat waktu berlalu. Belum selesai task semalam dah tambah yang baru, agaknya kalau macam ni sepanjang tahun gamaknya otak aku ni sentiasa padat dengan 'input'. Pujuk diri sendiri untuk berjaya tu kena la ada kesibukan, keletihan, kepenatan dan kesusahan. Tak pa lepas ni ada masanya untuk aku rehatkan diiri dan pergi kerja dengan horey2....


Tuesday, December 4, 2012

HARI LAHIR KU

4 Dis bersamaan  20 Muharam 1434H

Syukur ke hadrat Allah s.w.t...alahamduillah masih dilanjutkan usia aku ini. Dalam tak sedar masa begitu cepat berlalu usia makin bertambah. Begini la adat umat di dunia ni setiap tahun mengira umur tapi tanggungjawab untuk dibawa akhirat ni tak pasti lagi cukup bekalannya. InssyaAllah Allah swt permudahkan segala urusan dan amalan aku. Amin.

Hari ni ada lunch date dengan Mr Right, tempat makan dia yang pilih kali ni. Tau je la aku ni kalau bab nak keluar makan dah jadi blur tambah pula kalau hari bekerja. Hati ni dok fikir pasal ofis dan kerja yang tak habis-habis. Tambah pula sekarang ni musim kesibukan yang teramat...orang lain hujung tahun seronok bercuti dan goyang kaki.

TGI - FRIDAY jadi pilihannya...aku makan je semuanya sedap bila orang bayar...uuuhhh terimakasih sir semoga Allah memberkati rezeki dan kehidupan kita. Amin.

Sorry gambar makanan tak boleh nak upload...kecewanya nak menayang makanan tak boleh.