Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadat puasa...
Setelah setahun berlalu...kini ramadhan datang lagi 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008, aku sambutnya dengan debaran keinsafan...dengan lafaz niat suci ini agar tahun ini segala amalan aku diterima dan diberkati oleh ALLAH swt. Sesungguhnya bulan yang suci lagi mulia ini tetap aku jalani walaupun setiap hari aku laluinya dengan kesedihan bila terkenangkan tentang diri sendiri!!, ibu tercinta, saudara-saudara tersayang yang sudah tiada di dunia ini untuk aku jalani ibadat puasa bersama-sama....aku merintih sekuat mana pun Tuhan lagi sayangi mereka...hanya doa yang dapat aku sedekahkan kepada yang telah tiada. Aku memohon kepadaNYA diberi kekuatan dan kesabaran untuk aku menjalani ibadat puasa dan solat sepanjang bulan mulia ini...agar segala amalan aku ini tidak sia-sia...Ya!! aku tidak tahu...mungin tahun hadapan belum tentu dapat aku bertemu lagi dengan RAMADHAN.
Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa
Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Monday, September 1, 2008
Saturday, August 23, 2008
Pagi Jumaat yang pilu
Jumaat 22 Ogos 2008/20 Sya'aban 1429H...10.30 pagi aku terima berita dari kampung tentang kepulangan ke rahmatullah adik lelakiku...YA ALLAH...Inaliallah...Al-Fatihah untuknya. Semoga arwah adik tersayang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Tiada apa yang mampu aku katakan hanya terima segala ketentuan ini dengan penuh sabar dan redha sesungguhnya setiap yang hidup di dunia ini akan pergi jua. AMIM.
Friday, August 8, 2008
Ragut
02 Ogos 2008 sabtu jam 8.30 malam, kejadian malang aku kena ragut handbag oleh seorang setan lelaki berhampiran dengan kediaman aku. Setelah aku ditolak dan jatuh setan tu melarikan handbag aku....aku cuma mampu meminta tolong dan jiran-jiran cuba mengejarnya tetapi tak berhasil....aku masa tu 'blur' alahamduillah jiran-jiran datang membantu. Aku ke Balai Polis membuat laporan dan terus ke HKL untuk mendapatkan rawatan... aku cedera di jari manis bila doktor X-ray nampak jari tu retak...seluruh badan aku terasa sakit teramat sangat. Kemudian lebih kurang pukul 2 pagi aku terpaksa ke IPD Sentul untuk buat pengencaman....Pagi tu aku terpaksa menumpang di rumah kawan memandangkan aku ketakutan untuk pulang ke rumah. THANK YOU VERY MUCH Candy & Joe...also my close friend Sub...tak terbalas atas segala pertolongan!!!! MALANG TAK BERBAU semuanya hilang dalam sekelip mata. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas di atas segala kebaikan dan kejahatan seseorang itu...
Tuesday, June 17, 2008
Ofis Baru
Alahamduillah!!!! 02hb Jun 2008 aku berkhidmat di ofis baru...tetapi pengurusannya sama. Inssyallah aku akan jalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh pihak pengurusan. Sesungguhnya aku amat bersyukur ditempatkan di sini....semua kelengkapan yang disediakan serba baru!!! Walaupun di sini sunyi dan jauh dari kawan-kawan tetapi aku tetap akan menjalankan tanggungjawab ini. Walau dimana kita berada Tuhan tetap disisi kita...itu saja yang aku selalu ingat dalam hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)