Pagi ni masuk kedai roti niat nak beli sandwich je...tapi ternampak scone...lamanya tak makan scone capai je la. Aku dah rasa gastrik ni dah 50% sihat, boleh la makan scone lagipun scone ni hanya hari tertentu je terserempak dengan aku...hehehe macam jumpa orang pulak , maksud aku terserempak ialah kedai ni buat scone sekali sekala je. Scone ni salah satu makanan kegemaran aku sejak dulu..cuma aku jarang jumpa kat kedai roti. Dulu ada ofismate wife dia kerja hotel bahagian bakery aku selalu kirim kat dia...masa tu enjoy makan roti, kek etc dari hotel dan rasanya memang terbaik sebab kualiti penyediaannya.
Jemput makan ya...ada yang terliur tak tengok scone ni? 4 biji scone berharga RM4.90 sahaja, sedap dan kurang manis. Lepas ni kena buka resipi yang lama berhabuk untuk buat scone sendiri. |
No comments:
Post a Comment