Hari ni serata menyambut hari istimewa untuk wanita yang berstatus ibu. Semua tau ibu tiada galang gantinya dan teramat keramat Allah swt jadikannya. Bagi aku yang sudah lama kehilangan ibubapa dan mertua terasa rindu juga untuk meraikannya. Walaupun begitu aku redha dan setiap waktu aku tetap mendoakan untuk mereka semoga tergolong dalam ahli-ahli syurga.
Hari ni aku dapat cuti memasak...istimewa ke macam tu??? Boleh la rehat sehari fikiran dari memikirkan menu masakan dan urusan memasak. Mr Right ajak makan kat luar...aku boleh je!!! Pilihan tempat makan dan menu tidak menjadi masalah...aku ikut je tak kisah warung, restoran, buffet di hotel etc...janji hari ni aku tak perlu memasak. Pilihan buffet aku tolak memandangkan sekarang ni tak boleh makan banyak sebab aku masih pantang sakit gastrik. Bagi aku cukup la sepinggang nasi lengkap dengan lauk dan sayur serta segelas air....saat ni nikmat untuk aku makan bermacam-macam ditarik seketika....namun aku tetap bersyukur dengan keadaan sekarang kian pulih. Alhamduillah.
Kami singgah di Restoran D'Saffron Teratak Pengantin tak jauh dari perumahan kami...tak perlu berebut dengan keluarga lain di restoran yang membuat menu khas sempena hari ibu. Kami makan nasi briyani kambing dan ayam...hidangannya sepinggan nasi dan lauk terlalu banyak hinggakan kami tak mampu nak habiskannya...itu la rezeki hari istimewa.
Kualiti gambar kurang jelas, sepinggan nasi briyani, aku suka nasi dan ayamnya sebab rempah briyaninya tak banyak sesuai sangat untuk aku yang masih pantang pedas. |
Minum lassi untuk sejukkan badan dan orang cakap elok untuk kesihatan...tapi silap order dia bagi yang ada ais.... |
No comments:
Post a Comment