Labu kuning ni dah beberapa hari beli...tapi masa untuk masak tidak mengizinkan lagipun takut nak makan sebab badan tak sihat...risau juga sakit belakang dan gastrik nk menjadi mudarat bila makan labu. Tapi hari ni aku nekad masak pengat walaupun belum sihat...dengan nama Allah swt dan selawat ke atas nabi Muhammad saw semoga makanan ni memberi kesihatan yang baik untuk badan aku.
Aku buat pengat di makan denga pulut...uuhhuu memang nostalgia kat kampung. Dulu kat kg ada tanam labu ni...nak makan tiap2 hari pun boleh...dari pucuk labu masak lemak hingga la pembasuh mulut. Ingat dulu sira labu ni kalau pergi kenduri mesti ada untuk di makan dengan nasi.
Syukur!!! tak menyesal masak pengat labu dan pulut sebabnya selepas makan ni perut tidak sakit seperti yang aku sangkakan. |
No comments:
Post a Comment