Friday, May 30, 2014

New Key

Alhamduillah syukur kepadaNya atas rezeki yang diberikan kepada aku. Pagi ni aku memandu 'new toy' ke ofis.. dengan doa...In Sha Allah semuanya selamat. Bila dapat yang baru sedih juga tengok kereta yang sekian lama berkhidmat untuk aku bakal bertukar tangan. Niat hati nak jadikan hak milik kekal...tapi dari tidak bergerak baik la dia terus berkhidmat dengan orang lain....lagipun kereta tu masih dalam keadaan baik...sepanjang berkhidmat dengan aku tidak pernah mengalami kemalangan dan menyusahkan atau memalukan tuannya...itu la wiraku!!!.

Kini aku dikurniakan rezeki baru...semoga ia menjadi wira setia menemani aku ke mana saja.

Hari Minggu

Mendengar alunan petikan piano...hilang segala penat...ni la nikmat hari minggu lepas...balik dari kelas mengaji terus menghala ke Ikea dan The Curve untuk penuhkan masa hari minggu...lagipun dah lama tak ke sini. Biasa la bila ke Ikea ada je yang berkenan tapi kuatkan hati tak nak tambah barang dalam rumah lagi..cukup la dengan barang yang sedia ada. Alhamduillah kali ni datang Ikea aku tak membuat pelaburan...walaupun mulanya aku note juga barang yang nak beli...tapi bila ke The Body Shop di The Curve tidak terkawal nafsu membeli, terjebak juga dengan tawaran. Macamana nak 'pesan' kat diri sendiri supaya tidak shopping....

Boleh dikatakan setiap kali ke sini aku akan berhenti dan lepak sekejap menghayati alunan petikan piano...dapat dengan 1 atau 2 lagu sudah cukup menghiburkan dan menenangkan jiwa...yang penting tak perlu beli tiket.

Kemangkatan Sultan Perak

Dan bila tiba masanya hanya DIA lebih mengetahui segalanya...hidup dan mati kita!!! Kemangkatan Sultan Perak - Sultan Azlan Shah, 86 tahun di IJN pada 28 Mei 2014. AL-FATIHAH.


Friday, May 23, 2014

Jus Mangga

Makan malam bermenukan nasi putih, tomyam, daging goreng dan tempe goreng+tauhu+ikan bilis. Tambahan minuman malam ni aku buat jus mangga memandangkan buah mangga dah terlebih masak...aku tau kalau potong mangga ni mesti ada yang tak makan... lagipun beberapa hari ni asyik makan mangga je mesti dah jemu. Bila minum jus mangga ni terkenang zaman remaja, waktu tu mula bekerja selalu je berkunjung kat Restoran Insaf dekat Jalan TAR untuk makan nasi briyani dan jus mangganya yang pekat. Sekarang tak payah lagi ke sana blend je sendiri lagi sedap...kalau buat sendiri boleh letak fresh milk @ susu cair @ yogurt...kalau nak manis boleh tambah gula...tapi buah mangga biasanya dah original manis.

jus mangga yang pekat, bila minum jus perut kita terasa padat, sebab tu kita digalakkan minum jus buah atau sayur setiap hari untuk kesihatan.

Thursday, May 22, 2014

Atikel Sakit Belakang


Kepada sesiapa yang pernah mengalami sakit belakang pasti tahu akan keperitannya. Sakit belakang tidak semestinya dialami oleh golongan yang berumur 50 tahun ke atas je...umur muda pun ramai yang mengalaminya... contohnya aku masa umur 20an dah kena sakit belakang, puncanya mungkin masa sekolah aku aktif sukan, masuk alam pekerjaan aku kerja bahagian IT...kerja teknikal kat ofis dulu tak ada rakan lelaki semua kena buat sendiri...dulu desktop dan monitor sizenya besar dan berat. Masa ni la aku kena sakit belakang...tambah pula bila outstation kena galas Notebook dan barang teknikal naik flight. Sekarang sakit belakang ada kalanya tetap kena kalau silap angkat barang atau duduk dan sebagainya. Bagi yang belum mengalaminya hati-hati bila melakukan aktiviti atau angkat barang....yang penting posisi dan cara kita ambil atau angkat barang.

Sunday, May 18, 2014

Nasi & Sup Tulang

Sekian lama tak membeli tulang lembu, kat pasar pagi tadi tiba-tiba terliur pulak tengok tulang lembu... Mr Right kurang minat kalau nak beli tulang lembu beku... katanya tak ada rasa daging tapi kalau dah teringin tu beli je dia dia pun makan juga, kalau nak tunggu dapat daging segar tak tau bila kecuali bila balik kampung boleh makan puas-puas dan beli bawa balik KL memandangkan kat sini susah nak cari tulang atau daging lembu segar...semuanya daging lembu diimport dan dibekukan entah berapa lama dalam simpanan sebelum masuk pasaran tu tak pasti la, kalau kat kampung senang dapat daging segar yang disembelih dan terus dijual...memang sedap dan puas hati bila makan!!!

Makan malam tadi aku tertunai la hasrat nak makan sup tulang...tak kisah daging lembu dari Australia pun janji HALAL...bau bahan-bahan rempah sup pun dah cukup menyelerakan...kalau masak sup tulang aku pilih guna sup bunjut sebab aromanya...aku kurang minat guna serebuk sup sebab kuah sup akan nampak keruh seperti sup mamak...apa pun selera masing-masing.
Seketul tulang lembu...puas la juga dapat makan sup ni lagipun dagingnya lembut

Makan Pisang Goreng Waktu Hujan

Hari ni hujan turun mulai dari waktu tengahari hingga la ke petang...best tau kalau hujan kebetulan pulak hari cuti...sambil lepak kat rumah dan boleh nikmati kabus kesejukan selepas hujan lepas tu makan pisang goreng dan minum teh O.... uuhuuu macam dok kat Cameron atau Genting Highlands pulak!!!  rasa tenang dan releks walaupun badan ni penat dengan urasan rumah.

Pisang goreng panas dan berminyak....uuhhh menambah kalori
Kabus dah mula berkurangan...

Nasi Lemak Seringgit

Situasi sekarang ada lagi orang jual nasi lemak sebungkus dengan harga RM1. Masa pergi pasar harian Selayang tadi ada budak Melayu bukan meja jual nasi lemak yang siap bungkus...selain tu ada jual kuih muih tapi aku cuma terpikat nasi lemak je...rasanya kedai buah adalah bisnes asalnya sebab ada timbunan buah-buahan tembikai juga area situ.

Terkejut juga bila tanya harga nasi lemal tu RM1 sebungkus...kami tak turun kereta pun setakat buka tingkap kereta je...tau je la area pasar ni laluan kereta terhad. Nasi lemaknya sedap dan banyak...tahniah pada peniaga ni dah la murah sedap. 

Tengok sambalnya pun menarik dan tak rugi membelinya memang sedap

Saturday, May 17, 2014

Kari dan Masam Manis

Stok bahan-bahan untuk memasak dah kurang dalam simpanan...tak sempat nak mengisinya.  Balik dari mengaji tadi malas nak menyinggah sebab hujan...maka untuk makan tengahari sabtu ni aku masak apa yang ada je...ada ikan, telur dan sedikit sayur...cukup la untuk lunch dan dinner. Kerja aku kat dapur tengahari ni hanya masak kari telur dan ikan selar masak masam manis atau masak 3 rasa....rebus telur manis penambah selera.


Kari telur tak seindah mana....rezeki hari ni makan je
Ikan masak masam manis yang ditenggelami berbagai rencah...aku campur dengan sayur....senangkan memasak macam ni....sekali sekala boleh la buat macam ni...

Penkek


Sarapan pagi ni aku masak penkek, sampingan ada roti...aku tau kat rumah ni ada yang tak minat makan penkek...tawakal je aku masak sesiapa nak makan dipersilakan ...kalau tak suka makan roti...itu je yang sempat masak pagi ni sebelum aku ke kelas mengaji...aku terpaksa bekejar keluar awal sebab pagi ni hujan lebat dah pasti jalan jam nak sampai.

Cara nak buat penkek ni cukup senang..budak sekolah rendah pun boleh masak tau... sediakan blender : pecahkan telur, masukkan tepung gandum, sedikit soda bikarbonat, baking powder, susu segar/cari, sedikit garam dan gula...blend hingga adunan serata...dah boleh masak


Ok ready untuk dimakan...nak makan dengan madu atau jem semua boleh!!!

Thursday, May 15, 2014

Bila Dah Sihat

Alhamduillah aku dah sihat dari gastrik...cuma sakit belakang masih ada lagi... lepas massage hari isnin lepas sakit dah berkurangan. Selera makan dah bermacam-macam...tapi aku berhati-hati pilih makanan agar gastrik yang baru pulih tak berulang lagi...nak tunai puasa. Aku lebihkan makan buah buahan bila lapar...al maklum la badan pun dan bertambah berat.

Bila tengok buah-buah yang berwarna warni ni dah tentu menarik minat untuk jadikan amalan makan buah setiap hari

Monday, May 12, 2014

Lunch Lepak!!!

Di ofis hari ni kerja tak bzy...boleh la aku keluar lunch dan lepak dengan kawan lama. Dia je la kawan baik sentiasa berkongsi cerita, gelak ketawa. Dia housewife boleh datang jumpa aku di sini, tak perlu aku buang masa memandu keluar dari kawasan ofis. Lunch time aku lepak kat Starbuck Coffee, makan sandwich dan minum dah cukup bagi kami... janji tempat tu selesa untuk bersembang, biasa la bila dah jumpa masing-masing ada je cerita 1 jam masa berlalu tak cukup...terkenang zaman bujang aku dengan dia pergi outstation atas urusan kerja walaupun kami unit lain tapi kami sentiasa berbincang plan bersama untuk keluar ke branch dan bila cuti melancong bersama...hidup kami cukup seronok waktu tu. Sekarang ni nak melancong bersama susah la masing-masing ada 'roommate' dan tanggungjawab lain.

Aku pilih minuman yang sejuk...sebab bila banyak bersembang mesti dahagakan

Scone

Pagi ni masuk kedai roti niat nak beli sandwich je...tapi ternampak scone...lamanya tak makan scone capai je la. Aku dah rasa gastrik ni dah 50% sihat, boleh la makan scone lagipun scone ni hanya hari tertentu je terserempak dengan aku...hehehe macam jumpa orang pulak , maksud aku terserempak ialah kedai ni buat scone sekali sekala je. Scone ni salah satu makanan kegemaran aku sejak dulu..cuma aku jarang jumpa kat kedai roti. Dulu ada ofismate wife dia kerja hotel bahagian bakery aku selalu kirim kat dia...masa tu enjoy makan roti, kek etc dari hotel dan rasanya memang terbaik sebab kualiti penyediaannya. 

Jemput makan ya...ada yang terliur tak tengok scone ni? 4 biji scone berharga RM4.90 sahaja, sedap dan kurang manis. Lepas ni kena buka resipi yang lama berhabuk untuk buat scone sendiri.

Sunday, May 11, 2014

Hari Istimewa untuk Ibu

Hari ni serata menyambut hari istimewa untuk wanita yang berstatus ibu. Semua tau ibu tiada galang gantinya dan teramat keramat Allah swt jadikannya. Bagi aku yang sudah lama kehilangan ibubapa dan mertua terasa rindu juga untuk meraikannya. Walaupun begitu aku redha dan setiap waktu aku tetap mendoakan untuk mereka semoga tergolong dalam ahli-ahli syurga. 

Hari ni aku dapat cuti memasak...istimewa ke macam tu??? Boleh la rehat sehari fikiran dari memikirkan menu masakan dan urusan memasak. Mr Right ajak makan kat luar...aku boleh je!!! Pilihan tempat makan dan menu tidak menjadi masalah...aku ikut je tak kisah warung, restoran, buffet di hotel etc...janji hari ni aku tak perlu memasak. Pilihan buffet aku tolak memandangkan sekarang ni tak boleh makan banyak sebab aku masih pantang sakit gastrik. Bagi aku cukup la sepinggang nasi lengkap dengan lauk dan sayur serta segelas air....saat ni nikmat untuk aku makan bermacam-macam ditarik seketika....namun aku tetap bersyukur dengan keadaan sekarang kian pulih. Alhamduillah.

Kami singgah di Restoran D'Saffron Teratak Pengantin tak jauh dari perumahan kami...tak perlu berebut dengan keluarga lain di restoran yang membuat menu khas sempena hari ibu. Kami makan nasi briyani kambing dan ayam...hidangannya sepinggan nasi dan lauk terlalu banyak hinggakan kami tak mampu nak habiskannya...itu la rezeki hari istimewa.
Kualiti gambar kurang jelas, sepinggan nasi briyani, aku suka nasi dan ayamnya sebab rempah briyaninya tak banyak sesuai sangat untuk aku yang masih pantang pedas.
Minum lassi untuk sejukkan badan dan orang cakap elok untuk kesihatan...tapi silap order dia bagi yang ada ais....

Saturday, May 10, 2014

Nasi + Sayur Air Nostalgia!!!

Sayur air!!! Mungkin ramai yang tak biasa dengan nama menu tu...hakikatnya masakan ni sama dengan sup sayur...cuma dari kecil aku diperkenalkan dengan nama sayur air sebab kuahnya dari air biasa dan semestinya ada sayur-sayuran. Dulu masa kat kampung sayur air ni tak berwarna warni seperti sekarang...cuma ada kangkung atau sawi dan kobis je...nak jumpa karot, kobis bunga, barkoli belum tentu...aku tak pasti samada sayur tu ada atau kami tak mampu nak beli waktu itu. Bab pergi pasar seingat aku masa kecil agak jarang, orang kampung kalau pergi pasar bila ada hal yang mustahak je...bekalan bahan basah tunggu kat rumah sebab ada peniaga yang datang menjaja dengan motor atau van. Berbeza dengan keadaan sekarang semuanya senang cuma sediakan duit je.

Malam ni kami makan nasi berlaukan sayur air, ikan goreng bercili dan telur goreng. Hujan petang tadi dan sejuk masih terasa maka sesuai la makan menu macam ni. Bila tengok ikan goreng bersambal cili tu....terliur juga tapi sabar bimbang gastrik datang kembali. 

Sayur air versi belum letak kangkung
Sayur air nostalgia sebab ada kangkung
Siapa berani makan!!! ikan selar goreng bercili...bagi yang tak pantang dan suka pedas memang laju la makan.

Sarapan Pagi Sabtu

Pagi sabtu...walaupun tak ke ofis tapi aku kejar masa untuk pergi kelas mengaji Al Quran, sebelum tunai hajat belajar fardhu ain urusan kat rumah kena selesaikan dulu ianya termasuk dalam fardhu @ tanggungjawab...salah satunya masak untuk sarapan. Bab ni aku tak nak ambil masa lama kat dapur nanti lewat masuk kelas...hari sabtu jalan jam juga. Aku cuma goreng nasi semalam dan goreng fastfood..cukup la untuk pagi ni. 

Makanan ni bagi yang tak nak makan nasi goreng...biasa la tak semua ada yang suka makan nasi waktu pagi
Nasi goreng kampung!!!

Friday, May 9, 2014

Makan Sebelum Sakit

Hari ni gastrik yang aku deritai bertahan je...adakala tu berkerut juga aku menahan sakit dalam perut ni...ujian apa sedang aku lalui sekarang?? Hanya DIA yang mengetahuinya.
Petang ni aku masak sotong rebus bersama serai, daging goreng bersama kacang panjang dan kobis bunga serta ikan bilis goreng campur tauhu. Masakan ni semuanya tak pedas...maka aku buat sambal tempoyak untuk yang nak rasa pedas, aku pantang pedas sekarang...cuma hari ni langgar pantang makan berminyak. Patut la orang cakap atau berpesan makan sebelum sakit bila dah sakit semua tak selera lagi teruk bila kena pantang...sekarang aku melalui fasa sakit dan kena pantang sesetengah makanan....lagi satu aku kena makan sebelum sakit...mungkin semua faham tentang serangan gastrik...ubat yang mujarab adalah jaga waktu makan dan seharusnya kena makan kerap kali jangan tunggu perut sakit baru makan. Doa semoga aku cepat sembuh sebab nak tunai puasa sunat...InsyAllah.

Sotong rebus berserai, kalau dulu rebus sotong ni bersama dakwatnya dan kuah akan berwarna hitam...tapi kat rumah ni kalau buat macam tu ada yang tak makan.
Daging goreng, kacang panjang dan kobis bunga bersatu dalam kuali.
Terliur tak? sedap tau!!! ikan bilis goreng garing bersama tauhu...makan nasi panas berlaukkan ini pun boleh tambah nasi sepinggan lagi.

Thursday, May 8, 2014

Minum Petang

Sejak kena gastrik aku ubah jadual makan..diwajibkan sarapan awal pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam...makan mengikut masa itu yang penting dan makan dengan kuantiti sedikit tapi berulang...tu nasihat doktor. Ayat tu memang dari dulu aku dengar dari doktor bila kena gastrik. Entah doc...saya ni makan tak pernah cuai...hinggakan berat badan dah merisaukan!!!! Kenapa boleh kena gastrik? Amboi soalan cepumas ya!!! Begini je la jawapan untuk hilangkan stress...Allah swt nak uji kita dengan memberi kesakitan. Maka faham dan fikir2kan...
Petang ni aku bakar roti kosong untuk minum petang...nak cari kuih lain kat sini mana ada...mcd, subway tu dah berat sangat untuk makan petang. Hari juga aku beranikan diri minum coffee..uuhhuu 

Ayam Kicap

"Ala nak ayam kicap ibu"... mesti pernah tengok iklan kicap oleh Dynas. Aku tak ada pula yang minta masak macam, ni selera sendiri memandangkan lama tak makan ayam masak kicap. Masak kicap ni mungkim setiap orang ada caranya, ada yang goreng ayam terlebih dahulu kemudian dimasukkan kicap, kali ni aku masak yang kurang menggunakan minyak ayam tu terus masuk dalam rencah bawang dan halia yang ditumis bersama rempah 3 serangkai dan kicap. Senangkan kerja memasak ayam kicap untuk orang pantang macam aku ni.

Monday, May 5, 2014

Paprik Campur

Balik dari kerja petang tadi hujan lebat semua kereta dipandu perlahan...aku teramat risau kalau ada air naik sepanjang jalan. Alhamduillah aku selamat sampai seperti biasa cuma menahan sakit perut sebab dah masuk waktu makan...sejak kena gastrik aku kena makan jarak masa 2@3 jam...kalau lewat sakit perut ni tak boleh nak cakap macam kena hiris...pedih dan senak. Sementara tunggu makan malam aku kunyah biskut cream craker sebagai pengalas perut. 

Menu malam ni masak paprik campur menjadi pilihan sebabnya sekali masak dalam satu menu lengkap dengan sayur dan lauk pauk...cuma paprik aku kali ni kurang pedas. Hari ni aku beranikan diri makan lauk macam ni, walaupun aku ada buat kerabu mangga ala thai tapi kuatkan hati jangan makan!!! bagi orang yang sihat je yang makan. Untuk aku cukup la makan nasi paprik ala-ala makan kat kedai. 

Masakan yang senang dan lengkap dengan sayur serta lauk ayam, udang etc...tak perlu ada lauk lain lagi bila makan nasi.

Makan Sup Lagi!!!

Meriahkan? Mengikut pakar pemakanan hidangan yang berwarna warni terutama sekali sayur-sayuran dan buah-buahan adalah menu yang paling bagus untuk kesihatan

Sejak tak sihat... beberapa hari ni makanan yang menjadi pilihan aku adalah sup...tu je boleh diterima oleh tekak dan untuk sistem penghadaman memandangkan masalah dalam perut belum boleh terima makanan keras. Mesti ada yang tanya tak jemu ke asyik makan sup sayur etc??? Jawapannya tidak!!! sebabnya bila sakit kita sanggup makan apa saja janji cepat sembuh. 

Malam ni aku masak sup sayur dan masukkan sedikit kueh teow, sup ni aku tak tumis sebab tak nak makanan berminyak. Aku masak air masukkan ikan bilis, bawang putih dan halia untuk dapatkan stok @ kuah sup..kemudian masukkan rencah seperti fish ball dan tauhu serta sayur-sayuran. Senangkan cara aku memasak!!!

Saturday, May 3, 2014

Pengat Labu

Labu kuning ni dah beberapa hari beli...tapi masa untuk masak tidak mengizinkan lagipun takut nak makan sebab badan tak sihat...risau juga sakit belakang dan gastrik nk menjadi mudarat bila makan labu. Tapi hari ni aku nekad masak pengat walaupun belum sihat...dengan nama Allah swt dan selawat ke atas nabi Muhammad saw semoga makanan ni memberi kesihatan yang baik untuk badan aku.

Aku buat pengat di makan denga pulut...uuhhuu memang nostalgia kat kampung. Dulu kat kg ada tanam labu ni...nak makan tiap2 hari pun boleh...dari pucuk labu masak lemak hingga la pembasuh mulut. Ingat dulu sira labu ni kalau pergi kenduri mesti ada untuk di makan dengan nasi. 

Syukur!!! tak menyesal masak pengat labu dan pulut sebabnya selepas makan ni perut tidak sakit seperti yang aku sangkakan.

Friday, May 2, 2014

Peringatan!!! Tiga ciri penting hasil rezeki berkat

Baca BH pagi ni ada artikel yang memberi peringatan kepada aku tentang urusan mencari rezeki terutama sekali yang berkerja  makan gaji. Adakala kita terlalai tentang hukum halal dan keberkatan rezeki yang kita dapat...

Thursday, May 1, 2014

Bila Sakit!!!

Salam 1 Rejab 1435H, mungkin ada yang berpuasa sunat hari khamis, aku tak puasa memandangkan kesihatan tak mengizinkan. Hari ni makan tengahari aku menu orang sakit...masak sup tauhu bersama sayur-sayur dimakan dengan nasi, sehari dua ni kena pantang lauk pauk yang pedas dan bergoreng...Allah swt menguji dengan kesakitan maka hilanglah nikmat makan untuk seketika.

Ujian sakit bagi aku ada hikmatnya!!! kesedaran keinsafan bertapak dalam diri aku mengingatkan akan segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman dan sementara saja.

Makanan orang sakit dan yang memasak pun orang sakit maka penyediaan bahan-bahan pun ala kadar je...kalau nak beli kat kedai macam ni mesti tukang masak kat kedai tu tak nak masak sebab masakannya ringkas sangat...mesti dia cakap..aku ni pemalas atau tak reti masuk dapur... rasanya mesti dia cakap sup macam ni pun tak boleh masak ke cik ya oiii??... uuuhhh dari kena sindir macam ni lagi baik aku masak.

Hari Pekerja

Hari ni cuti umum sempena Hari Pekerja, dengan penuh tenang berehat kat rumah tambah pula aku kena gastrik dan sakit belakang beberapa hari ni, semalam kerja separuh hari sebab tak boleh nak lawan kesakitan. Sekian lama tak kena gastrik...ni semua kesilapan diri sendiri, aku silap buat catuan makanan kot??..eeemmm bukan setakat bekalan air je kena catu. Rasanya aku silap makan makanan pedas dan masam berlebihan..ya la bila jumpa buah mangga cicah semestinya hilang ingatan waktu perut masih kosong dan makan nasi pun ada sambal mangga...maka terima la padahnya 'gastrik'. Bagi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tau keperitan dibahagian atas perut dan dalam perut...sebu dan mual nak makan pun tak ada selera yang lebihnya sendawa angin. 

Pagi ni sarapan roti bakar...ada yang cakap bila perut sebu atau berangin elok makan makanan 'berbakar' macam arang sebab ia dapat menyerap angin dalam perut. Bagi yang biasa kena gastrik pasti tau sejenis ubat macam arang untuk kawal kesakitan. 

Roti bakar!!! bakar hangus sikit je...tak sanggup nak makan kalau dah jadi arang...