Pertama kali masak sayur munggai ataupun ada juga yg panggil buah kelo. Pernah tengok orang masak...tapi makan tak pernah. Maka faham2 saja la masalah yang bakal saya hadapi bila Mr Right bawa balik munggai ni...sepatah je dia cakap sayur ni pun dah mahal sekarang. Alamak mesti kena masak la ni...maka saya memerlukan khidmat dia untuk masak, saya tanya sayur ni macamana nak bersihkan...kena kikis kulit atau buang kulit yang keras...saya biasa tengok yang sudah siap masak, proses membersih munggai ni tak tahu.. hahaha ada orang bermurah tenaga tolong potong sayur, eerrm dia belah munggai, saya tanya betul ke buat macam tu sebab saya tengok orang masak tak belah, katanya belah senang nak makan...ikut je la ya, tugas saya masak kari dan makan. Rupanya munggai ni ambil masa juga untuk empuk atau lembut...saya ingat macam bendi cepat lembut...
Wednesday, November 29, 2017
Sunday, November 19, 2017
Pajeri Nenas
Petang ini masak pajeri nenas campur sotong...pertama kali saya masak pajeri nenas ni dgn sotong segar...sebelum ini campur udang. Memandangkan udang tak ada...sotong jadi mangsa lauk kami malam ini. Sedap tau!!! kena pula dengan ikan goreng dan ulam. Rasa nak bertambah makan nasi malam ini.
Sesiapa yang minat sotong mesti selera makan sebab sotong yang kami beli kali ini bertelur. |
Nasi Goreng & Cekodok Pisang
Pilih nak sarapan apa...ada nasi goreng dan cekodok pisang. Saya kurang selera nak makan cekodok pisang...jadi saya pilih nasi goreng. Cekodok pisang tu ada yang suruh masak...mungkin dah lama saya tak masak sebab tu teringin nak makan.
Thursday, November 16, 2017
Chicken Roast
Sekali sekala elak makan nasi...ya la dah tak tau nak makan lauk apa dengan nasi. Maka saya masak ayam panggang...kita makan lauk saja!! Tapi sampingan tu banyak juga ada kentang dan salad. Penyediaan menu ni tidak mengambil masa yang lama di dapur...dan kena makan yang masih panas.
Kalau dah penuh pinggan macam ni mesti kekenyangan la! |
Ini hidangan kami malam ini. |
Sunday, November 12, 2017
Nasi Kerabu di hari minggu
Pagi minggu agak kerajinan sebab tiba2 selera nak sarapan yang berat. Kalau ikutkan masa di bercuti di kampung setiap hari sarapan nasi kerabu. Balik KL dan seminggu ulang balik menu ini. Tak apa yang nak cerita tentang menu ini...kita makan je ya!!
Friday, November 10, 2017
Ikan Bawal Emas Bakar
Menu untuk makan malam kami malam ini, nasi putih, ikan bawal emas bakar dan air asam, sup sayur campur dan telur masin. Musim hujan sekarang ini seler makan memang tak boleh nak elak...balik dari kerja walaupun kepenatan...paksa diri memasak sebabnya kelaparan bila meredah hujan dan mengadap kesesakan jalan setiap pagi dan petang.
Kita kongsi ikan bawal emas bakar...memang teramat la sedap...sebab ikannya segar. Kali in saya masak rencah untuk ikan bakar. Bahan2 utk rencahnya saya blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai..kalau nak pedas campur sedikit cili padi...kemudian tumis bahan2 tersebut sehingga masak...agak2 pekat dan rasakan dengan garam gula. Rencah yang dimasak tadi lumurkan pada ikan dan saya letak sedikit daun limau purut sebab daun kunyit tak boleh ambil hujan...kalau ada masa boleh perap...kemudian bakar hingga masak...hidang dengan air asam...uuhhuu memang menyelerakan!!!
Kali ni saya guna alminium foi sebab tak ada daun kunyit..ikan bakar ni makan panas2 ya!! |
Thursday, November 9, 2017
Apam Kampung
Malam tadi selepas makan malam... dengan semangat berbakul2 menyediakan adunan apam kampung sebabnya nak guna toy baru saya beli. Saya order pengukus Noxxa, ya la adik beradik saya heboh dengan produk Noxxa..ada yg beli periuk dan bread maker...saya tergerak hati nak beli pengukus ni harganya RM418.00 shj termasuk pos. Biasala bila dapat barang baru kita kena rajinkan diri terus menggunakannya...mana la tau kot rosak sebelum digunakan.
Maka percubaan pertama mengukus saya masak apam kampung...resipi ni saya pernah masak sebelum ini...lagipun bahan2nya tak banyak digunakan.
Isian setiap paper cup tu saya cuma letak sedikit saja supaya bila apam tu naik & kembang tidak penuh dan senang saya nak letak kelapa...jemput makan.. memang sedap. |
Friday, October 6, 2017
Ubi Kayu Rebus
Harga ubi kayu pun mahal sekarang!! Tapi disebabkan teringin nak makan letak ketepi tentang harga...kita beli je la. Niat saya nak masak kuih talam ubi kayu...tetapi melencong ke arah lain, hanya rebus je ubi kayu tersebut. Biasa la kalau hari kerja masa tu agak singkat nak memasak...nak tunggu hari minggu mesti ubi tu dah masuk angin. Jadi kita rebus dan cicah sambal ikan bilis...tu pun sedap juga.
Thursday, October 5, 2017
Sup Ikan Merah
Petang semalam masak sup ikan merah untuk hidangan kami makan malam, selain dari itu sambal terung dengan ikan bilis dan ikan goreng. Sup ikan merah memang sedap sebab ikan tu masih segar Mr Right beli di pasar... lagi pun sekali sekala tukar menu..biasanya ikan merah pilihan ramai masak kari.
Sunday, October 1, 2017
Apam Kampung
Sekian lama saya tak jenguk kat sini...boleh dikatakan berbulan juga saya tak update, bukannya tak ada citer untuk dimuatkan...tetapi masa tu agak terhad. Hari ni agak tenang sikit, fikiran pun kurang gangguan..hehehe pelik bunyinya sebut gangguan...ala biasa la bila tak ada gangguan kerja saya akan terasa tenang sikit...huhuhu bos tak ada di Malaysia!!
Petang ni saya cuba resipi kuih apam kqmpung...dah lama simpan resipi ini, sanggup simpan sebab saya tengok bahan2nya tak banyak dan semestinya kuih apam ni kegemaran saya. Ingat dulu masa zaman2 bujang sarapan pagi mesti beli kuih ini. Hari ini pertama kali saya cuba masak sendiri kuih ini...sambil kacau bahan2 ini berselawat mohon menjadi la kuih saya masak ni. Lagipun saya tanya Mr Right kalau saya masak kuih ini makan tak....hahaha berani dia jawab tak makan!! Dalam hati ni takut juga kot tak berjaya...malu saya nak hidang nanti.
Jemput makan ya!!! Hasil usaha saya petang tadi...sedap!! |
Sunday, August 27, 2017
Ketam Masam Manis
Hari ini masak untuk makan tengahari agak awal sebab balik dari kelas mengaji agak awal dari biasa.. ramai rakan2 tak datang maka cepat la habis..biasa la dah cuti sekolah dan ada cuti umum ramai bercuti. Menu tengahari kami hari ini saya masak ketam masam manis, sayur goreng dan ikan goreng...cukup la tu ya. Malas nak selongkar peti ais nak masak lauk yang lain...
Saturday, August 26, 2017
Pucuk Betik Masak Lemak Cili Padi
Sebut je pucuk betik mesti cakap rasanya pahit! Memang betul ianya pahit tapi ada gunanya untuk penawar penyakit...antaranya untuk mencegah demam denggi berdarah, diabetis, membantu penceranaan, untuk imuniti dalam badan melawan virus flu dan yang lain2 tu mungkin ada lagi khasiatnya.
Makan tengahari saya hari ini pucuk betik masak lemak cili padi..ini pertama kali saya masak lemak, biasanya saya sekadar celur dan dicicah sambal. Adakala tu selera macam ini datang secara tiba2 je dan dah semestinya saya seorang je yang makan...penghuni lain takut nak makan sebab pahit. Tak mengapa!!! Tak ada salahnya kalau tak makan..pilih la lauk lain ya. Saya makan nasi berlaukan ikan goreng bersama masak lemak pucuk betik ini...ada pula ikan masin memang kena dengan selera saya.
Wednesday, August 23, 2017
Tortila Wrap
Pagi ini saya sediakan tortila wrap untuk sarapan. Agaknya apa puan2 sarapan pagi ini. Saya kekadang tu bingung nak cari menu untuk sarapan pagi...asyik ulang menu yang sama je. Pagi ni cadangan nak keluar rumah awal untuk ke ofis jadi saya masak yang senang je untuk Mr Right. Dia wajib sarapan setiap hari sebabnya rutin ambil ubat jantung dah ditetapkan...sebelum ambil ubat kena la makan walaupun sedikit. Setiap pagi saya blend jus buah dan sediakan makanan untuknya...dah setahun setengah dia buat engiogram dan mulai dari itu tak boleh tinggal ubat jantung.
3 Potong tortila wrap untuk bekal saya...kononnya untuk sarapan di ofis...kesudahannya jadi makanan tengahari sebab tak sempat nak makan pagi. |
Tuesday, August 22, 2017
Bihun Goreng Rasa Tomyam
Sarapan pagi ini masak bihun goreng. Setiap pagi asyik makan roti je...hari ni makan berat ya😙. Saya goreng bihun sekadar ketuk bawang putih dan sedikit halia....tumis kekuningan, masukan rencah daging yang dipotong halus, udang dan fish ball serta rencah tomyam sukatan rencah ni agak2 ada rasa la ya...saya letak 2 sudu besar...kalau guna rencah tomyam yang kiub 2 ketul....tu bergantuang pada jumlah bihun ya...saya masa separuh bungkus bihun. Kemudian letak kicap tak letak pun tak pa...rasa rencah tomyam dah sedap!! dan rasakan dengan garam gula...sayur?? Saya cuma letak karot je...kalau suka pedas letak cili padi ya! Tu je resipi bihun saya untuk sarapan pagi ini. Sekurangnya ada kelainan masak bihun pagi ini..
Ini bekal saya bawa ke tempat kerja...bihun goreng rasa tomyam...kenyang hingga ke petang 😄 |
Ayam Panggang
Petang semalam masak ayam panggang untuk makan malam...adakala tu tak ada selera nak makan nasi...nak masak lauk pun tak ada idea. Ayam panggang ni hanya perap 1 jam je sebab sampai rumah jam 6 lebih..pukul 7 mlm saya mula panggang yang ambil masa setengah jam....pukul 8 mlm kami dah siap makan...rutin setiap hari macam ini la bagi yang berkerja dan kena masak untuk makan malam...sebab tak semua orang suka makan kat luar...sekali sekala tu boleh la cari makan di luar untuk tukar selera.
Cukup la hidangan ini untuk mengalas perut sebelum tidur... |
Wednesday, August 16, 2017
Sambal Ikan Bilis dan Sambal Pauh Muda
Petang ini seperti biasa sampai je rumah terus masuk dapur...masak untuk makan malam kami. Menu malam ini bayam masak lemak putih, ikan goreng, sambal ikan bilis petai dan sambal buah pauh muda. Kat sini saya pilihan menu untuk saya hanya sambal pau dan ikan goreng. Menu sambal ikan bilis petai untuk penghuni rumah yang tak minat sambal pauh. Saya buat sambal pauh ni sebab petua untuk hilangkan rasa sakit kepala...orang lain tak minat sebab masam. Agaknya sambal yang mana pilihan puan2?
Sayur lemak bayam...masak simple je... |
Tuesday, August 15, 2017
Mee + Kueh Teow Goreng
Sarapan pagi selasa...saya masa mee goreng dan campur dengan kueh teow...hari ini ponteng kerja sebab tak sihat, balik dari kerja petang semalam sakit kepala hingga ke pagi...telan ubat pun masam tak ada kesan. Apa agaknya penyakit saya ni..check tekanan darah tak tinggi. Bila saya ingat balik mungkin kena hujan..saya memang alah dengan air hujan, mesti sakit kepala dan demam. Maka dapat la berehat di rumah hari ni...uuhhu mood kerja pun agak 'down' sekarang...entah la rasa malas dan bosan nak ke tempat kerja.
Masak untuk sarapan agak berat sebab nak habiskan stok mee dan kueh teow dah beberapa hari tersimpan dalam peti ais. Harapnya bila dah sarapan dan ambil ubat boleh la saya rehat...tapi tak boleh ada je gangguan hp pasal urusan di ofis...tu la dia jangan nak ambil emergency leave!!
Ini sarapan kami pagi selasa. |
Sunday, August 13, 2017
Petai di Sebalik Udang
Hari ni walaupun hari minggu...makan tengahari agak lewat sebabnya balik dari kelas mengaji santai2 sekejap...lagipun pagi sarapan nasi kerabu....eerrm biasa la bila makan makan yang beli agak susah menepati selera...ada je yang kurangnya...nak juga makan nasi tengahari ini. Mr Right suruh masak lemak ketam..lepas tu sebut pula sambal udang dengan petai...ya la hari ini ada masa boleh la saya masak. Tapi kena ingat tu semua kolestrol tau...sekali sekala boleh la ya!!!
A |
Menu ada petai di sebalik udang.. uuhuu bukannya ada kolestrol didalam udang. Apapun makanan kalau dah sedap kita tolak tepi masalah keburukannya...ini rezeki makan je la. |
Saturday, August 12, 2017
Mee + Kueh Teow Sup
Petang ini masak sup je la..nak masak nasi tak ada idea nak masak lauk...eerrm punya la banyak resipi boleh dimasak... tu la namanya alasan orang malas. Sekali sekala makan yang ringkas bagus juga..kurang sikit kandungan karbohidrat.
Saya masak sup kambing untuk di makan dengan mee + kueh teow, teramat la ringkas makanan kami hari ini.
Saya masak sup kambing untuk di makan dengan mee + kueh teow, teramat la ringkas makanan kami hari ini.
Rencahnya sekadar daging kambing & fish ball...sedap juga walaupun seringkas ini. Nama menu ini sup orang malas. |
Wednesday, August 9, 2017
Tapai Ubikayu
Siapa suka makan tapai? Ya saya suka tapai tapi tapai ubikaya je yang saya makan, tapai pulut atau beras saya tak makan. Pelik juga selera manusia ni kan! Tapai ubikayu ni saya ingat masa kecil2 dulu arwah nenek buat sendiri sebab arwah datuk banyak tanam ubi kayu...orang dulu2 memang kreatif bab2 mengolah hasil tanaman untuk dijadikan makanan...bukannya sekadar satu resipi je. Cara2 nak menghasilkan tapai ni saya cuma tahu tetapi tidak pernah menghasilkanya. Jadi saya tak nak la kongsi resipinya sebab saya tidak pernah buat.
Tapai ubikayu yang saya tayang ni hasil airtangan kawan tempat kerja saya...dia tahu saya suka makan ubikayu ni...alkisahnya saya beli tapai ubikayu yang dijual di supermarket...bila bawa balik tapai ini keras dan tawar!!! Kecewanya saya...maka kawan ni suruh saya beli ubikayu dia boleh tolong buat tapai....uuhhuu rezeki saya dapat la kongsi makan ramai2...nak tahu rupanya bos saya suami isteri pun makan tapai ini. Siapa sangka orang makanan legend ni masih digemari ramai.
Nasi Goreng
Makan malam sekadar nasi goreng je...ini je yang mampu masak sebab sampai rumah dah jam 7 ptg. Sekarang ni bila hari bekerja saya cuba kejar masa untuk ada waktu berehat dari melakukan kerja2 rumah seperti memasak dan kemas rumah kecuali hari cuti. Bila usia begini saya cuba ubah jadual kehidupan...masa untuk bekerja ofis memang tak boleh nak ubah dah termaktub kena kerja ikut undang2 pejabat. Bila rumah saya bahagikan masa untuk rehatkan badan mulai jam 8 malam...solat dan mengaji...pukul 10 mlm dah nak rehatkan badan...sekarang umur dah meningkat kesihatan perlu diutamakan...perlu cukup tidur. Untuk hari ini saya cari menu yang cepat siap sebab saya penat untuk berdiri lama2 di dapur...uhuhuh nasi goreng cukup la ya...besok lusa kalau saya sampai rumah awal saya masak menu lain.
Tuesday, August 1, 2017
Nasi Ayam
Petang tiba2 je teringin nak makan nasi ayam!! Lagipun cari menu yang ringkas dan cepat disediakan. Agak lama saya tak masak nasi ayam...resipinya pun tidak berapa nak ingat...saya masak je dan letak bahan2 apa yang terlintas difikiran...janji tidak lari dari resipi nasi ayam...tak mungkin bertukar jadi nasi itik.
Cara saya masak senang je...ayam yang dipotong 4 bahagian saya hanya guna 2 bahagian saja. Rebus ayam tersebut letak air, bawang putih, bawang holland, halia dan sup bunjut serta kuib ayam. Air rebusan tersebut utk digunakan masak nasi dan sup. Bila ayam dah masak angkat dan perap dgn kicap masin, kicap manis, madu dan sos tiram...kemudian goreng ayam tersebut.
Untuk nasi, tumis bawang merah, putih, halia, rempah 3 sekawan dan daun pandan.. saya guna planta ganti minyak utk menumis...bahan2 ini campur dalam beras yang sudah dibersihkan dan air rebusan ayam...agak2 la ya jumlah air utk memasak nasi tersebut...bergantung pada jenis beras masing2...saya letak sedikit susu segar untuk rasa lemak....jangan lupa kacau nasi tersebut sebelum kering.
Sos kicap : tumis bawang putih dan masukkan kicap manis dan kicap masin campur sedikit air rebusan ayam...masak hingga mendidih. Sejukkan dan hidang.
Sambal cili : blend cili merah dan sedikit cili padi jika suka pedas dan bawang putih kemudian letak sedikit cuka...rasakan dengan garam gula. Hidang!
Menu nasi ayam yang cepat dimasak dan selera untuk dimakan... |
Siakap Stim
Sekian lama saya menyepi...teramat la kesuntukan masa untuk melewati ruangan ini. Sekadan nak letak menu makan malam yang serba ringkas. Terasa malu pu ada dengan menu ini...sebabnya bila tengok ikan stim!!! Bersepah dengan bahan2nya...tapi jangan dipandang pada rupa dan penampilan...hakikat di sebalik tu ianya cukup sedap!! Itu je yang mampu saya pujuk diri sendiri. Kenapa jadi macam itu??? Saya kesuntukan masa bila menyediakan makan malam...sampai rumah dah jam 7 mlm...nak sediakan hidangan tu saya hanya buat sekadar yang mampu dan cepat....janji terhidang sebelum lewat malam. Bagi yang bekerja mesti faham kekalutan dan kepenatan!!! Jom la kita makan ya!!
Pilih la ya nak makan yang mana...ikan siakap stim, sayur goreng dan ikan bilis goreng dgn petai. |
Monday, June 12, 2017
Agar-Agar Pandan
Salam Nuzul Al Quran.
Seronoknya hari ini cuti...2 hari berehat kat rumah terasa cukup mendamaikan. Dapat la saya buat kerja2 rumah yang sebelum ini hanya dikerjakan ala kadar je. Dari dapur hingga ke bilik air dapat dipolish. Kepenatan dan kehausan!!! Terasa kering tekak sebab badan banyak mengeluarkan peluh...sedapnya kalau dapat makanan yang sejuk bila berbuka puasa nanti. Kebetulan ada agar2 cap burung layang2 sebungkus...boleh la masak agar2 yang ringkas je. Agar2 pandan bahan2 : agar2, santan, gula, air daun pandan dan telur. Orang cakap masak agar2 ni senang...tapi ada juga yang tak menjadi bila memasaknya...biasala ada terlebih air atau terlalu keras. Tapi saya masak kali ini hasilnya memuaskan sederhana kejadiannya. Masa atas dapur wangi bau air daun pandan...rasa tak sabar nak makan yang sejuk.
Ini rupa bila saya keluarkan terus dari acuan...saya guna acuan/mangkuk size kecil supaya senang untuk dihidangkan sebiji setiap orang, tak perlu saya nak potong lagi. |
Sunday, June 11, 2017
Kari Tulang Lembu
Ramadhan ke 16.
Alhamduillah, syukur kehadrat Allah swt, kerana aku masih lagi dikurnia kesihatan untukm mengerjakan ibadat di bulan mulia ini. Puasa kali ini menu berbuka akak ringkas...tidak seperti sebelum ini. Mungkin ada ketika nafsu untuk makan kita ditarik..bila selera agak berkurangan makan saya memasak pun ala kadar je...bersederhana itu adalah lebih baik. Petang ini berbuka saya masak kari tulang lembu, mulanya nak masak sup tak ada selera nak makan. Menu petang ini hanya kari tulang, tenggiri goreng dan goreng sayur campur. Saya tambah satu lagi sambal mangga...nak juga rasa pedas masam supaya ada selera nak makan nasi.
Pencuci mulut hanya betik dan tauhu sumbat. Tapi malam ini saya terpaksa selongkar peti ais selepas solat terawikh...sebabnya terasa haus, dapat cincau dan campur dengan susu untuk menghilangkan dahaga....dahaga mungkin makan kari ataupun cuaca kat luar tu panas?? Saya tak pernah berbuka minum ais...kegemaran saya hanya la teh O panas tanpa gula.
Uuhhu mesti cakap hidangan yang banyak kolestrol... |
Saturday, June 3, 2017
Ramadhan ke 8
Sabtu separuh hari kerja...hari ini balik kerja dapat rehat sebelum masuk dapur. Memikirkan menu untuk berbuka puasa petang nanti adakala tu memeningkan...keputusanya saya sediakan menu nasi kerabu. Lagipun kalau masak nasi kerabu memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Penyediaannya memang ambil masa...masak tumis dari santan kelapa, sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, air lada, lauknya ikan goreng tepung dan ayam bakar serta telur masin.
Nasi kerabu biru. |
Set untuk nasi kerabu.. |
Friday, June 2, 2017
Ramadhan ke 7
Pagi jumaat terbaca berita di FB ada kemalangan melibatkan pelajar tahifz di Kuala Krai Kelantan, amat menyedihkan. Petang saya terima whasapp dari anak saudara menyatakan salah seorang yang terlibat adalah anak kepada rakan baik ayahnya iaitu arwah abang saya, mengucap panjang dan saya terus menghubungi bertanya berita tentang anaknya, amat memilukan anaknya dalam icu. Saya hanya mampu berdoa semoga adik Syakir selamat. Amin.
Untuk berbuka petang ini saya masak sup sayur barkoli campur tafu...teramat la ringkas menu petang ini, kemudian goreng daging dan ikan tenggiri goreng bersambal. Itu saja menu berbuka petang ini, buah tembikai pencuci mulut. Kuih hari ni Mr Right beli karipap dan kuih bijan...entah kenapa dia membeli kuih hari ini...mungkin sekadar nak rasa kuih yang dijual diperkarangan rumah kedai berhampiran perumahan ini. Rasa kuih tu boleh la diterima...tapi untuk ulangi membelinya belum pasti sebab harganya.ya la harga barang sekarang ni semuanya mahal.
Untuk berbuka petang ini saya masak sup sayur barkoli campur tafu...teramat la ringkas menu petang ini, kemudian goreng daging dan ikan tenggiri goreng bersambal. Itu saja menu berbuka petang ini, buah tembikai pencuci mulut. Kuih hari ni Mr Right beli karipap dan kuih bijan...entah kenapa dia membeli kuih hari ini...mungkin sekadar nak rasa kuih yang dijual diperkarangan rumah kedai berhampiran perumahan ini. Rasa kuih tu boleh la diterima...tapi untuk ulangi membelinya belum pasti sebab harganya.ya la harga barang sekarang ni semuanya mahal.
Sup sayur yang ringkas...saya masak 10 minit sebelum masuk waktu berbuka...dapat hidang yang segar dan makan yang panas. |
Wednesday, May 31, 2017
Ramadhan Ke 6
Hari ke 6 berpuasa...cepatnya masa berlalu. Hari ini Allah swt masih beri kesempatan untuk menunaikan ibadah. InsyAllah semoga diberi kesihatan dan kekuatan. Petang ini menu berbuka ala kampung, masak cili padi pucuk ubi kayu, goreng ikan dan tumbuk sambal mangga dengan cili padi.
Pucuk ubi kayu masak lemak cili padi. Bahannya tak banyak, pucuk ubi, santan, bawang merah, cili padi, serai, kunyit hidup dan ikan bilis. |
Monday, May 29, 2017
Ramadhan Ke 3
Menu petang ini nak makan lauk yang simple je..goreng ikan, kerabu mangga dan ikan singgan serta ulam-ulam. Bulan puasa ni selera kalau boleh nak makan lauk2 kampung je...tapi tak semua yang suka makan lauk macam ini...tu la kekadang termasak berbagai jenis lauk untuk penghuni lain.
Kerabu mangga..agak kecewa mangganya kekuningan nak masak...tetapi masih ada rasa masam. Ini menu kegemaran semua kat rumah ni. |
Sunday, May 28, 2017
Menu berbuka pada Hari Minggu
Hari ini jemput adik datang berbuka di rumah...hari minggu ada masa untuk saya sediakan kuih muih untuk berbuka, kalau hari bekerja minta maaf la...masa tu agak terhad. Menu hari minggu ; kuih ondeh2 dan kuih biji nangka, lauknya saya masak ayam percik, ulam-ulam, kerabu mangga dan ikan masak lemak.
Hari ini yang sempat ambil gambar cuma kuih aje...
Ondeh-ondeh |
Bubur biji nangka....ini kegemaran adik. |
Saturday, May 27, 2017
1 Ramadhan 1438
SALAM Ramadhan untuk semua umat Islam
Menu berbuka hari ini...lauknya seperti hari2 biasa...kami ni tidak cerewet dari segi makanan. Rezeki yang ada tu la yang saya sediakan. Menu hari ini petola masa lemak, ikan cencaru bakar cicah air asam dan sos kicap dan ayam goreng campur kobis bunga.
Petola masak lemak campur tauhu...cukup menyelerakan dapat lauk macam ini. |
Ayam goreng campur dengan kobis bunga dan karot...lauk ini sediakan untuk yang minat ayam...kalau saya ayam adalah pilihan terakhir sekiranya ada pilihan lain seperti ikan. |
Sunday, May 21, 2017
Ayam Panggang
Majlis Selamat Berpuasa
Popia tu pun habis walaupun makan tanpa sos...saya terlupa bawa sos....al maklum la pagi2 ada je yang nak dikejar nak keluar awal sebab ada jalan2 yang ditutup. |
Subscribe to:
Posts (Atom)