Friday, June 2, 2017

Ramadhan ke 7

Pagi jumaat terbaca berita di FB ada kemalangan melibatkan pelajar tahifz di Kuala Krai Kelantan, amat menyedihkan. Petang saya terima whasapp dari anak saudara menyatakan salah seorang yang terlibat adalah anak kepada rakan baik ayahnya iaitu arwah abang saya, mengucap panjang dan saya terus menghubungi bertanya berita tentang anaknya, amat memilukan anaknya dalam icu. Saya hanya mampu berdoa semoga adik Syakir selamat. Amin.

Untuk berbuka petang ini saya masak sup sayur barkoli campur tafu...teramat la ringkas menu petang ini, kemudian goreng daging dan ikan tenggiri goreng bersambal. Itu saja menu berbuka petang ini, buah tembikai pencuci mulut. Kuih hari ni Mr Right beli karipap dan kuih bijan...entah kenapa dia membeli kuih hari ini...mungkin sekadar nak rasa kuih yang dijual diperkarangan rumah kedai berhampiran perumahan ini. Rasa kuih tu boleh la diterima...tapi untuk ulangi membelinya belum pasti sebab harganya.ya la harga barang sekarang ni semuanya mahal.

Sup sayur yang ringkas...saya masak 10 minit sebelum masuk waktu berbuka...dapat hidang yang segar dan makan yang panas.

No comments: