Malam tadi selepas makan malam... dengan semangat berbakul2 menyediakan adunan apam kampung sebabnya nak guna toy baru saya beli. Saya order pengukus Noxxa, ya la adik beradik saya heboh dengan produk Noxxa..ada yg beli periuk dan bread maker...saya tergerak hati nak beli pengukus ni harganya RM418.00 shj termasuk pos. Biasala bila dapat barang baru kita kena rajinkan diri terus menggunakannya...mana la tau kot rosak sebelum digunakan.
Maka percubaan pertama mengukus saya masak apam kampung...resipi ni saya pernah masak sebelum ini...lagipun bahan2nya tak banyak digunakan.
Isian setiap paper cup tu saya cuma letak sedikit saja supaya bila apam tu naik & kembang tidak penuh dan senang saya nak letak kelapa...jemput makan.. memang sedap. |
1 comment:
Mesti sedap ni..
Best!
Post a Comment