Alhamduillah, syukur kehadrat Allah swt, kerana aku masih lagi dikurnia kesihatan untukm mengerjakan ibadat di bulan mulia ini. Puasa kali ini menu berbuka akak ringkas...tidak seperti sebelum ini. Mungkin ada ketika nafsu untuk makan kita ditarik..bila selera agak berkurangan makan saya memasak pun ala kadar je...bersederhana itu adalah lebih baik. Petang ini berbuka saya masak kari tulang lembu, mulanya nak masak sup tak ada selera nak makan. Menu petang ini hanya kari tulang, tenggiri goreng dan goreng sayur campur. Saya tambah satu lagi sambal mangga...nak juga rasa pedas masam supaya ada selera nak makan nasi.
Pencuci mulut hanya betik dan tauhu sumbat. Tapi malam ini saya terpaksa selongkar peti ais selepas solat terawikh...sebabnya terasa haus, dapat cincau dan campur dengan susu untuk menghilangkan dahaga....dahaga mungkin makan kari ataupun cuaca kat luar tu panas?? Saya tak pernah berbuka minum ais...kegemaran saya hanya la teh O panas tanpa gula.
Uuhhu mesti cakap hidangan yang banyak kolestrol... |
No comments:
Post a Comment