Wednesday, June 29, 2016

Asam Pedas Ikan Pari

Ikan pari masak asam pedas...campur timun sebagai tambahan sayur
Petang ni sempat snap gambar asam pedas ikan pari...kalau tak suram je blog ni sebab tiada cerita terkini. Seperti biasa la masak tu ada setiap hari..cuma untuk snap gambar tidak menjadi keutamaan sebab bekejar untuk berbuka puasa. Agak lama tidak makan ikan pari masak asam pedas...petang ini saya masak cincai je...tumis pun agak2 pecah minyak sebab masa tak cukup!!! Stress juga perjalanan hidup sekarang...dengan kerja yang banyak ditempat kerja, stress dengan jam jalan raya...kepenatan hanya tuan badan je yang tahu. Jom kita rasa asam pedas ikan pari untuk hilangkan rasa stress!!!

Tuesday, June 28, 2016

Nasi Goreng

Ramadhan kali ini agak kelam kabut sikit dalam menyediakan juadah berbuka. Agak terkilan juga dengan penghuni rumah sebab saya masak ala kadar je memandangkan waktu sampai rumah hanya ada masa yang singkat. Capai je mana yang cepat penyediaannya. Petang ni masak nasi goreng je...kuah kurma kambing yang masak sehari sebelum masih ada...potong timun...cukup la untul berbuka kami. Bila minum air, kurma dan buah-buahan sudah cukup kenyang. Alhamduillah.
Nasi goreng rencah sotong, potong telur dadar.

Wednesday, June 22, 2016

Nasi Briyani Ayam

#Ramadhan Iftar, Salam Nuzul Al-Quran untuk semua umat Islam. Walaupun hari ini cuti umum tapi saya terpaksa menghadirkan diri ke tempat kerja memandangkan ada berberapa urusan terpaksa dipantau. Tapi masuk agak lewat dan pukul 4 ptg bergerak balik sebab hari ini plan nak masak nasi briyani untuk iftar kami. Nasi briyani ayam, saya guna rempah briyani ayam brand maggi...tumis rempah 3 sekawan dengan minyak sapi + planta + masukkan rempah briyani + ayam yang sudah dipotong dan diperap dengan serebuk kari + kismus + biji gajus + yogurt...kemudian bahan2 tersebut dimasukkan dalam periuk nasi letrik + berasmati + air...masak seperti biasa. Tunggu hingga masak dan dihidangkan. Sediakan bahan sampingan...Kuah untuk dimakan dengan nasi briyani saya cuma masak pajeri nenas dan acar mentah, papadom dan telur masin.


Chicken briyani in the house!!! Memang puas dapat makan yang dimasak sendiri...

Acar yang paling senang dan cepat untuk disediakan.



Tuesday, June 21, 2016

Kerabu Mangga

#Ramadhan Iftar, antara juadah yang membuka selera untuk makan nasi adalah kerabu...ada kerabu dan ikan goreng sudah cukup untuk saya. Tapi bagi penghuni yang lain kena juga masak lauk jenis lain...selera di bulan puasa ni setiap orang berbeza. Mungkin sejak kecil saya diajar oleh ibu makan makanan seperti kerabu jadi tak hairan hingga sekarang menjadi kegemaran.  Petang semalam sempat la cincang mangga dan sediakan bahan2 kerabu...lagipun ada setengah bahan sudah saya sediakan sebelum ini...seperti kelapa goreng, ikan bakar/rebus simpan dalam peti ais...nak guna panaskan je.. kupas bawang dan potong halia serai, isi ikan rebus, kelapa goreng dan blend semua bahan. Campur dalam mangga yang sudah dicincang...potong halus daun kesum, bunga kantan dan cili padi...rasakan gula garam serta perahan limau nipis. 

Kerabu Mangga kegemaran saya...


Sunday, June 19, 2016

Butir Nangka

#Ramadhan Iftar petang ini ada tetamu...adik-adik datang berbuka puasa, maka boleh la masak kuih2 manis...terutamanya kuih stail kelate. Butir Nangka permintaan salah seorang adik...dia memang suka kuih2 macam ni. Hari ini saya masak 3 jenis makanan aatas permintaan kaum lelaki...sempena 'hari bapa'. Ada yang nak makan tauhu sumbat, roti sira stail kelate  dan begitu juga dengan lauk pauk. Hari ini boleh la saya melayan selera mereka sebab hari minggu...kalau hari bekerja harap maaf la tak sempat nak masak. Butir nangka ni sejenis kuih yang berkuah lemak dan manis. Kuihnya dibuat mengguna tepung beras pulut, diadun dengan sedikit air kapur + air daun pandan atau perwarna. Kemudian dibentuk bulat sedikit lonjong dan direbus dalam air mendidih. Kuih tersebut akan terapung bila masak...angkat dan sejatkan. Sesi ke 2 cara masak kuah...santan pekat + gula + secubit garam + daun pandan...masak sehingga santan mengelegak dan pastikan gula hancur...akhir sekali masukkan kuih biji nangka tadi...sekejap saja angkat, sejukkan.

Butir Nangka warna warni dan lemak manis sebagai pencuci mulut berbuka puasa...bagi yang suka sejuk boleh sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang...atau ambil je ais ketul letak dalam kuih tersebut...uuhhhu dapat hilang rasa haus seharian berpuasa.


Saturday, June 18, 2016

Kerabu Pegaga Campur Kerang

Menu berbuka kami hidangan nasi menjadi keutamaan... sebabnya waktu sahur tidak makan nasi..kami hanya makan makanan biasa seperti kuih atau roti. Petang semalam sempat buat kerabu pucuk pegaga campur kerang. Menu kerabu ni sentiasa menjadi pilihan bila berpuasa. Bila ada kerabu selera makan nasi semestinya bertambah...


Kerabu bahan yang dipotong halus pucuk pegaga + daun kesum + bunga kantan + cili padi. Untuk bahan-bahan yang ditumbuk/blend kelapa goreng + bawang merah + lada hitam + halia + serai dan isi ikan yang direbus/bakar. Kesemuanya digaul dengan bahan yang ditumbuk dan masukkan kerang rebus serta rasakan dengan gula garam juga perahan jus limau. Jika suka boleh juga gaul dengan santan pekat yang mentah...

Thursday, June 16, 2016

Pisang Sira

Sudah hampir 2 minggu ramadhan berlalu...cepatnya masa berlalu. Tahun ini tak sempat nak bercerita kat sini moment2 yang saya lalui sepanjang bulan puasa ini...masa agak terhad jadi gambar2 makan jarang disnap sebabnya kesuntukan waktu...berkejar didapur untuk menyediakan juadah...ya la berbuka perlu didahulukan. Petang ini ada sira pisang untuk kami berbuka puasa...tapi hanya saya je yang sentuh..itupun selepas solat isyak menjamahnya. Pisang ni kawan ofis yang bagi...awalnya elok je jika digoreng..tapi nak mengorengnya tak berkesempatan... maka pisang dah terlalu masak. Jadi dari terbuang saya masak sira pisang cara orang kelate. Sira ini caranya cukup senang...panaskan sedikit air letak gula pasir + gula melaka@nesan pun boleh, letak daun pandan dan secubit garam...masak sehingga mendidih dan gula hancur kemudian masukkan pisang masak hingga pisang air gula menyaluti pisang... tidak terlalu kering angkat dan....sejukkan.
Semangkuk pisang sira...simpan dalam peti sejuk lagi sedap dimakan.

Petua untuk pisang yang lembik menjadi pejal adalah dengan merendam pisang yang telah dikupas  dalam air kapur lebih kurang setengah jam sebelum disira.

Thursday, June 9, 2016

Ramadhan Ke 3

Puasa ramadhan tahun ini agak kalut sikit penyediaan juadah berbuka...sebabnya balik kerja jam 5pm...sampai rumah dah pukul 6.30pm...nak masak dalam masa tak sampai 1 jam...main capai je yang paling cepat untuk dimasak dan dimakan tepat waktu berbuka.Menu sup cendawan, ikan bawal goreng berkicap dan ayam goreng...Alhamduillah rezeki kami.
Ikan Bawal goreng dimasak kicap...kalau bulan puasa tak sah kalau tak masak kicap.

Menu paling senang dan cepat dimasak sup cendawan campur.


Monday, June 6, 2016

Tetamu Adik Beradik

Agak berterabur hidangan...sebab tuan rumah agak kalut memasak, yang menghidangnya kaum lelaki...semuanya tak sabar nak makan nasi kerabu kuning...
Sempena menyambut ramadhan, Ahad lepas sempat buat sedikit makan-makan bersama adik-beradik dan ipar duia serta anak2 sedara. Sebelum ni tak pernah berkumpul adik beradik disini menyambut 1 Ramadhan...kali ini meriah walaupun masih ada beberapa orang tidak ada di KL.

Ada 3 orang lahir bulan yang sama...jadi saya sponsor meraikannya... gabungkan sekali majlis hari jadi dan sambut puasa. Menunya ringkas saja nasi kerabu lauk ayam bakar, ikan goreng dan desert pula ketupat sotong...ketupat sotong permintaan adik yang sambut hari jadi, nasi kerabu pula adik yng datang urusan kerja di KL...jadi menyinggah kat rumah bila cuti hujung minggu. Bab memasak pula adik perempuan sekeluarga datang bercuti di KL...maka saya ada pembantu. Biar pun menu tak banyak tapi nak menyediakannya cukup menenatkan. Untuk makan tengahari...pagi kena ke pasar kemudian kena masak...nasib baik kek tu saya tempah. Tidak termampu nak sediakan semua, tambah pula situasi kerja sekarang agak memenatkan.
Birthday anak-anak sedara
Birthday adik lelaki bujang...Coklat Chease Kek.