Stok buah mangga ada beberapa kilo kat rumah ni...nak jadikan cerita secara kebetulan pula pagi minggu kami beli 3 kilo mangga dan tengah hari adik datang rumah bawa buah mangga 2 kilo. Jadi untuk elak dari rosak aku blend mangga buat smoothie sebagai dessert selepas makan tengahari.
Petang ni aku terpaksa ulang buat smoothie sebabnya mangga stok masih ada...elok juga minum smoothie petang ni sebab balik dari kerja badan terasa letih bila dah minum ni rasa segar dan kenyang.
waahhh dapat minum semug ni cukup menyengangkan....puas hati dapat minum jus mangga yang pekat dan manis....kalau order kat kedai belum tentu dapat macam ni. Cara nak menyediakannya pun bukannya susah, ambil isi mangga + ais sejuk @ ais ketul + susu cair atau susu pekat manis jika nak tambah kemanisannya + yogurt (tak letak pun tak pa sebab dah letak susu). |
No comments:
Post a Comment