Sunday, April 12, 2015

Cek Mek Molek

Waktu petang bila hujan melanda dengan cuaca agak sejuk elok juga dihidangkan dengan teh panas dan kuih cek mek molek. Hari ni melepak je kat rumah, jemputan kenduri pun dah tak ada...jadi merempit la kat dapur memasak dari sarapan - makan tengahari - minum petang dan makan malam. Untuk makan tengahari aku masak nasi kerabu hingga ke malam makan menu yang sama...menu nasi kerabu tak nak tanyang sebab episod sebelum ni dah ada.

Hari ni aku cuma nak tayang menu minum petang je...kuih cek mek molek ni aku guna ubi keledek kuning...tapi rupa bentuknya tidak la semolek mana...aku akui memang gagal bab membentuk kuih cek mek molek ni....sah la aku tak ada kepandaian dalam bidang reka bentuk...tangan tak cukup seni....apa pun ada bentuk sikit seiras pun jadi la janji rasanya sedap.

Kuih ni kos untuk menghasilkannya tak la semahal mana jika dibandingkan beli kuih yang siap dijual dengan harga 60 sen sebiji.....keledek ni aku beli tak sampai sekilo sekitar RM3 sahaja hasilnya dapat 15 biji, tepung gandum diperlukan setengah cawan + gula sekitar 5 sudu besar dan minyak menggoreng. Cuma kita perlu ada sedikit kerajinan untuk berusaha membuatnya...sebalik itu juga kita dapat nikmati kepuasan rasanya dan bangga dengan hasil usaha sendiri.

No comments: