Pemanis mulut @ dessert untuk petang ni aku masak butir nangka...agak lama tak makan kuih manis yang berkuah. Tengahari tadi menu hidangan ala kampung antaranya ikan aya singgan, daging goreng kunyit, ikan goreng, ulam jantung pisang, pegaga dan semestinya budu.
Bila dah makan nasi ala kampung dah semestinya nak bilas mulut dengan rasa manis....butir nangka kalau orang Kelantan mesti semua kenal kalau luar Kelantan aku tak pasti...mungkin sama atau pun ada yang panggil badak berendam.
Disebabkan bentuk kuihnya ala2 biji nangka...sebab itu ianya dipanggil butir nangka...bagi mengukuhkan lagi namanya dalam masakan ni dimasukkan isi nangka....uuuhh aroma nangka menarik selera dari satu sudu ke satu sudu kami nikmati.
Bagi yang nak mencubanya bahannya tak banyak... tepung pulut + air kapur + pewarna diuli jadi doh agak2 boleh bentuk bulat kemudian direbus dalam air mendidih sehingga tepung tersebut timbul angkat dan rendam dalam air biasa sekejap...tujuannya tak nak bagi kuih tersebut melekat antara satu...kemudian sejat. Acara menyediakan kuahnya... santan pekat + gula bergantung kepada tahap kemanisan masing2 + sedikit garam + daun pandan @ halba + isi nangka jika ada...masa sehingga mendidih kemudian masukkan kuih biji nangka....dah siap!!!
Semangkuk pencuci mulut..butir nangka berwarna warni bersama isi nangka. |
No comments:
Post a Comment