Isnin...hari yang agak kurang ceria bila di ofis...sepatutnya bila dah berehat 2 hari seronok la datang kerja tapi aku tak macam tu...hari ni rasa letih dan lemah je badan ni...dah la perut ni dari pagi hingga ke petang asyik nak makan je. Pagi dah sarapan, tengahari pun makan dan bila sampai rumah pun rasa nak makan lagi. Agaknya waktu makan tengahari tadi aku makan nasi goreng tapi kuantitinya agak sedikit...ya la peniaga telah kurangkan jumlahnya dari sebelum ni sejak ada GST...eeemm dah kuantiti makanan sedikit...harga naik kena tambah GST lagi!!! sabar dan bayar je la.
Jadi masalah lapar ni kena la atasi...petang aku masak kat rumah macam biasa la lauk yang ala kadar tapi cukup menyengangkan tanpa GST...cuma beli bahan mentah je mahal dari biasa. Aku masak gulai lemak kuning ikan tongkol campur mentimun, goreng ikan dan goreng sayur...alhamduillah cukup untuk makanan malam kami malam ini.
Nasi berlauk ala-ala menu sarapan pagi...nasi putih dengan sepotong ikan tongkol bahagian ekornya...biasa la kalau seekor ikan bahagian ekor atau kepala tak ada yang minat...semuanya berebut nak bahagian tengah. |
No comments:
Post a Comment