Friday, April 24, 2015

Selera Rasa Thai Masak Sendiri

Malam ni menu makan malam kami selera rasa ala Thai. Agak lama tak makan ikan siakap stim, kerabu mangga ala Thai dan telur dadar. Menyediakan masakan ni tak perlu ambil masa yang lama jika dibandingkan dengan keluar makan di luar...kenapa aku cakap begitu? Alkisahnya plan kami nak makan malam kat luar malam ni...entah kenapa ringan mulut ni bertanya nak makan menu apa... eeemm bila sebut nak masakan Thai, alang2 ikan siakap ada stok adalah lebih baik aku masak je...biar la aku penat sikit jangan aku penat nak keluar lepas tu menunggu makanan kat kedai....sah la ada yang mengeluh. Maka lagi selesa aku masak je dan duduk santai2 makan kat rumah dengan tenang dan semuanya selamat!!! 

Ini dia hidangan masakan panas selera rasa Thai kami malam ini...sedap atau tidak tu cerita kemudian janji kami puas hati dan kekenyangan.

Ikan Siakap Stim... bahannya - seperti yang nampak tu Ikan Siakap + tomato + halia + bawang putih + cili padi + karot + bawang besar kuning dan daun limau purut ganti daun sup tak ada stok. Sosnya air + sos tiram + sos ikan + sedikit cuka +  2 biji asam boi jika suka rasa masam dan sedikit garam
Kerabu mangga ala Thai. Bahan2nya - Mangga dicincang atau sagat + tomato + karot + ikan bilis goreng + kacang goreng ditumbuk + sos ikan + jus limau lipis + sedikit garam dan gula

Thursday, April 23, 2015

Kek Lapis Sarawak

Petang ni menu minum petang dengan kek lapis dari Sarawak...Mr Right bawa balik masa dia ada urusan di sana. Agak lama aku tak makan kek ni...jika beberapa tahun lepas naik jemu aku dengan kek ni sebabnya aku kerap juga ke sana dan ada rakan yang bagi. Biasa la bila dah berhenti dari kerja luar terasa juga rindu tempat-tempat yang pernah aku bertugas...termasuk lah makanannya.

Keunikan kek lapis ni adalah dari segi susunan warna dan corak...rasanya pula ada macam-macam perisa. Dari segi harganya pula berbeza bergantung kepada jenis kek yang dibuat...dari harga RM10 hingga beratus ringgit.
Buat masa sekarang aku tak mampu dan belum ada semangat untuk belajar buat kek ni...sebabnya ambil masa yang agak lama untuk memprosesnya...kena ada minat dan kesungguhan serta kreativiti.

Monday, April 20, 2015

Ubi Kayu Rebus

Hari ini 1 Rejab 1436H, kepada yang berpuasa sunat selamat menunaikan ibadat dan selamat berbuka. 

Balik dari kerja terus sambung tugas di dapur...sebabnya  aku nak rebus ubi kayu yang kami beli di Banting semalam. Jadi petang ni aku hidang ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis sebab ada yang nak makan macam tu...ni cara orang KL makan ubi rebus...kalau aku ubi rebus ni suka cicah dengan kelapa parut dan gula...ya la selera masing-masing.

Petang ni menu untuk berbuka puasa aku masak lauk ayam percik dan singgan ikan ditemani ulam timun. Tak perlu nak cerita banyak sebab belum tiba waktu berbuka...kalau cerita banyak nanti kurang pahala puasa.

Ubi kayu dah siap direbus...harga sekilo ubi kayu kat Banting RM4.50 sekilo...ingatkan beli kat sini murah rupanya sama je harga dekat bandar KL.
Sambal ikan bilis untuk dicicah dengan ubi rebus.

Hujung Minggu

Sabtu dan ahad hari yang ditunggu bagi yang bekerja 5 hari seminggu. Sejak akhir2 ni aku tak sabar nak tunggu hujung minggu badan ni dah tak larat nak ke pejabat meredah jammed setiap hari. Minggu ni hari sabtu masak lebih sebab adik datang KL kebetulan dia bertugas...badan penat tapi seronok bila dapat jumpa adik beradik sekali sekala tambah pula dapat makan sama-sama hasil masakan aku.
Hari Ahad aku keluar ke Banting...Mr Right ada urusan, aki saja menemannya...bila dah jalan2 macam ni ada la tempat menyinggah..cuaca agak panas terik kami pekena cendol pulut, pisang goreng dan keropok lekor rasanya cukup cuma keadaan kedainya agak tidak terjaga...rasa nak je tegur anak2 muda yang jaga kedai tu supaya utamakan kebersihan dan keaturan barang2...bisnes boleh maju jika pelanggan berpuas hati dengan tahap kebersihan selain makanan yang sedap.

Wednesday, April 15, 2015

Cekodok Pisang.

Alhamduillah sampai je rumah ada rezeki cekodok pisang pemberian jiran. Ada juga kuih untuk peneman minum teh petang ni. Jiran depan ni boleh dikatakan sentiasa hulur kuih...aku doakan semoga rezekinya bertambah.

Monday, April 13, 2015

Mee Sup ala kadar pengubat sakit kepala!!!

Petang ni masak mee sup ala kadar je...rencahnya apa yang ada dalam peti ais...tak perlu nak beli bahan tambahan lain. Cukup la ada serba sedikit rencah seperti ayam, daging, fishball manakala sayur karot, kobis dan tomato....yang penting dapat hirup sup.  

Bila dapat hirup sup panas ni kepala aku yang berdenyut kian kurang...di ofis petang tadi aku menahan sakit kepala cuba mengelak dari telan panadol...jadi ubatnya sup panas. Bagi yang sihat pun malam ini hanya dinner mee sup...

Menu untuk orang tak sihat!!!

Sunday, April 12, 2015

Cek Mek Molek

Waktu petang bila hujan melanda dengan cuaca agak sejuk elok juga dihidangkan dengan teh panas dan kuih cek mek molek. Hari ni melepak je kat rumah, jemputan kenduri pun dah tak ada...jadi merempit la kat dapur memasak dari sarapan - makan tengahari - minum petang dan makan malam. Untuk makan tengahari aku masak nasi kerabu hingga ke malam makan menu yang sama...menu nasi kerabu tak nak tanyang sebab episod sebelum ni dah ada.

Hari ni aku cuma nak tayang menu minum petang je...kuih cek mek molek ni aku guna ubi keledek kuning...tapi rupa bentuknya tidak la semolek mana...aku akui memang gagal bab membentuk kuih cek mek molek ni....sah la aku tak ada kepandaian dalam bidang reka bentuk...tangan tak cukup seni....apa pun ada bentuk sikit seiras pun jadi la janji rasanya sedap.

Kuih ni kos untuk menghasilkannya tak la semahal mana jika dibandingkan beli kuih yang siap dijual dengan harga 60 sen sebiji.....keledek ni aku beli tak sampai sekilo sekitar RM3 sahaja hasilnya dapat 15 biji, tepung gandum diperlukan setengah cawan + gula sekitar 5 sudu besar dan minyak menggoreng. Cuma kita perlu ada sedikit kerajinan untuk berusaha membuatnya...sebalik itu juga kita dapat nikmati kepuasan rasanya dan bangga dengan hasil usaha sendiri.

Roti Canai Nescafe tanpa GST

Pagi ni kami sarapan tanpa bayar GST,  roti canai telur dan nescafe disediakan kat rumah...kalau makan di kedai semestinya ada bayaran tambahan selain dari harga makanan yang sudah semestinya naik harga...tapi kami dari dulu lagi jarang bersarapan di luar kecuali secara kebetulan keluar waktu pagi. Masa bersarapan tu terbaca la viral komen di FB ... ya la pak menteri boleh la cakap masak sendiri, bawa bekal, pelajar pun dia suruh masak sendiri....eeemm masak tu boleh masalahnya barang mentah pun mahal. Dulu aku tak kisah sangat bila kecoh barang naik harga setiap kali kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam...sekarang ni aku dah kurang kesabaran bila mengikuti berita ada je keluahan dari rakyat...sakit hati dengan pihak tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab, diamanah memberi keselesaan kepada rakyatnya...tapi bercakap seperti dia tu tak ada perasaan...adakah mereka ni tidak pernah turun padang melihat keperitan raykat?

Bagi yang mewah tak ada masalah kewangan dan tak perlu menadah tangan serta berkeringat mereka hanya berdiam, bagi mereka tiada apa yang tertekan dalam kehidupan seharian...manakala yang berpendapatan kais hari dan berpendapatan tak seberapa setiap bulan amat perit ditanggung....mereka sekadar mengeluh segalanya perlu diteruskan. Setakat ni aku masih dalam kategori sederhana mampu tapi timbul rasa kesian dan simpati bagi yang terpaksa berkira-kira setiap kali ingin membeli sesuatu. Terdetik juga bagaimana mereka catu makanan untuk dijadikan 3 sajian sehari? Adakah mereka mendapat makanan seimbang jika tak mampu? Adakan anak-anak mereka akan sihat seperti pemimpin sarankan? Adakan kehidupan mereka sekeluarga akan tenteram jika dibelenggu kesempitan kewangan.... Ya kita semua sedar segalanya Allah swt yang menentukkan rezeki dan sebagainya...tapi setelah kita berusaha ada tapi disebaliknya ada penindasan dimanakan keadilan khalifah yang diamanahkan. Wahai pemimpin kau jawab la di akhirat kelak atas apa yang telah diamanahkan.

Segelas nescafe + sebiji roti canai telur...dulu bila ke kedai bawa duit RM3 sudah cukup untuk sarapan macam ini...sekarang cukup untuk bayar segelas nescafe.

Saturday, April 11, 2015

Butir Nangka

Pemanis mulut @ dessert untuk petang ni aku masak butir nangka...agak lama tak makan kuih manis yang berkuah. Tengahari tadi menu hidangan ala kampung antaranya ikan aya singgan, daging goreng kunyit, ikan goreng, ulam jantung pisang, pegaga dan semestinya budu.

Bila dah makan nasi ala kampung dah semestinya nak bilas mulut dengan rasa manis....butir nangka kalau orang Kelantan mesti semua kenal kalau luar Kelantan aku tak pasti...mungkin sama atau pun ada yang panggil badak berendam.

Disebabkan bentuk kuihnya ala2 biji nangka...sebab itu ianya dipanggil butir nangka...bagi mengukuhkan lagi namanya dalam masakan ni dimasukkan isi nangka....uuuhh aroma nangka menarik selera dari satu sudu ke satu sudu kami nikmati.

Bagi yang nak mencubanya bahannya tak banyak... tepung pulut + air kapur + pewarna diuli jadi doh agak2 boleh bentuk bulat kemudian direbus dalam air mendidih sehingga tepung tersebut timbul angkat dan rendam dalam air biasa sekejap...tujuannya tak nak bagi kuih tersebut melekat antara satu...kemudian sejat. Acara menyediakan kuahnya... santan pekat  + gula bergantung kepada tahap kemanisan masing2 + sedikit garam + daun pandan @ halba + isi nangka jika ada...masa sehingga mendidih kemudian masukkan kuih biji nangka....dah siap!!!

Semangkuk pencuci mulut..butir nangka berwarna warni bersama isi nangka.

Tuesday, April 7, 2015

Smoothie Mangga

Stok buah mangga ada beberapa kilo kat rumah ni...nak jadikan cerita secara kebetulan pula pagi minggu kami beli 3 kilo mangga dan tengah hari adik datang rumah bawa buah mangga 2 kilo. Jadi untuk elak dari rosak aku blend mangga buat smoothie sebagai dessert selepas makan tengahari. 
Petang ni aku terpaksa ulang buat smoothie sebabnya mangga stok masih ada...elok juga minum smoothie petang ni sebab balik dari kerja badan terasa letih bila dah minum ni rasa segar dan kenyang.
waahhh dapat minum semug ni cukup menyengangkan....puas hati dapat minum jus mangga yang pekat dan manis....kalau order kat kedai belum tentu dapat macam ni. Cara nak menyediakannya pun bukannya susah, ambil isi mangga + ais sejuk @ ais ketul + susu cair  atau susu pekat manis jika nak tambah kemanisannya + yogurt (tak letak pun tak pa sebab dah letak susu).

Monday, April 6, 2015

Nasi Berlauk Ikan Tongkol

Isnin...hari yang agak kurang ceria bila di ofis...sepatutnya bila dah berehat 2 hari seronok la datang kerja tapi aku tak macam tu...hari ni rasa letih dan lemah je badan ni...dah la perut ni dari pagi hingga ke petang asyik nak makan je. Pagi dah sarapan, tengahari pun makan dan bila sampai rumah pun rasa nak makan lagi. Agaknya waktu makan tengahari tadi aku makan  nasi goreng tapi kuantitinya agak sedikit...ya la peniaga telah kurangkan jumlahnya dari sebelum ni sejak ada GST...eeemm dah kuantiti makanan sedikit...harga naik kena tambah GST lagi!!! sabar dan bayar je la.

Jadi masalah lapar ni kena la atasi...petang aku masak kat rumah macam biasa la lauk yang ala kadar tapi cukup menyengangkan tanpa GST...cuma beli bahan mentah je mahal dari biasa. Aku masak gulai lemak kuning ikan tongkol campur mentimun, goreng ikan dan goreng sayur...alhamduillah cukup untuk makanan malam kami malam ini.

Nasi berlauk ala-ala menu sarapan pagi...nasi putih dengan sepotong ikan tongkol bahagian ekornya...biasa la kalau seekor ikan bahagian ekor atau kepala tak ada yang minat...semuanya berebut nak bahagian tengah.

Sunday, April 5, 2015

Makan Kenduri Kahwin

Minggu ni ada satu lagi jemputan kenduri kahwin, majlis perkahwinan malam tadi berlangsung di Grand Dorsset Subang. Menghadiri majlis kahwin malam bagi aku amat selesa jika dibandingkan siang hari. Banyak sebab mengapa dan kenapa aku suka hadir sesuatu majlis yang berlangsung pada malam terutama sekali suasana petang-malam yang tenang dan damai tambah cuaca yang sejuk.

Thursday, April 2, 2015

Makan Tanpa GST

Beberapa hari isu ni panas dalam negara tentang GST begitu hebat diperkatakan...biasa la ada pro dan kontra. Pagi tadi rakan sepejabat pun cakap dia sarapan di kedai biasa yang menjadi kunjungan kami area pejabat ni pun telah mengenakan GST dalam bil bayaran....eeemm nak buat macam mana kan bayar je la....

Maka untuk elak dari GST kita masak dan makan je kat rumah...hati tak sakit dan makan tanpa merungut....selera dah semestinya. 

Ni dia makanan tanpa GST nasi putih + daging kicap serta telur masin. Walaupun masakannya ringkas hati makan dengan tenang dan penuh nikmat....sambal cili yang masih ada biji tu harap faham ya...tu tandanya hati membara sebab GST biji cili pun tak buang.